|
2005
16
September
2005
VCD - Baru beli...
Judul: BAS KONDUKTOR (1986) -
Hahaha… dah lama cari, akhirnya dapat juga :) Filem arahan Z. Lokman. Masa zaman
80-an RTM suka tayang filem ni dan aku selalu tengok. Aku rasa filem ni memang
lawak betul la. Entah la, tapi aku suka dialog2 dia, watak2 dan juga situasi2
komedi dlm filem ni. Bagi sesetengah orang, mungkin ini hanyalah satu filem
lawak bodoh. Kalau nak cari jalan cerita, lupakan je lah. Kirim salam, takde
jalan cerita. Filem ni bermula dgn tanpa apa2, dan berakhir juga tanpa apa2.
Memang tah apa2 kan? Kisah kehidupan para pemandu dan konduktor bas, lelaki dan
perempuan. Banyak bahasa2 pasar 80-an yg aku sendiri tak pasti, dan ada juga
paparan budaya jalanan popular masa tu, breakdance. Ada lagu2 loghat Negeri 9,
macam Apo Kono Eh Jang dan lain2 yg aku masih mencari judulnya (popular masa tu).
Filem ni mula dgn adegan di Pudu Raya, sorang perempuan dlm perjalanan ke
Seremban, tak lama kemudian kita dapat tahu yg dia lari dari rumah sebab bapak
dia cuba nak %#$*& dia. Pompuan ni takde arah tuju dan kemudiannya tumpang di
rumah geng pemandu & konduktor bas wanita. Akhirnya dia pun kerja dgn syarikat
bas tu. Itu je lah kot cerita dia, walaupun kita ada 1 jam lebih lagi utk tamat
filem ni. Watak utama ialah Pie dan Maidin, dgn dialog2 selamba, yg aku rasa
banyak dibuat skrip sendiri sesedap rasa. Sesuka hati je… memang ‘zaman
kegemilangan’ diorang la masa tu. Pastu watak wanita utama lakonan Rose Iskandar
yg tak berapa banyak lakonannya, sebab filem ni lebih kepada situasi2 komedinya
saja setelah cerita tamat di awal2 lagi tadi. Geng2 wanita tadi tinggal serumah
dgn sorang mak nyah, ada juga watak tuan rumah lelaki yg suka menyibuk. Ada
watak2 sampingan, penyanyi pujaan ramai lakonan Aman Shah, ada satu watak
fanatik nombor ekor yg digelar Doktor lepas dia buat satu lawak dlm bas, dan
beberapa lagi watak komedi tambahan, termasuk la satu budak yg dipanggil pondan
siam (?). Setelah banyak situasi2 yg terjadi dlm kehidupan mereka, filem ini
cuba ditamatkan dgn babak rombongan ke Pulau Pinang. Akhirnya terjadi satu
kejadian yg tak dapat dipastikan sama ada lawak ataupun tragedi, dan filem ini
habis dgn ‘Semoga anda terhibur’. Trivia: Judul filem ini sudahlah terbalik,
sepatutnya Konduktor Bas, ejaannya pada kredit filem juga salah, ditulis Bas
Kondaktor. Z. Lokman cameo sebagai jurukamera sebuah produksi filem yg sedang
melakukan penggambaran adegan rogol di tepi pantai (aku tak pasti siapakah
pengarah ‘filem dlm filem’ tu)
Judul: SUARA KEKASIH (1986) -
Akhirnya, setelah berpuluh-puluh e-mel yg aku terpaksa jawab pasal filem ni. Ni
dia, dah pun di pasaran. Puas hati. Antara gandingan terbaik Ogy dan Azmil, dlm
sebuah filem drama romantik yg berjaya meninggalkan kesan yg kuat pada penonton.
