[TOPIK] - SLOGAN


2004

24 Jun 2004
Filem Kita Wajah Kita : Di sebabkan 'kita' (rakyat Malaysia berbilang bangsa) mempunyai banyak 'wajah' (iaitu budaya, agama, bahasa, rupa, gaya dll), maka filem kita memang pun menggambarkan wajah kita. Tapi itu tak bermakna sebuah 'filem malaysia' perlu menggabungkan setiap 'wajah' demi untuk menggelarkan dirinya sebuah 'filem malaysia'. Sebuah filem melayu adalah filem malaysia. Sebuah filem bahasa cina yg menggambarkan kehidupan bangsa cina semata-mata juga adalah sebuah filem malaysia. Begitu juga filem yg menunjukkan kehidupan masyarakat india atau lain-lain bangsa yg tidak bercampur aduk juga adalah sebuah filem malaysia. Sebuah filem yg menggabungkan pelbagai bangsa juga adalah filem malaysia. Sampailah filem yg menggambarkan rakyat Malaysia berbahasa inggeris juga adalah filem malaysia kerana itulah kebenarannya. Semua itulah yg dipanggil 'wajah kita'. Tak semestinya sebuah filem itu cuma perlu menggambarkan wajah yg sama seperti diri kita baru boleh diiktiraf. Mungkin sebuah filem itu menggambarkan wajah yg agak asing bagi kita namun ia masih patut dibuat sekiranya ia menunjukkan wajah Malaysia. Mungkin kita perlu ada sebuah filem yg menggambarkan kisah kehidupan masyarakat india tempatan yg menggunakan bahasa tamil pula lepas ini. Itu juga filem malaysia yg menggambarkan wajah kita (sudah tentulah bukan 'wajah diri kita' tapi wajah Malaysia). Tidak syak lagi!

Filem Malaysia Era Globalisasi : Aaarr... yg ni aku tak paham aaa. Pebenda ni pinas? Sebab redio era tu popular kot, tu sebab dia nak letak era gak tuh :) Yg globe tu plak, mungkin dia nak kata yg filem malaysia ni patut dibuat dengan memikirkan penerimaan masyarakat dunia jugak, iaitu penonton yg di luar dari Malaysia. Jangan dok target pasaran tempatan saja, terutama pasaran melayu je. Contoh yg dia nak mungkin macam Puteri Gunung Ledang tu lar, lagi satu macam yg David Teo dok buat Cholestrol Teerak tu, dah tak target pasaran tempatan lagi dah tu. Baguih. Mungkin juga nak bagi perangsang atau nak mengetengahkan pembikin filem independen yg semakin banyak buat filem yg berciri 'globe' tuh. Mungkin itu arah yg filem malaysia patut tuju - global. Tu sebab aaa dia kata global-sasi tu semue. Aku agak jer! :)

*Semua pandangan bersifat peribadi. Diulangi: pandangan peribadi.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys