|
2004
18
Februari
2004
Sudah lama tonton, baru nak komen sikit. Hari pertama tayangan, juga
hari pertama tahun monyet. Penonton ramai juga, lebih separuh panggung telah penuh. Tak sempat tonton adegan eksiden masa mula
tu. Tak kisah, lagipun ingat nak tonton beberapa hari lagi, tapi filem ni macam memanggil-manggil. Jadi, tengok saja lah. Adegan pertengahan
cerita -kisah trauma Nurul- agak tak bermaya. Boleh dikatakan bosan. Kehadiran Jeslina (Nasha) menukar suasana jadi menarik walaupun masih
bergerak perlahan. Sebelum Nasha muncul, Aziz M. Osman seperti biasa akan 'tunjuk muka'. Watak Aziz sebagai salah seorang calon pembantu
Nurul. Apa jadi ye kalau Azhar Sulaiman tak ambil Nasha, tapi sebaliknya ambil Aziz jadi pembantu? Tak ke kecoh. Tapi, Nasha agak
meyakinkan juga dalam watak saiko Jeslina tu. Azhar pula tak membangun langsung lakonan
dia, watak yang kurang menarik, mungkin nak bagi lebih perhatian pada Amy Mastura. Ada satu scene di mana
Nasha cuba goda Azhar, penonton boleh ketawa tengok reaksi Azhar yang entah
apa-apa, close-up shot pulak tu. Amy Mastura pun ada juga bahagian yang nampak dia terlalu cuba untuk jadi trauma, masa dia
kata 'aku tak gila' banyak-banyak kali, nampak tak real. Keseluruhannya lakonan Amy
mencabar dan dia memang boleh bawa watak tu, cuma kurang real, mungkin masih nampak ke'Amy Mastura'an dia
tu. Aleya pula macam biasa, lakonan yang OK, tak kaku, cuma kalau boleh dalam filem lain dia
diberi watak yang lebih meluas, tak macam filem ni watak dia terbatas, dan tak nampak keupayaan dia. Dan, Trauma juga
ada watak doktor yang mesti dilakonkan oleh DJ era (lepas ni ada lagi satu filem). Dari segi
cerita, kalau membandingkan dengan filem luar, memang biasa sangat cerita ni. Bagi penonton yang suka mengagak
penamat filem, mungkin sudah tahu motif Nasha, tapi saya lebih suka mengikuti cerita tanpa
memikirkannya. Bila filem hampir tamat (menghampiri 2 jam), saya sangka ceritanya akan tergantung kerana
masih belum diketahui motif Nasha, tapi ulangan adegan eksiden (yg saya telepas di awal
tadi) memberi jawapan yg dinanti-nanti. Tiada dialog, tiada tulisan, penonton perlu
membuat kesimpulan sendiri. Penamat yang bagus (lihat kredit akhir untuk mengetahui watak lelaki
yang mati kena langgar tu). Penonton pun begitu puas hati bila adegan mula bergerak pantas lepas Amy lari dari hospital
gila sampailah penamat. Beberapa kali tertipu bila sangka yang semuanya sudah
selamat, tapi begitu banyak kejutan, dan jeritan, satu demi satu muncul. Paling best bila berada dalam panggung masa tu ialah bila
Azhar berjaya masuk dalam rumah lepas Nasha cuba bunuh Amy. Semua penonton ingat filem akan tamat. Muka Azhar pun macam semuanya
sudah berakhir. Tiba-tiba, perlahan saja, dari belakang Azhar, kelihatan gunting diangkat perlahan-lahan - Apa lagi, satu panggung
menjerit "Arrrggggghh...!!!". Trauma - sebuah filem yang puas ditonton di
pawagam, tetapi bukan jenis yang orang akan tonton berulang kali. Tapi, mungkin atas sebab tarikan
pelakon/pengarah popular membuatkan filem ini laku di box-office (?), atau sememangnya
genre thriller ada peminatnya (??) atau faktor masa tayangan yang tepat... semuanya
masih tiada jawapan. VCDnya akan keluar nanti, dan pastinya jauh berbeza dari
pengalaman di pawagam. Paling terbaik yg
anda boleh lakukan, kumpul ramai-ramai (malam), padam lampu, tonton Trauma - dan... jerit "Arrrggggghh...!!!".
