|
2003
11
Disember 2003
Ini adalah beberapa keMUNGKINan kenapa tiadanya filem aksi
silat. Saya terfikir...
1) Mungkin Silat tak se'glamour' kick-boxing (tomoi). Tak ramai orang
minat nak tengok agaknya. Sebab-sebabnya, lihat (3) dan (4) di bawah.
2) Kick-boxing pun semakin popular setelah dijadikan filem Kickboxer
(Van Damme) oleh Hollywood. Mungkin Silat juga memerlukan jalan yg serupa?
Masalahnya, lihat (1) di atas.
3) Silat takde ciri-ciri keganasan yg terlampau. Intro nya
berbunga-bunga, terlalu ber'seni'? orang lawan silat takde sampai pecah-pecah
muka, bergegar kepalaotak atau tersembur darah sana-sini (takde juga tarik-tarik rambut macam wrestling).
Pendek kata, Silat tak
brutal.
4) Senjata yg sering digunakan dalam Silat iaitu Keris mungkin tidak
memiliki tahap kengerian yg sama sepertimana pedang samurai yg boleh memutuskan kepala orang ramai (sebab itu juga agaknya
pedang/pisau digunakan untuk memotong kek tapi tidak keris <-- takde
kena-mengena). Pendek kata, 'keris' tak cool.
5) Pada masa kini, Silat lebih dikenali dari aspek Seni Kebudayaan
dan bukannya dari aspek Seni Pertahanan Diri. Sebab itu agaknya adat persandingan melayu ada orang bersilat depan pengantin.
Mungkin ada
tempat lain dalam dunia di mana orang bertinju/tomoi atau lawan tae-kwondo depan pengantin, saya tak tahu ler.
6) Mungkin.. mungkin Silat sebenarnya sudah ketinggalan zaman, atau
juga sedang meninggalkan zaman. Yang pasti, Silat akan dilupakan sekiranya tidak dilakukan sesuatu, contohnya buat sebuah filem aksi
silat yg power yg berkait rapat dengan zaman sekarang (bukan filem purba).

Kesimpulannya, Silat tak perlu jadi glamour. Silat tak perlu jadi ganas. Silat tak perlu guna senjata entah apa-apa. Keris sudah
memadai (kalau nak modify jadi canggih pun ok, takut nanti ramai yg marah pula -
sensitif). Apa yg betul-betul diperlukan ialah: Sebuah KOREOGRAFI Silat yg super-power cool ( <--saya sendiri tak tahu
maknanya). Koreografi Silat yg canggih. Koreografi Silat yg meningkatkan tahap debaran
jantung. Koreografi Silat yg membuatkan mata terbeliak dan nafas terhenti
seketika. Koreografi atau gubahan pergerakan yg dirancang rapi itu, kalau disertakan dengan gerak dan
sudut kamera yg menarik, ditambah lagi dengan suntingan pantas dan muzik bertenaga, memang
confirm boleh jadi menarik. Kita perlu 'tonjol'kan Silat dalam filem, bukan 'tampil'kan Silat
semata-mata. Jom kita tengok PGL nanti. Adakah orang kita atau orang luar yg akan
menyukainya? Hati siapa yg mahu dipuaskan?
Saya teringat adegan fighting dalam sebuah filem yg saya terlupa tajuknya.
Seorang pelakon membuka langkah dan gerakan pantas
kononnya handal bertarung dengan muka yg control ganas. Lawannya memerhati dengan selamba, mengeluarkan sepucuk pistol, menembak
tepat ke kepala pelakon tadi. Pelakon itu rebah, lawannya meniup asap di muncung
pistol. Adegan itu memberi tanda bahawa pistol adalah jawapan atau penyelesaian kepada mana-mana adegan fight dalam filem masa
kini. Kalau begitu tak payahlah bersusah payah bertarung, silat, tomoi atau
apasaja. Kemudian muncul satu penamat kepada fahaman ini, bila Matrix suruh kita percaya yg orang sebenarnya boleh mengelak peluru dengan
jayanya sambil kontrol hensem. Walaupun orang akan kata tidak logik, tetapi atas nama hiburan semuanya boleh, semuanya
halal. Mungkin keris juga boleh menepis peluru, walaupun ia tidak berlaku dalam XX
Ray II bila Hang Tuah ditembak dengan machine-gun. Marilah berimaginasi. 'Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan'
(ae). Dunia berkembang hasil imaginasi dan semangat ingin berubah. Filem juga begitu.
Percayalah.

|