|
2004
14
Oktober
2004
Hahaha... ini satu lagi problem jugak la.
Maksud aku peruntukan atau budget. Memang susah sikit. Tak boleh nak terus buat big budget
special effect punya la. Kena start dengan small budget dulu nampaknya. Tapi, sekali lagi pula idea pembikin filem akan terbantut
bila fikirkan tentang budget ni. Lebih baik serahkan sepenuhnya soal kos ni semua pada
penerbit. Kena cari penerbit yg betul2 percaya dengan skrip tu, baru boleh jalan.
Jangan harap kat Finas sangat. Sebelum tu, kena la buat skrip yg betul2 kuat dulu.
-agak2 David Teo nak kot kalau bagi skrip hantu real punya. bagi tau
dia utk international market
Macam mana agaknya untuk mengubah pendirian LPF terhadap filem seram tempatan?
Rasanya sekarang ni Shuhaimi Baba dah pun membuka
langkah 'mengeratkan silaturrahim' dengan orang2 kat LPF tuh. Tapi cara dia ialah
dengan berbincang, main tolak ansur, dan give and take. Pada pendapat aku, itu tak sepatutnya berlaku dalam pemibikinan
filem (berbincang dengan orang yg akan cincang filem kita?). Tunggu je lah macam mana
hasil PHSM 2 nanti.
-mungkin pemikiran aku agak radikal. tapi, kita semua mahukan
perubahan

13
Oktober
2004
Saya sebenarnya tak faham apa isu penting di sini.
Adakah...
1) Filem seram lama/klasik tidak dijual dalam bentuk vcd.
Apa sebabnya?
2) Kenapa tak banyak filem seram baru diterbitkan?
1) Kalau filem lama yg tidak dipasarkan dalam vcd, ada beberapa sebab:
- Penerbit filem tu tak dapat dikesan. Tiada salinan filem asal.
- Filem asal tak pernah di'video'kan. Kena keluarkan kos yg lebih utk transfer kpc vcd.
Malangnya tiada penaja.
- Banyak adegan yg perlu ditapis. Lebih baik tak dikeluarkan sebab menjejaskan jalan cerita.
- Diharamkan.
2) Tentang filem seram baru:
- Pemikiran pembikin filem sudah dikuasai oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Nak buat apa pun kena fikir tentang LPF.
Itu semua membantutkan minat pembikin filem utk membuat filem seram baru.
Penyelesaiannya ialah: Jangan fikir langsung tentang LPF. Fikirkan tentang penonton
sahaja. Risikonya: Filem itu akan diharamkan dan kemungkinan besar penerbit tak dapat balik modalnya.
Kalau nak buat perbandingan dengan zaman filem klasik, pemikiran pembikin filem zaman dulu tidak
terbatas, mereka bebas berimaginasi. Rujukan: Filem Sumpah Orang Minyak
(zaman sekarang kalau nak buat filem macam tu? fikir la sampai mati, atau buat redah saja dan tanggung risikonya)
- Filem seram baru sejak 2000 hingga kini ialah Mistik,
Pontianak HSM dan
Visits (Di Ambang Misteri & Makar tu pun nak kira juga
ke?). Mistik disebut sebagai filem seram baru yg pertama. Lulus 100% lagi tu.
Tunduk menyembah LPF dengan menggunakan tektik mimpi secara keseluruhannya. Pontianak HSM pula gempak sikit sebab menonjolkan
kembali 'jenama' hantu Pontianak. Berjaya membodek LPF dengan menggunakan tektik halusinasi. Visits pula adalah kisah hantu cina
tempatan, menggunakan tektik DJ radio yg bercerita pengalaman pendengar radio.
Begitu selamat untuk tontonan umum.
- Filem seram akan datang, kita ada Tujuh Perhentian,
Potret Mistik dan terbaru
Pontianak Menjerit yg juga menyelitkan tema komedi (filem
seram 90-an cuma ada Main-Main Hantu yg menyelitkan komedi. 80-an
boleh tahan juga banyaknya filem seram)
- Berbanding filem, telefilem vcd bertemakan seram telah diterbitkan dengan banyaknya hingga kini.
Antaranya yg diingati ialah Amukan Puaka,
Kelibat, Seriau,
Misteri Jeram Lesung, Pontianak,
Jembalang Yang Hilang, Hantu Bungkus Vs Pontianak,
Histeria, Cik Pon Mr Drac,
Momok, Momok II, Momok III dan (tolong senaraikan lagi..)
- Kalau melihatkan produk cereka seram yg banyak diterbitkan sekarang ni, tak banyak yg mencipta 'sesuatu'.
Pada pendapat saya, kita belum ada pembikin filem yg betul2 mendalami subjek seram ini.
Mungkin juga seperti yg telah disebut di atas, pemikiran pembikin filem kita sudah
terlalu dikuasai oleh LPF. Otak dibelenggu. Lagi satu, filem seram kita patut mencipta lebih banyak 'jenama' hantu.
Sekarang Pontianak sudah kembali terkenal. Telefilem Momok cuba mencipta jenamanya, tapi
terlalu rojak (sayang sekali kerana ia memang berpotensi). Mungkin kita perlu ada filem Polong Gila (dan beberapa sekuelnya yg akan
menjadi perbualan ramai). Dulu ada filem Toyol buatan Malaysia, baru2
ni saya lihat ada vcd filem Indonesia menggunakan judul Toyol 2. Saya harap filem2 seram yg
sedang dalam perancangan untuk menentang LPF akan menggunakan judul2 nama hantu sebagai tajuknya.
Unik!