Soundtrack memang berhantu, M. Nasir punya kerja. Walaupun kisahnya macam sudah
biasa, percintaan terhalang sebab perbezaan taraf hidup, tapi lakonan utamanya
menguatkan lagi keberkesanan cerita ni, selain garapan yg menarik. Jadi,
penonton kurang merasai yg filem ini adalah ulangan cerita2 yg telah banyak kali
difilemkan. Permulaan filem ni cepat dan menarik, babak2 perkenalan Taufik dan
Ayu dgn lagu berhantu masa kredit, semuanya dah cukup utk mengikat penonton.
Imej pertama, bangunan Tabung Haji. Kereta Ayu berhenti mengejut di lampu merah,
hampir terlanggar kereta di hadapan. Dialog pertama, Ogy sebagai Ayu, sudah
terlewat utk menghantar kawannya di airport. Kereta pula meragam, masa nak
keluar tertinggal pula barang, masa berlari menaiki tangga terjatuh pula.
Semuanya petunjuk dari takdir yg akan menemukannya dgn Taufik (termasuk lampu
merah tadi). Babak kedua, perkelahan di tepi pantai. Ada Ebby Saiful sebagai
kawan Taufik. "Kaki saudari sudah sembuh?". "Jangan panggil saudari, nama dia
Ayu". Lepas tu keluar judul filem dan lagu berhantu. Penamat filem ni adalah
jenis yg membuatkan penonton suka mengulang tonton lagi dan lagi. Sebuah filem
romantik yg menarik walaupun ia tiada apa2 yg kuat utk disampaikan, dari segi
ceritanya. Tapi, bagusnya ia berjaya membawa penonton ke dalam dunianya, aku tak
pasti bagaimana, mungkin hasil daripada apa yg dikatakan sebagai garapan tu lah
agaknya.
PENGEDAR:
Music Valley Sdn Bhd
11-15, Jalan 5/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, Kuala Lumpur
Tel: 03-92005724 / 03-92852149 (10 lines)
Fax: 03-92871393 / 03-92817158
11
September
2005
DVD - ada beberapa
lagi judul terbaru... Anak Mami
The Movie, Gangster,
Hingga Hujung Nyawa,
Jutawan Fakir,
Mami Jarum,
Putih (animasi),
Senario Lagi,
Sepet. Lain-lain judul DVD - Telefilem:
Blok 404,
Kepulangan, Laman Maut,
Neurose Dwi,
Pembunuh Misteri; Filem pendek:
Pua
3 Ogos
2005
DVD - ada 8 dvd
filem kita baru keluar bulan lepas -
Bintang Hati,
Pontianak HSM, Cinta Luar
Biasa, Cinta Kolestrol,
Biar Betul,
Gila Bola,
Janji Diana dan
I Know WYDLR.
Mungkin ada banyak lagi, tapi belum jumpa. Beli lar satu ke dua ke...
http://www.beli-kat-musicvalley.com
28 Mei
2005
CETAK ROMPAK - di sebabkan cetak rompak ni cepat sangat keluar, filem baru
seminggu di pawagam, dah keluar vcd pirate, jadi mungkin penerbit filem boleh
terfikir utk ambil kesempatan dengan mengeluarkan vcd original juga lebih awal
semasa filem masih di pawagam? Atau seperti mesej
Andak itu, mungkin juga penerbit filem sememangnya sedang membuat keuntungan
dengan adanya cetak rompak lebih awal ketika filem mereka masih baru di pawagam?
Hmm.. tak mustahil kan?
21 Mei
2005
Pertanyaan mengenai VCD filem arahan Osman Ali:
Malaikat Di Jendela tak diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Alasannya
filem pendek tu menggunakan suara pencerita oleh watak yg sudah meninggal dunia,
iaitu anak watak Ning dalam filem tu. So, VCD memang tiada dijual.
Arahan Osman Ali yg lain:
Tollgate Girl - TV dan VCD. Tapi
sekarang dah susah nak jumpa. Sold out kot.
Surat Untuk Bulan - VCD, filem
remaja yg bagus.
Puaka Tebing Biru - Filem
pawagam. Sedang dalam pembikinan. Tayangan 2006.
