|
2005
12
Oktober 2005
Nota: Topik ini asalnya
dibuka di blog Jongkang Jongket dan aku sendiri telah menambah beberapa komen
seperti di bawah. Banyak lagi komen2 dan senarai filem2 lain terdapat di...
http://www.kroni.biz/jj/2005/10/seks-filem-melayu.html
[ I ]
Yang belum disebut, yang aku tahu, yang aku dah tengok, dan yang aku masih ingat:
Enam Jahanam (1969)
Masmera (Noor Azizah) dirogol dan dibunuh
oleh 6 orang perompak.
Gelora (1970)
Kisah sorang lelaki, anak luar nikah, buat
perbuatan sumbang dgn emak girlfriend dia. GF dia cari BF lain. Ex-BF perempuan
tu yg sebelum lelaki (anak luar nikah) yg memula tadi sudah ajak geng dia rogol
perempuan tu. Perempuan tu pergi minta bantuan BF dia sekarang, tapi ternampak
BF dia dgn perempuan lain. Aku pun tak faham, sebab belum tengok. Filem ni
diharamkan.
Jahanam (1971)
Anak lelaki dan emaknya terpisah masa anak
tu kecil. Aku pendekkan cerita, masa lelaki tu dah dewasa (Nordin Ahmad) dia 'ber'kahwin
dgn perempuan yg sebenarnya adalah emaknya (Saadiah). Dia tak tahu lah tu,
mungkin sebab takde surat beranak. Ada adegan atas katil (malam pertama kot),
tunjuk setakat raba2.
Dendam Dari Pusara (1982)
Perempuan kampung (lakonan Rashidah Jaafar)
mengandung angkara perbuatan anak-tok-penghulu (lakonan Hilal Azman). Dlm kes ni,
perempuan yg goda lelaki dulu.
Pemburu (1982)
Sinopsis: A movie about an undergraduate
girl raped and murdered by a group of drug-crazed youths.
Azura (1984)
Azura (Ogy) balik sekolah, kena kepung
ramai2 dgn mat motor. Aku tak pasti siapa 'imam', tapi 'makmum' dia ramai gak.
Lepas kejadian tu, Azura balik rumah, Mak Long dia (Yusni) halau dia berambus
dlm hujan ("balik kau punya suka, ingat rumah aku ni hotel?")
Matinya Seorang Patriot
(1984)
Sorang perempuan (lakonan Saadiah), masa
mudanya terpedaya utk bergambar bogel. Masa dia dah tua, ada org jahat cuba nak
peras ugut, sebar gambar tu kat anak-anak dia. Sorang anak lelaki dia (lakonan
Eman Manan) terus jadi 'hang jebat' dan bunuh semua orang jahat. Tak termasuk
dlm kategori seks ni kot.
Bintang Malam (1991)
Sinopsis: Seorang gadis kampung, Aishah (Ogy)
telah dirogol oleh bapa tirinya (Sidek Hussein) dan kemudian dipaksa melacur di
bandar.
Kanta Serigala (1991)
Sorang perempuan (Melissa Saila) bercita-
cita nak jadi penyanyi, tapi dirogol dan dibunuh oleh org syarikat rakaman (lakonan
Kamarool 'Farouk' dan A. Rahim). Abang perempuan tu (Faizal Hussein) jadi saiko
dan simpan mayat adik dia dalam hutan.
Azizah - The Legend (1993)
Azizah (Wafa) kena rogol dgn sorang lelaki
terencat akal. Filem tu tak menjelaskan siapa lelaki terencat tu, tapi lepas
baca ulasan Wahab Hamzah, aku percaya lelaki terencat tu adalah anak hubungan
sumbang mahram bapa Azizah (lakonan Khalid Salleh) dengan adiknya (lakonan
Rosnani). Perlambangan yg diguna: kucing menangkap ikan.
Black Widow - Wajah Ayu
(1994)
Seks luar nikah turun temurun. Aton (Puteri
Salbiah) bersama pekerja-bapanya, Agus (Zaidi Omar), dapat anak luar nikah, Ayu
(Nurul Jasmin). Masa zaman sekolah Ayu kena rogol dgn pelajar lelaki di makmal
sains. Dah besar, jadi pramugari merangkap perempuan simpanan orang kaya,
mengamalkan seks bebas. Pasangan seks Ayu sentiasa malang setiap kali lepas
bersama (macam labah2 Black Widow di mana pasangan mengawan jantan akan mati)
Amok (1995)
Kisah seks bebas masa zaman 70-an Malaysia
kita. Natalie (Ramona) bersama Wan Man (Nasir Bilan Khan) dan Ram (Hans),
campur-campur.
Awas (1995)
Ada kisah pasangan homoseks (lakonan Mahmud
Ali dan 'Khan' - tak ingat nama), ada watak lakonan Leina Hangat pergi klinik
utk gugur kandungan (tak ingat angkara perbuatan siapa. salah seorang watak KRU
kot)
Senario The Movie (1999)
Ada watak perogol bersiri wanita. Mangsanya
lakonan Osman Kering.