NOTA TAMBAHAN I:
Buat apa tunduk kepada LPF dgn membuat filem2 seram mimpi. Sekarang ni banyak cara nak pasarkan
filem. Entah2 kalau kita buat filem hantu "melayu" yg betul2 'seram gila tak ingat', silap2 boleh dapat
sambutan di seluruh dunia. Setakat Pontianak HSM tu pun boleh dapat penghargaan dari
Festival Seram Sepanyol, apa lagi kalau kita buat satu filem yg betul2 seram dlm suasana dan 'kepercayaan tahyul'
tempatan (bukan untuk memesongkan, cuma sekadar bercerita). Kalau jadi la, mahu meloncat
tutup mata orang2 putih tu semua. Entah2 jadi fenomena seluruh dunia, lepas tu hollywood pun jeles terus nak remake
dan spoof dalam scary movie. Takkan tak pernah terfikir benda2 ni semua?
-tunduklah kepada LPF?
NOTA TAMBAHAN II:
Satu lagi masalah dapat dikesan bila kita
tengok filem2 seram (mahupun siri tv) buatan luar negara yg tak banyak masalah
untuk ditayangkan di sini: masalah ni sebenarnya masalah lama. Ia dinamakan Double
Standard. Wujudnya dua penapis. Penapis orang (produk luar negara) lubangnya besar2.
Penapis kita (filem/karya tempatan) kuman pun tak lepas.
Seperti cadangan saya dalam mesej sebelum ni, abaikan penapis LPF tu. Target utk pasaran filem dunia/asia.
Lambat laun LPF terpaksa berubah juga (saya tak tahu bagaimana, tapi saya percaya ada caranya)
Ada peminat cadangkan supaya bikin
semula (remake) filem Rahsia:
Ya, Rahsia memang beri kesan yg kuat juga sebagai sebuah filem seram.
Pembikinan dan lakonannya bagus walaupun ada kontroversi mengenai jalan cerita yg tidak
asli.
I still prefer traditional malay ghost story. Lagi gerun! Ada value (originality) utk bawa pergi international...
Macam mana pula dengan filem seram
bertemakan 'orang minyak' - mungkinkah ia boleh dijadikan sebagai satu lagi ikon
filem seram kita (macam hollywood yg memperkenalkan Freddy Krueger)?
Yup, itulah yg kita mahu. Kan, idea tu dah memang ada. Cuma perlu main-mainkan dalam kepala, kemudian keluarkan.
Orang Minyak memang salah satu ikon filem seram kita.
"Orang Minyak di Kuala Lumpur" memang satu tajuk yg gempak. Lagi best kalau lepas tu ada kes copycat (haha).
Kalau tak salah, zaman dulu ada gimik orang minyak (dilumurkan minyak hitam) sebagai promosi
filem.
So, apa lagi idea ye?
Macam mana pula dengan kisah2 urban legend kita? Kisah2 yg tak dapat dipastikan kebenarannya, tapi ramai org percaya gitu2 dan jadi buah
mulut ramai orang. Banyak juga urban legend kita yg seram2. Kisah hantu di asrama la, hantu jepun la, padang sekolah bekas kawasan
perkuburan la. Macam2 wooo...
-peliknya, kisah komedi + cinta 3 segi juga yg nak
dibuatnya..

|