Harap Tiara (penerbit) dapat keluarkan juga VCD
Intan Mahsuri dan
Dengan Nama Cinta (kedua-duanya ada
adegan perempuan naik sampan, sama macam Malaikat Di Jendela. trademark Osman ke
ni)
DVD Filem Malaysia:
Filem Pasrah dan
Anaknya Sazali telah diedarkan
dalam format DVD. Harga RM29.90 setiap satu. Dapatkannya di...
http://www.eastern.com.my
Boleh juga beli utk buat perbandingan kualiti dgn vcd. Adakah sekadar vcd yg
disalin ke format dvd. Atau betul2 dibuat peningkatan kualiti visual dan bunyi?
Dan apakah terdapat pelbagai sarikata dan juga kandungan istimewa yg lain?
Perkembangan yg bagus ni, tapi kenapa filem lama? Test market dulu kot...
20 Mei
2005
Pasal kualiti VCD filem klasik & usaha baik pulih filem lama oleh Astro:
Bergantung kepada pengedarnya Music Valley. Kalau dia ambil dari Astro, dapat
jual yg clear sikit rasanya. Tapi, setahu saya ada beberapa filem saja yg dibaik
pulih oleh Astro. Tak ingat tajuknya. Miskin ada dalam senarai MV tapi rasanya
belum keluar lagi, tak jumpa pun. Sabaruddin Tukang Kasut tu nampak macam masih
boleh diselamatkan lagi, cuma gambarnya blur dan sound kurang tajam, boleh
adjust kot. Tapi, siapalah yg nak keluar beratus-ratus ribu RM utk repair sebuah
filem komedi fantasi macam tu. Mungkin 20 tahun lagi kot. Masa tu Malaysia dah
maju kan? Apapun, aku respek usaha yg dimulakan oleh Astro tu, walaupun untuk
tujuan perniagaan tetapi utk jangka panjang sejarah filem melayu dah pun
diselamatkan walaupun utk satu atau dua filem saja.
Astro baik pulih filem P. Ramlee - kalau ada yg berminat, berita lama tentang
usaha baik pulih filem melayu klasik boleh dibaca di...
link
19 Mei
2005
Tahun lepas, Music Valley (MV) sudah update senarai vcd mereka. Ada 2 filem
telah dikeluarkan dari senarai awal dulu iaitu filem Dara Kula dan Sitora
Harimau Jadian. Kemungkinan besar filem2 tersebut tidak diluluskan oleh LPF.
Sehingga kini, saya telahpun menjumpai kebanyakan filem2 dalam senarai MV. Yang
belum jumpa hanya lebih 40 judul filem. Sila rujuk laman web filemkita, lihat
senarai vcd yang di'bold'kan, yg itu saya belum jumpa. Filem Miskin lakonan P.
Ramlee telah rosak teruk, tetapi telah dibaik pulih secara digital oleh Astro
dan kemudiannya ditayangkan oleh mereka. Dan kemudiannya lagi, telah dicetak
rompak oleh lanun. Banyak bahagian filem itu tidak dapat diselamatkan, vcd
pirate nya cuma 1 disc sebab terlalu pendek. Tapi, sekurang-kurangnya ada usaha
menyelamatkan salinan asalnya dari terus hancur. Jutawan2 melayu/malaysia tak
nak ke buat projek macam ni? Diorang semua tak minat filem kot. Banyak lagi
filem2 lama yg rosak. Tengok vcd Sabaruddin Tukang Kasut (ori), sedih.
17 Mei
2005
Ragam P. Ramlee - saya pun rasa terkejut tengok vcd filem ni. Dah lama beli, tapi tak tahu pun yg segmen Minta
Nombor Ekor kena potong. Nasib baik dah ada versi pirate (logo NNB), yg tu full
version. Yg ori, kurang 25 minit! Astro ada channel race kuda kan? Boleh la
tayang kat situ :)
2004
30 Oktober
2004
LANUN - sesiapa perasan dan nampak, vcd pirate (bootleg)
PGL, tulisan sinopsisnya dicilok dari filemkita.
