|
2005
21
September 2005
"Jual filem dalam bentuk
VCD atau DVD boleh laku ke?" Memang boleh laku, dan memang lebih laku berbanding
jualan tiket di pawagam. Sebab-sebabnya..
1) Hampir kesemua rumah sudah ada pemain vcd. Kalau yg baru nak berjinak-jinak
mereka terus beli pemain dvd. Harga tak jauh beza, dan lebih penting pemain dvd
boleh main vcd juga. Sebab2 peningkatan jumlah jualan pemain vcd ialah kerana
mudahnya membeli vcd/dvd cetak rompak di mana2, tambahan pula semuanya murah
atau berada dlm kemampuan hampir kebanyakan penduduk Malaysia. Golongan
berpendapatan sederhana juga malah mampu membeli vcd original (tetapi tidak dvd
ori)
2) Student2 yg takde TV dan pemain vcd, kebanyakannya boleh tonton di komputer
masing2 atau kawan2 punya. Bajet mereka adalah 100% vcd/dvd cetak rompak, kerana
tiada pendapatan. Itu pun mereka masih boleh dikatakan mampu me'laku'kan vcd,
kerana kos utk ke pawagam adalah lebih mahal (tambang, makan, parking,
pengangkutan). VCD adalah alternatif paling afdal.
3) 100% kawasan luar bandar tiada pawagam. 100% kawasan luar bandar ada pasar
malam. Ada pasar malam, ada vcd cetak rompak. Penduduk luar bandar perlukan
hiburan. VCD, TV dan pemain dvd adalah pengganti pawagam pada mereka (luar
bandar bermaksud kampung, pekan dan bandar kecil). Mereka juga boleh dikatakan
berkemampuan membeli produk original kerana kos sara hidup lebih rendah
berbanding penduduk bandar. VCD memang laku tak ingat.
4) VCD dan terutamanya dvd (utk filem2 luar negara) adalah pilihan terbaik utk
menonton semula filem2 lama. Bila2 rasa nak menonton, pergi saja beli/sewa/'pinjam
buat harta', tak payah dah nak tunggu siaran filem2 di TV yg sebenarnya tak
banyak pilihan, selain banyak iklan. Pawagam pula memang takkan tayang semula
filem lama, malah ada penonton yg membeli terus vcd selepas saja menonton wayang
yg mereka suka, demi untuk tahap kepuasan maksima. Penonton yg menonton dahulu
vcd (cetak rompak rakaman curi), tidak pernah pula ada yg berminat utk ke
pawagam, walaupun filem itu masih ditayangkan. Kesimpulannya, kesan pawagam
terhadap jualan vcd, dan kesan vcd terhadap box-office pawagam adalah berbeza
100%
5) [kes terpencil, khas utk filem luar negara] DVD cetak rompak lebih laku
berbanding dvd asli mahupun tayangan di pawagam dan siaran tv, kerana dvd cetak
rompak tiada tapisan. Ini adalah antara tarikan utama utk peminat-peminat filem
tegar. Memang laku.
Jadi, kesimpulan akhirnya, VCD/DVD laku sebab:
- KEPELBAGAIAN (judul filem/harga/tapisan)
- KEUPAYAAN (mencapai pasaran yg luas/merentas sempadan geografi dan budaya
hidup)
- KEGAGALAN (usaha membanteras cetak rompak) <-- kegagalan yg menguntungkan
2004
7 April
2004
VCD terbaru di pasaran:
Sandiwara - pernah dengar 'judul' ini? Dah heboh sejak tahun lepas. Para 'pelakon'nya
pernah muncul membuat kenyataan dalam akhbar ('pelakon' tak popular pun, tak
glamer). Asalnya nak keluar Januari lepas. Apakejadah entah, kena tunda sampai
April. Tak tahu lagi ker kisah ini? Inilah vcd pertama yg akan dijual dengan
harga yg murah. Nak banteras cetak rompak (konon). Berita terkini menyatakan yg
vcd ini belum tentu akan keluar (takkan kena haram pulak? LPF sila ambil
perhatian). Lupakanlah vcd ini, mungkin ia seperti judulnya, cuma sekadar 'sandiwara'.
"Dengan mengangkat kedua-dua jari telunjuk menghampiri kiri-kanan kepala (gaya
Apek), marilah ramai-ramai menyebut: Sokonglah vcd/dvd cetak rompak!!" -
itulah dialog yg tidak diluluskan untuk tayangan.