KL Menjerit (2002)
Ayu (Nisda) mengandung anak Mus (Rashidi),
kandungan gugur lepas jatuh motor. Tiada adegan seks, sebab hero (Rosyam) baik,
tidur di KLCC.
The Beautiful Washing
Machine (2004)
Tayang di GSC pada 2005. Aku tak tengok
versi pawagam, tapi original cut ada adegan seks luar nikah, pelakon cina.
Kamera fokus pada bahagian muka pelakon semasa aksi seks tersebut.
Castello (akan datang 2006)
Anak perempuan Castello (Rosyam) bernama
Phim (Liyana Jasmay 'Najwa') dirogol oleh kuncu-kuncu pengedar dadah sebab tak
mampu bayar dadah. Filem ni arahan Bade Azmi.
[ II ]
Slosher Flicks: Malaysian Soft Porn
http://amirhafizi.blogspot.com/2005/09/slosher-flicks-malaysian-soft-porn.html
Pasal topik Amirhafizi di atas ni (yg berbeza drp topik Mat Jan ni):
Kalau nak senaraikan elemen soft-porn, seksi & daring dlm filem tempatan, memang
terlalu banyak la.. Contoh macam Fadz kata, filem
Panas (1998) tu la. Filem kita ada scene
ranjang, buka baju, cium dsb nya, semua dlm kategori 'tak keterlaluan'
Banyak watak mat skodeng, ada sexual innuendo, seks laki bini, ringan2, bogel
off-camera, wanita penggoda/seksi, lelaki miang/gatal, pelacur, perogol dll.
Semua tu sejak dari zaman filem hitam putih, macam yg Amirhafizi tulis tu.
Bagi ramai org, memang topik ni menarik utk diceritakan.. MJ pun sudah sebut
pasal Laksamana Do Re Mi
(1972), ada perempuan seksi, lelaki gatal & hampir lucah sikit kan..
Aku bagi contoh lain sikit..
Perempuan Melayu Terakhir
(1999) - masa Vanida membayangkan dia bersama Eizlan tu. Matanya terpejam dan
khayal.. dia layan..
Dlm Nasib Do Re Mi (1966) pula,
ada watak orang tua yg membuat buku lucah sendiri, gambar perempuan2 seksi..
Dlm Rozana Cinta '87 (1987),
Erma Fatima membuka t-shirt nya depan 'awek dia', dan Nasha Aziz menanggalkan
tualanya depan Sharifah Aleya dlm Trauma
(2004)
Adegan2 mandi yg kameranya separas dada, dah terlalu banyak! Kenapa U-Wei
memberi tribute utk M. Amin dlm kredit filem Buai Laju-Laju (2004)? Sebabnya ada
dlm banyak filem2 arahan M. Amin - seks. Filem2 klasik juga banyak adegan
perempuan mandi sungai, kemban kain batik basah.
Mekanik (1983) diberi label 18SX masa
tayang di TV2 (seketari ringan2 dgn bos, dan selepas adegan hujan lagu hindustan,
ada dialog "saya dah basah.."). Innuendo pisang dan betik dalam filem
Kepala Angin (1987), lawan bola
lelaki-wanita, doktor lelaki periksa dada wanita, doktor wanita periksa 'tiang
gol'. Lelaki2 tayang body pun banyak (ini utk kaum wanita dan mungkin yg minat
sejenis), terbaru dlm Gol & Gincu
(2005), Reza (Pierre) berdiri depan pintu toilet, buka baju dan masuk (telefon
bunyi pun dia tak keluar kan? buat apa?)
Filem Hafsham sebenarnya banyak elemen macam ni.
Adik Manja (1980) tu ada pelajar yg
curi2 baca buku panduan seks dlm kelas, cium ertinya melagakan hidung, gambar
lelaki bogel dlm locker pelajar, dan banyak lagi..
Cakap pasal Hafsham, aku teringat satu (dan beberapa) lagi filem utk topik MJ:
Soal Hati (2000)
Ahmad Daniel (Afdlin) dan Tania (awek
Filipino dia) tidur bersama. Apa lagi.. sesuai la tu dgn Nurul Ain yg juga
pernah terlanjur. Sebab tu Nurul tak kisah kan? Off topic: filem ni juga ada
watak mat lembut (lakonan Chef Wan) yg minat dgn kaum lelaki.
Pemburu Bayang (1993)
Watak lakonan Awie dan Raja Azura kena
tangkap basah (adegan ini adalah reference kepada kejadian sebenar kes Awie dan
Dang Suria)
Perempuan, Isteri dan Jalang
(1993)
Mat basikal (orang kampung, lakonan Ismail
Yaacob) main dgn sorang awek kampung dlm semak. Adegan tu dibuat suntingan
silang dgn adegan org kampung sembelih lembu, utk melambangkan terkorbannya
seorang perawan. Darah memainkan peranan visual yg penting, darah lembu - darah
dara, tertumpah di tanah.