Hehe.. bangga. Kalau filem orang putih, diorang selalu copy dari IMDB.com, kiranya filemkita.com
sekarang ni pun dah jadi bahan rujukan para lanun. Kira diiktiraf oleh persatuan lanun-lanun cetak rompak la juga.
Tapi, jangan beli la bootleg PGL tu, buruk gila! Kalau dari master copy kira ok la, tapi
ini dah tahap merosakkan filem kita. Buai Laju-Laju lagi la teruk
kena bootleg, intro terpotong terus, lepas tu siap buat tajuk filem sendiri, hancur!
Amatur gila. Pesanan kepada lanun: jangan la buat cam tu lagi, merosakkan filem tau. Pesanan kepada
pembeli: apasal bodo sangat, tunggu la yg official keluar dulu - harga sama je
nanti, tapi dapat tengok yg gambar buruk!
*maaf zahir dan batin (tak payah tunggu
raya)
11
Oktober
2004
Pertanyaan tentang VCD
filem-filem seram:
Setinggan - tiada dalam vcd (Nota:
sudah diedarkan pertengahan 2005)
Toyol - vcd filem ini selalunya kelihatan diletak dalam kategori
filem seram Indonesia di kebanyakan kedai vcd. Ramai peniaga yg tidak tahu, dan menyangka yg filem ini adalah filem
Indonesia. Pergi cari...
21 Januari
2004
ADIK MANJA
- sudah lama juga saya beli VCD ini. Tapi, saya rasa perlu disebutkan juga di sini sebab saya ingat filem 1980 ini tak akan
dikeluarkan dalam VCD. Kredit awal filem ini juga nampak macam sudah rosak.
Kualiti memang agak teruk dengan warnanya yg tidak
seimbang. Namun masih wajib dibuat koleksi. Gambar depan VCD dengan foto promosi
Dharma dan Noorkumalasari (yang berpakaian kecil dan seluar ketat). Ada satu scene Dharma guna teropong teleskop dan ternampak
student perempuan tengah mandi - telah dipotong. Gambar widescreen juga telah di besarkan dan terpotong bahagian kiri-kanan yang mana
banyak pelakon berada disitu. Edaran Music Valley.
2003
20 Oktober
2003
CATHAY-KERIS - saya terjumpa maklumat tentang filem klasik keluaran
Cathay-Keris. Mereka baru saja keluarkan 10 judul filem dalam bentuk VCD. Yang menariknya filem2 tu semua adalah versi yg telah dibaik
pulih secara digital dan dijual secara eksklusif di Singapura sahaja. Walaupun semua judul filem itu ada dijual di Malaysia melalui Music
Valley, tapi saya tak pasti sama ada ia versi yang sama atau salinan lama. Mungkinkah
'versi baru' itu cuma taktik pemasaran? Tapi, memang berbaloi untuk buat koleksi sebab pakejnya menarik, nampak klasik dan
siap ada senarai festival dan anugerah lagi. Untuk melihat gambar dan maklumat
lanjut, sila ke...
http://www.cathay.com.sg/keris/Cathay%20Classics/MALAYclassics.html
Menariknya di sana, selain gambar, anda boleh download maklumat lanjut
beserta sinopsis 10 filem itu yang terdapat dalam dokumen Word, dan ada juga link ke laman web pengedarnya yg terdapat senarai
kedai yg menjualnya.
3
September 2003
Selain filem baru, ada filem yg begitu dicari-cari ramai,
telah-pun ada di pasaran. Gempar tu..
PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR - yeah.. akhirnya keluar.
Baru lagi
keluar ni, mengikut tarikh pada sticker LPF tu. Edaran Golden Satellite. Saya berjaya mendapatkannya di kedai Artist Gallery.
Cubalah cari. Tak tahu gambar clear ke tak (ori pun kadang gambar teruk), sebab belum
tengok.
SUTERA PUTIH - ini pun dah lama cari.