21 Januari
2004
Penurunan harga VCD yg sepatutnya bermula pada 1 Januari lalu ditunda
kepada 1 April. Diharapkan satu keputusan terbaik akan dapat dicapai kerana isu ini adalah berkaitan dengan hak pengguna atau
pembeli, bukannya isu penerbit mahu cari makan, atau untung tak untung. Isu ini juga timbul daripada kurangnya kualiti dalam penerbitan telefilem
VCD. Kalau ada yang kata isu penurunan harga VCD ini adalah untuk bersaing dengan cetak rompak, fikirkan semula.
Cetak rompak tak
mungkin akan hilang, dan cetak rompak tak mungkin boleh ditandingi harganya.
Penurunan harga VCD nanti (kalau betul
turun) diharapkan akan memberi sedikit kepuasan hati di kalangan pembeli yang selama
ini menyokong sebuah produk yang tidak setimpal harganya. Ada produk yang bagus,
tapi banyak yg tidak bagus. Sama-sama kita nanti hari April Fool itu seperti kita pertama kali menanti hari April Fool (<--
apa saja maksudnya, saya kurang pasti).

2003
12
November
2003
Disember macam best, sebab musim perayaan dan cuti banyak.
Filem
pun banyak kat pawagam. Tapi, jangan lupa, Januari lagi best sebab harga vcd original akan lebih murah (seperti yg
dikatakan).
18 Jun
2003
Beberapa penjelasan
mengenai VCD original yang patut mengikut standard cetak rompak:
1. Berkualiti rendah: dari segi bahan yg digunakan, dari segi proses
membuat (semua ini berbangkit daripada kos atau modal yg mereka ada), dari segi tempat membuat (company yg bagus atau kilang yg biasa), ada
brand atau cap x. Mesti diorang guna yg berkualiti rendah, supaya boleh untung lebih walaupun jual RM5.
2. Tak sebut pun bahawa CD ori tebal. Mana ada CD tebal. Kalau pun
ada CD yg lebih tebal, kelebihannya tentu tak mudah patah, tahan lasak. Cuma bila dibandingkan ori dan cetak rompak, nampak perbezaan
ketara pada permukaan CD itu.
3. CD ori akan tahan lama kalau jaga dengan baik/betul. CD cetak
rompak (yg disalin bulat-bulat dari CD ori tadi) pun akan tahan lama kalau jaga dengan baik/betul (inilah kelebihan teknologi digital.
banding dengan pita video VHS, macam langit dengan bumi). Jadi, lebih baiklah guna 'standard'
cetak rompak supaya harga tak mahal dan semua orang happy beli VCD filem baru original RM5 (lanun cetak rompak
masih boleh buat untung kalau diorang betul-betul lanun dengan jual katakan RM1.20? hmm.. boleh
ke?? :)).
SAMBUNGAN:
Satu lagi perbezaan original/cetak rompak yg terlupa disebut ialah
quality control/kawalan mutu. CD cetak rompak memang takde kawalan mutu. Kadang ada calar, dan kadang plastik retak (tapi banyak juga yg
perfect). Diorang kurangkan kos dan masa dalam menilai produk mereka TAPI sebaliknya mereka beri perhatian pada polisi penjualannya yg
memang menarik iaitu: "gambar tak cantik, boleh tukar yg baru" (maknanya mereka sedar yg CD cetak rompak tu memang banyak
cacat-cela dan sebagai ganti, pembeli diberi gerenti - buleh tukar kalau tak puas hati).
Pandai betul diorang jaga pembeli. Mana ada CD ori boleh
tukar baru sesuka hati kalau tak puas hati? (kena ada resit segala.. kadang jurujualnya lain dan tak kenal kita pula..).
Saya ada CD ori
Ghazal Untuk Rabiah (Speedy).. calar teruk berpusing-pusing, dan ada CD ori Tragedi Oktober (Speedy) yg confirm tak boleh main di mana-mana
player. Kedua-dua kedai yg menjual CD tu pun sekarang dah gulung tikar. Jadi, walaupun CD ori dikawal mutunya, dalam banyak2 ada juga
yg tak bermutu. Kalau harga murah, tak le terasa sangat. Yang cetak rompak pula, seperti kata
Noor, kalau rosak atau gambar buruk pun 'x sakit hati sebab murah maa..' :) Beli jer yg baru.. RM5.
Jangan
membazir.
[Kalau kau beli VCD Mistik dengan harga RM5. Tak puas hati sebab kena
tipu (alamak, mimpi..), patahkan jer kemudian buang dalam tong sampah. Kalau VCD original RM19.90.
Hmm.. nak buat apa ni? Gila ke
nak buang! Nak tolak kat member RM7 pun member fikir 10 kali..] - TURUNKAN HARGA
CD ORIGINAL:
Perasan tak, dulu banyak 'kempen cetak rompak', macam saya sebut
dalam e-mel sebelum ni (hapuskan bla.. bla..). cuma baru sekarang ada kempen 'beli yg ori'.