[ III ]
Sofia Jane, memang simbol seks filem 90-an la dia ni! Dalam
Cinta Kita (1995) ada shot close-up
bibir dia. Dialog Sofia masa tu, "cium aku" (dlm versi vcd, dialog ni sudah
disenyapkan oleh LPF)
Mekanik (1983) memang layak 18SX. Lain2
filem yg layak 18SX ialah Adik Manja
(1980), Kepala Angin (1987),
Ringgit Kasorrga (1995 -
terang2 sebut "jom main"), Amok (1995)
Filem 18SX yg pertama, Litar Kasih
(1996) ada scene cium watak Azhar Sulaiman dan Linda Rafar, tapi menggunakan
teknik bayang-bayang.
Dahsyat jugak la filem kita ni, itu belum cerita lagi pasal aktres yg pakai baju
mandi (atau bikini) dlm filem (sejak dari zaman Siput Sarawak lagi). Pelakon
lelaki pun lebih kurang je (macam Azmil dlm Mekanik tu)
Cuma masalahnya filem kita dari dulu hingga sekarang ialah, lebih ramai yg tak
tahu buat filem daripada yg tahu. Dan akhirnya penonton akan lebih ingat benda
lain berbanding filem tu sendiri.
[ IV ]
Dlm komen aku yg pertama di atas, ada cerita pasal filem Jahanam (1971), kisah
anak dan mak terlibat dlm sumbang mahram tanpa disedari. Filem tu arahan M. Amin,
iaitu seorang pengarah filem melayu kegemaran U-Wei yg namanya ditulis dlm
kredit filem Buai Laju-Laju (2004). Aku akan senaraikan beberapa adegan dlm
beberapa filem arahan M. Amin, walaupun mungkin tak berkaitan dgn topik ni.
Sekadar nak bagi tahu saja...
Harimau Jadian (1973)
Dlm satu adegan ditunjukkan close-up muka
seorang perempuan sedang berdayung sampan. Shot beralih kepada muka lelaki yg
juga sedang berdayung sampan, berselang-seli dgn shot perempuan tadi. Penonton
masih tak tahu mereka berdua sedang berdayung sampan, kerana kamera close-up
pada muka sahaja. Cuma nampak kepala mereka bergerak-gerak ke depan dan ke
belakang saja. OK, long-shot pula, baru penonton nampak mereka berdua sedang
berdayung sampan yg sama di sebatang sungai. Kemudian mereka berdua mendayung
sampan itu bersama-sama menuju ke tepian sungai. Mereka berdua turun dari sampan
itu, berjalan berpegangan tangan sambil tersenyum melihat muka masing-masing.
Tiada dialog, tiada apa, cuma visual yg menceritakannya. Mereka baru lepas
'main'
Keris Emas (1969)
Sepasang kekasih terpaksa berpisah. Si
lelakinya kena pergi menuntut bela ke apa ntah. Filem purba kisah pendekar,
biasa la plot macam tu. Kuswadinata heronya, mengucapkan selamat tinggal pada
aweknya. Lepas tu kamera tunjuk tempat lain. Lepas tu kamera tunjuk hero
berjalan pergi. Lepas tu tunjuk perempuan tu. Lepas tu close-up dekat bibir
perempuan tu, dan perempuan tu menjilat bibirnya sendiri, menandakan yg hero
baru lepas mencium dia masa kamera tunjuk tempat lain tadi. Itulah adegan cium
dlm filem melayu.
Penyamun Si Bongkok (1973)
Adegan ni agak lain sikit, sebab aku tak
pernah tengok adegan jahat macam ni dlm filem lain. Aku agak heran dan terkejut
sikit la, tapi bukan adegan seks. Ada sorang mamat kampung sedang mengendap di
luar rumah papan. 4 orang perempuan berada dalam sebuah bilik, sorang
daripadanya sedar ada orang sedang mengendap. Mereka berbisik rancangan utk
mengenakan lelaki itu. Sorang perempuan (Sharifah Hanim) mengambil sebuah bekas
penadah air. Close-up pada muka perempuan pertama. Close-up nya agak lama. Aku
amat tak faham apa yg mereka mahu atau sedang buat. Perempuan kedua juga buat
perkara yg serupa. Dan masa tu baru aku sedar yg mereka sedang kencing
bergilir-gilir dlm bekas yg sama. Perempuan ketiga mengambil giliran, semuanya
berlaku dlm bilik itu, di hadapan masing2, secara 'live'. Selesainya perempuan
keempat kencing, perempuan pertama mengambil bekas itu dan membuang isinya (air
kencing) ke luar jendela dan membasahi lelaki yg sedang mengendap itu. Kesemua
perempuan itu ketawa dgn perbuatan jahat mereka. Pelik kan? Macam ada unsur2
fetishism melibatkan urine yg digabungkan dengan ciri2 voyeurism yg sememangnya
sudah banyak dipaparkan dlm banyak filem melayu sejak lama dulu.
Itulah saja... ada idea nanti aku tambah.

|