Arahan pertama Rashid
Sibir, filem yang menang 4 anugerah FFM '95 termasuk Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi, dan Muzik (M. Nasir).. Sayang Salmah pun kalah
tuu, tapi dari segi cerita, hmm.. boring skit, tapi endingnya OKlah, tragis.
Edaran Music Valley.

4 Jun
2003
Senarai VCD Klasik
- Saiz imej agak besar, nanti banyak pula e-mel yang bouncing.. jadi, dapatkan senarai VCD Klasik edaran Music Valley di
sini:
http://groups.yahoo.com/group/filemkita/files/VCD%20Klasik/
...atau login di YahooGroups dan tengok dalam Files.
Senarai tu tak betul sangat, ada juga filem Memori & Cinta Rosevilla
(90-an), Toyol & Bujang Lapok Kembali Daa (80-an) dan judul seperti Permintaan
Terakhir, Sikit Punya Gila dll yang sebenarnya tak patut ada dalam kategori klasik. Mungkin juga sebab pengarah atau
pelakonnya dari zaman filem klasik, jadi filem tu disenaraikan (cth: Jamil
Sulong, Rosnani, Malik Selamat & Aziz Satar). Filem Mat Tenggek yang saya beli pula tidak
disenaraikan.
3 Jun
2003
Senarai 284 VCD Klasik sudah di'scan'.
Tunggu.
19 Mei
2003
Saya baru beli filem Bumiputera lakonan Mahmud June
(nama wataknya Bumiputera) dan Sofia Ibrahim dari Music Valley, pengedar filem melayu
klasik paling banyak. Bersama VCD tu, disertakan senarai filem-filem klasik edaran Music Valley. Terdapat sejumlah 284 judul filem
klasik yang disenaraikan. Rasanya senarai tu tak lengkap sebab ada filem yang saya
beli, tiada dalam senarai tu. Antara filem yang menarik perhatian ialah filem yang menggunakan judul
Hantu.., Keranda.., selain filem P. Ramlee
yang diharamkan untuk siaran TV, seperti Gelora dan
Sitora Harimau Jadian.
Bagaimanapun, filem Bakti tiada dalam senarai. Mungkin Music
Valley patut senaraikan juga Filem Malaysia edaran mereka. Baru-baru ni saya dapat beli
Matinya Seorang Patriot.
Mana nak dapat vcd filem Pontianak
(1957)?
Setahu saya filem PONTIANAK yang dimaksudkan itu, tidak ada dijual di mana-mana sekali pun. Kalau ada yang jumpa VCD dengan judul yang
sama, itu bukanlah filem lakonan Maria Menado tu, tapi filem lakonan semula (filem
Pontianak versi warna tahun 1975). Kalau anda jumpa VCD gambar Jins Shamsuddin di cover
pula, dengan tajuk Pontianak - perhatikan semula ada tulisan 'Anak' yang kurang jelas di depannya. Filem tu berjudul
Anak Pontianak. Saya pernah terbaca di akhbar, tentang salinan asal filem Pontianak yang
telah dibuang/musnah oleh penerbitnya (Cathay-Keris Film) bersama beberapa judul filem lagi kerana terlalu banyak filem dikeluarkan
pada tahun 50-an. Terdapat juga temubual bersama Maria Menado yang disiarkan tidak lama
dulu, yang memberitahu perkara yang sama. Persoalan sama ada filem Pontianak asal masih wujud atau telah lenyap
sama sekali masih samar-samar kerana saya pernah terbaca yang filem itu pernah ditayang
di luar negara dan mungkin salinannya masih wujud di sana dan mungkin juga ada di Singapura??
24 Mac
2003
VCD KLASIK - Dulu ada yang tanya tentang filem Bayangan
Ajal. VCDnya kini dah pun dipasarkan. Juga disenaraikan beberapa judul VCD yang mungkin boleh
dibuat koleksi.