Mungkin
mereka baru sedar yg publisiti meluas telah diberikan pada perkataan 'cetak rompak' tu sendiri berbanding
perkataan 'original' (ringkasnya ori). Buat apa bagi promosi percuma pada cetak rompak?
Popularkan yg ori. Macam juga VCD lucah sekarang
yg begitu diberi publisiti meluas. Macam hapa.. Benda tu sepatutnya tak timbul dan
bergerak bawah tanah saja (bukan mahu menghalalkan, tapi hapuskan senyap2, jangan riuh sekampung).
Sekarang benda ni
sudah jadi popular. Semua orang cari (dan pasti benda ni akan terus hidup dan muncul
semula tak lama lagi.. pasti). Terima kasih semua.
[Semalam ternampak satu kedai yg sekian lama tutup pintu dah mula
buka semula. Stok baru sudah sampai kot.. Hehe]
17 Jun
2003
Aku sebenarnya tak faham langsung macam mana harga VCD filem
ditetapkan.
Kalau CD lagu (album baru, bukan kompilasi), sykt rakaman terpaksa
bayar banyak kos (pencipta lagu, penulis lirik, sewa studio, fotografi/rekaan kulit album, promosi dll) yg selalu dihebahkan bila
timbul isu CD mahal ni. Kita semua tahu tentang itu..
Tapi, bagi VCD filem pula, apa kos yang sykt pengedar tanggung? Diorang
cuma beli hakcipta (tak mahal mana berbanding kos pembikinan filem atau kos rakaman sesebuah album baru).
Diorang
(pengedar filem/pembeli hakcipta) juga akan buat salinan filem tu di kilang VCD (sama macam
yang lanun cetak rompak buat juga), buat cover VCD yg sebenarnya disalin semula dari poster filem (macam cetak rompak buat
juga), tak payah promosi (macam cetak rompak juga), dan beberapa perkara lagi yg
malas aku nak terangkan - tapi, produk akhirnya yg dijual pada kita - mahal! (yg ini satu saja tak sama macam cetak
rompak). Pelakon2, pengarah, krew2 yg terlibat dlm filem tu juga tak akan tersenyum kalau
dilaporkan yg sesuatu VCD filem tu dapat jual 100,000 unit. Diorang bukan dapat apa-apa.
Sebab tu tak ada laporan
yg VCD Sembilu II dah terjual berapa ratus ribu unit? Kalau korang minat sangat Ogy dan beli
VCD Ali Setan 8 biji, konon sebab nak sokong filem melayu, lupakan. Macam saya, beli beratus-ratus
VCD, bukan sebab nak nak sokong industri filem Malaysia, cuma sebagai koleksi peribadi dan saya tak pernah
rasa satu sen pun duit saya telah menyumbang kepada filem Malaysia hasil daripada VCD
(kecuali kalau saya tengok di pawagam, rasa puas juga dapat tunjuk sokongan
sikit). VCD ni semua sekadar penyambung hayat filem saja. Filem tu habis sebaik saja tamat tayangan di
pawagam. Mungkin ramai tak sedar.
Berbalik pada harga VCD. Dulu, Speedy Video jual VCD filem tempatan
RM30. Sekarang sudah turun kepada RM16.90. Diorang tak rugi apa-apa. Diorang tak akan rugi.
Sebab apa diorang boleh turun harga sebanyak
itu? Sebab diorang boleh! Kalau diorang buat VCD tu mengikut 'standard' cetak
rompak, harga pasti boleh diturunkan lagi banyak. Lagipun, sekarang pun diorang dah hampir sama macam cetak
rompak (lihat perenggan di atas). Cetak rompak tak perlu bayar hakcipta, kerja lanun ialah rompak
hakcipta. Lanun cetak rompak mencipta 'standard' produk mereka yang membolehkannya dijual
murah! Macam mana diorang buat? Ini yg perlu diberi perhatian: kaji macam mana lanun tu semua buat VCD cetak
rompak yg boleh dijual murah (abaikan tentang kos hakcipta sebentar):
1) Gunakan CD macam yg cetak rompak punya.. sebab gred CD mentah ni
pun ada banyak jenis. Siapa yg pernah beli CDRW mesti tahu. Yang brand entah apa2 mesti murah punya.
Cetak rompak punya CD berkualiti rendah
tapi tak siapa pernah pertikaikan. Sebab apa? Sebab pembeli cuma mahu tahu yg "gambar clear, harga murah".