***1/2
21 Januari
2004
Tayangan mulai tengah malam ini. Saya tak pernah semak jadual midnight
show filem Malaysia, sebab itu bukan masa saya. Tapi saya begitu ternanti-nantikan filem ini, jadi saya semak dan lihat banyak juga
pawagam yang akan tayangkan filem ini tengah malam nanti. Untuk sebuah cerita suspense, kalau berani pergilah tengok malam
nanti. Esokkan cuti umum. Lagi satu, posternya ada logo Dolby Digital, jadi pilih
panggung yang sesuai OK? Demi untuk menarik golongan penonton 'romantik komedi', dan atas nama promosi kita namakan filem
ini Trauma Cinta (??). OK tak, sekadar promosi tak salah ape? Pergi tengok filem ini
(ingatan untuk diri sendiri)

2003
24
Disember 2003
AKAN DITAYANGKAN - 22 Januari
2004. Dengar cerita, promosi filem ni sudah bermula. Promo awal takpe, tapi
kalau terlalu awal macam sekarang ni, rasanya patut ke? Mungkin promosi mereka akan bergerak
lama dan banyak tempat (?). Kalau begitu, OKlah sebab rasanya mereka juga ambil kesempatan sempena cuti
perayaan/sekolah supaya lebih ramai orang sedar tentang filem ni. 22 Januari adalah cuti tahun baru
Cina. Nampaknya setiap perayaan ada saja filem 'Melayu' ditayangkan kan? OK, siapa dah baca ulasan Trauma
dalam Cinema Online? Mereka beri 3.5 bintang... tapi ulasannya seakan menggambarkan
kekurangan/kelemahan filem ini. Agak pelik juga membaca ulasan yg mengkritik kekurangan dialog. Adakah Trauma
terlalu 'kekosongan' daripada dialog seperti yg saya bayangkan. Kalau betul pun, rasanya
patutlah juga sebab ini filem triller, pelakonnya pun tak ramai. Mungkin muzik/kesan bunyi berperanan
sebagai 'pengganti' dialog, tapi tak pula disebut dalam ulasan tersebut. Ini filem Aziz M. Osman yg boleh dikatakan
begitu dinanti-nantikan. Setelah Amy Mastura terlepas peluang Seri Dewi Malam, kini
Trauma muncul seakan cuba menutup kekurangan SDM, tapi benarkah? Filem yg mesti tonton, lupakan sebentar ulasan yg telah
dibaca. Saya juga suka menyentuh tentang poster filem kerana bagi saya ia sebahagian dari filem. Gambar2nya, tulisan, bentuk, tekstur dan
warnanya - segalanya. Stail atau gaya filem diwakili oleh poster, macam kulit yg melindungi isi. Poster juga boleh berperanan menarik
penonton yg tak tahu menahu tentang sesuatu filem semasa memilih filem apa untuk
ditonton ketika di pawagam, mungkin juga ia boleh memperdaya penonton. Memang boleh sebenarnya. Jadi, apa yg tak kena
dengan Trauma? Saya belum scan posternya, tapi anda boleh lihat di Cinema Online. Poster Trauma memang cantik, saya dah lama tunggu
poster sebegitu, gabungan warna hitam-putih-merah. Simple, tapi menarik. Menarik-narik sebenarnya. Ini satu lagi poster
'gambar kepala'. Tapi, masih 'boleh tahan' sebab ekspresi muka pelakon yg kontrol
cemas/takut/tension - kena dengan genre filem, kiranya ada karektor pada poster itu. Setompok warna merah macam titisan darah
berisi tagline filem ini. OK. Walaupun ada 4 gambar pelakon - Azhar, Amy, Nasha,
Aleya- tapi cuma Amy dan Nasha dapat tulisan merah mereka, menggambarkan mereka pelakon utama, jadi tak sesak
sangat. Tapi. Alangkah baiknya kalau ada macam props, atau lokasi atau apa saja selain muka pelakon pada poster. Lihat contoh poster Swordfish,
props dan lokasinya berjaya menggambarkan karektor filem tu, selain pelakon yg memang posing sebagai karektor masing2. Cantik
kan? Jadi, untuk Trauma, kisahnya tentang trauma kemalangan kereta, kenapa tiada
sedikit gambaran pun mengenai kereta walaupun mungkin dalam filem lokasinya lebih banyak dalam rumah. Saya suka poster Mistik kerana ia
menggambarkan rumah hantu. Dengan poster yg menggambarkan muka pelakon saja, Trauma juga memberi gambaran yg ia adalah filem Melayu
yg biasa, sedangkan judul Trauma itu agak unik dan mempunyai potensi untuk menarik lebih ramai penonton yg tak minat
'filem melayu'. Saya terlebih suka poster Trauma kerana teksturnya yg seakan-akan
dicakar-cakar tu. Boleh tahan tu. Tapi, kalau betullah ada kaitan kereta dalam Trauma, mungkin boleh ditunjukkan bahagian hadapan kereta dalam
suasana malam dan lampu terpasang dan hadapan kereta itu memenuhi bahagian bawah poster, bahagian atas boleh digambarkan awan kelam
dengan bayangan wajah pelakon di situ. Atas sekali, senarai nama pelakon. Bawah sekali, kredit filem. Plet kereta berisi judul filem
(kalau mahu ganas, boleh buat tulisan macam darah pada cermin hadapan atau mana2 bahagian yg besar). Tapi, kalau macam poster sekarang ni
lah kan, memanglah untung dan senang nak tarik peminat yg minat setiap seorang pelakon itu. Lagipun, memang itu sasaran mereka pun.
Tak salah. Tapi, itu sajalah yg mereka dapat, penonton lain mungkin tak tertarik.
23
September 2003
Seperti yg semua sudah tahu, tarikh tayangan beberapa filem telah
dipinda. TRAUMA akan ditayangkan pada 22 Januari 2004 (akhirnya, tinggallah Trauma satu-satunya filem untuk Januari 2004.
Takde saingan langsung sebab semuanya dah lari ke Disember. Kuranglah sikit
'trauma'
penerbitnya, lega... Tarikh Trauma pun sebenarnya dilambatkan seminggu dari
sebelumnya, mungkin untuk menjarakkan sebulan dengan filem terakhir 2003).
14 Ogos
2003
Baru je baca Berita Harian,
TRAUMA telah ditetapkan tayangan pada 15 Januari 2004.
24 Mac
2003
TRAUMA - dah siap
pembikinan. Bila agaknya akan ditayangkan?
2002
6
November
2002
TRAUMA - Aziz M. Osman kembali dengan filem serius.
Gandingan Amy
Mastura dan Azhar Sulaiman memang serasi sejak dahulu. Filem ini akan menguji lakonan Amy Mastura dalam watak mangsa kemalangan kereta
yang mengalami trauma. Nasha Aziz tampil dengan watak jahat.

|