Pembeli peduli apa tentang
kualiti CD. Jadi, pengedar VCD original semua patut guna CD yang berkualiti rendah (dengan itu diorang pun ada lah alasan untuk jual
murah). Mudah. Ini tidak, kita beli VCD ori filem bodoh macam Mendam Berahi, tapi bila
tengok CD yg diorang guna, punyalah high class.. macam lah bagus sangat. Bila kita tengok CD cetak rompak pula, nipis
je CD dia, sampai nampak telus, tapi gambar filem di dalam CD tu tak ada beza langsung
dengan yg ori - clear. Fantastik.
2) Cetakan pada permukaan CD: kalau tengok yg ori, berwarna
warni, kadang2 siap ada design sendiri. sebenarnya ini semua meningkatkan kos dan alasan untuk jual mahal.
Cetak rompak pula cuma guna 1 color,
lepas tu guna gambar yg sama macam pada cover kertas, tak payah design lain. Ink (dakwat) yg diguna untuk cetak rompak juga saya
pasti jenis murah punya tak macam yg ori. Benda ni semua pembeli tak ambil kisah,
pada pembeli.. yg penting isi kandungan dan RM. Kalau cetak rompak pada CDRW pula, boleh chop pakai tangan saja judul filem
dengan tulisan disc 1/disc 2. Murah. Apa-apahal pun, bila CD tu dah masuk dalam CD
player, orang dah tak nampak CD tu, jadi buat apa susah payah, orang cuma nak tau tajuk dan disc 1/2
saja. Boleh kurangkan kos di sini.
3) Cetakan pada kertas cover VCD: ini pun sama macam no.2 dia
atas. Kualiti ink, kertas (cetak rompak punya nipis jer, orang tak kisah. Yang ori
berkilat-kilat siap ada color emas, silau mata), design (tak payah hebat sangat, yg orang nak tengok pada cover: RM
berapa? Print terus kat cover depan besar-besar: RM5 (bold). Background letak je
apa2 gambar yang cantik, biasanya poster filem la..). Tak payah buat kotak cover yg
kertas tebal tu, alasan nak jual mahal je tu semua. Tak payah letak sticker hologram
(Speedy dll), buat menyemak dan
tambah kos jer. Cetak rompak takde semua benda mengarut ni, orang tak kisah.
Cetak rompak
pun pernah tiru hologram ni semua, diorang pun boleh buat, tapi mahal sebab tu diorang tak buat.
Lagi.. jangan letak
CD dalam kotak plastik tebal dan besar tu (stail DVD), dan jangan letak dalam kotak plastik
macam CD lagu ori tu. Cetak rompak dah berhenti buat pakej cam tu sebab kos mahal.
Buat pakej VCD ori dalam
plastik nipis lembut tu, ringan jer. Murah lagi. Atau susah sangat, jual CD tu jer, tak payah cover-cover
semua, bungkus dalam plastik (hehe.. dah mula nak mengarut.. tapi yg lain2 di atas semuanya
serius, boleh buat punya).
OK, balik semula pada kos hakcipta yg terpaksa dibayar kalau nak jual
VCD ori. Laa... ni senang jer. Kalau VCD semua dah boleh jual murah (sebab ikut 'standard' cetak rompak), banyak ler yang
dijual, sebab ramai orang boleh/mampu beli. Diorang akan dapat balik untung dari
kuantiti yang terjual banyak, dan bukannya dari harga yg mahal melambung macam sekarang ni.
Buat untung jugak..
Di atas, saya ada sebut tentang sebab CD lagu mahal. Kalau CD album
baru takpe juga, sebab banyak kos kena tanggung (itu pun ada banyak album baru yg rakam semula lagu lama tapi perasan macam album baru
dan dijual mahal). Tapi kalau album kompilasi pun sama harga macam album baru, itu dah memang kira tipu hidup-hidup.
Sebab tu selalu
album kompilasi ni ada saja alasan untuk naikkan harga sama macam album baru,
contoh macam diselitkan satu lagu baru
(sebenarnya lagu lebih album sebelum itu), buat versi remix baru ler, remaster ler, pakej baru ler,
ada-ada saja supaya pembeli tak rasa sangat RM terbang.
Secara ringkasnya, betullah seperti yg ramai orang kata: Jual VCD ori
versi cetak rompak. Kita rompak balik IDEA lanun tu semua dan gunakan dan niagakan secara sah dan halal.
Pendapat saya ni cuma untuk VCD filem / CD lagu tempatan saja. Produk
luar negara tu lain pulak ceritanya..
hentikan..
KEMPEN MEMBASMI CETAK ROMPAK. HAPUSKAN CETAK ROMPAK. JANGAN BELI
CETAK ROMPAK.
(sebab apa semuanya tentang cetak rompak?)
mulakan..
KEMPEN MENURUNKAN HARGA CD ORIGINAL.
(err.. ada sesiapa terlupa tentang produk asli kita?)

|