JINS BOND:
Gerak Kilat - Filem yang memperkenal watak Bond Melayu dengan
nama "Zain. Jefri Zain". Bond Girlnya ialah Sarimah. Filem klasik hitam putih
arahan Jamil Sulong yang sunggoh hebat dengan pelbagai gadget dan set underground yang
hebat.
Bayangan Ajal - Jefri Zain kembali dalam filem warna keluaran Shaw
Brothers (Hong Kong?). Kebanyakan pelakon adalah Cina dan ada adegan-adegan yang mungkin tak sesuai untuk 'kanak-kanak' (adegan
separuh bogel dan cium selain pembunuhan). Mungkin sebab tu tak pernah tayang di TV. Setnya memang hebat apalagi dalam warna.
Pengarahnya dari Hong Kong. Dialog BM pelakon Cinanya telah dirakam semula dan kalau tak
salah heroin filem ni menggunakan suara Sarimah.
Jurang Bahaya - Filem yang melengkapkan siri Jefri Zain. Produksinya
sama seperti Bayangan Ajal. Juga dibuat dalam warna. Heroinnya pun sama. Tak lengkap koleksi anda tanpa filem
ni.

*Kesemua VCD JINS BOND di atas boleh didapati di Music Valley dan
dikeluarkan dalam Siri Jins Shamsuddin.
MAT SENTUL dan MATnya:
Saya berjaya memperolehi 6 buah filem MAT dari Music Valley. Sungguh
klasik dan gila..
MAT BOND - Kisah Mat yang bercita-cita menjadi penyiasat seperti James
Bond. Semuanya berlaku secara tidak sengaja. Filem ni arahan M. Amin dan Mat Sentul. Antara perkara unik dan pelik ialah jamban menjadi lif
untuk Mat turun ke bilik underground rahsianya dan pistol bercabang.
MAT TOYOL - Kisah Mat menjadi pembantu Bomoh yang mahu mencipta
toyol buat penghulu kampung. Mat disuruh mencari akar Apollo dan tiba di sebuah gua 'hantu'. Mat mencuri cecair yang dapat menukar benda besar
menjadi kecil yang dihasilkan oleh nenek kebayan (isteri bomoh tadi yg merajuk dan tinggal di gua). Bomoh telah tersalah meminum cecair
itu dan bertukar menjadi ayam!
MAT KARUNG GUNI
- Mat menjadi pembeli botol dan barang terpakai. Dia 'terambil' intan
berlian yang disangkanya kaca dan menjual kepada kawannya. Apabila mengetahui kaca yang sebenarnya adalah intan, Mat
dan kawan-kawannya cuba mendapatkan kembali intan tersebut. Kawannya yang telah kaya
kini membuka studio filem. Antara perkara gila yang terjadi sepanjang cubaan mendapatkan intan ialah Mat 'bertukar'
menjadi posmen, polis, penari dan bayi!
MAT 3/4 (aka MAT TIGA SUKU)
- Kredit awal filem ni cuma memaparkan nama Mat Sentul sahaja dalam
pelbagai ejaan seperti Mat Sental, Mat Sentil, Mat Sen.. di mana kebanyakan tugas utama di pikul oleh beliau.
Kisah orang gila. Mat 'mendengar' suara penunggu rumah (orang lain tidak dengar kerana
cuma Mat yang gila) dan meminta berbagai benda seperti nasi, air dan duit yang banyak. Mat menjadi 'kaya'. Kebetulan rompakan
berlaku dan Mat dituduh merompak dan dipenjarakan. Dalam penjara Mat berjaya menghalang cubaan banduan untuk melepaskan diri dan diberi
habuan dan hidup mewah dalam penjara. Berita sedih apabila dia dibebaskan tetapi
tidak mahu pulang. Antara perkara paling 'tiga suku' ialah apabila Mat di kejar bas kerana melarikan tanda bus stop.
MAT SPY - Filem ni kelihatan seperti dibuat untuk TV. Boleh dikatakan
filem 'moden' Mat Sentul dalam warna. Di buat di Johor Baharu. Nampak macam mengulangi Mat Bond. Satu yang menarik (sebenarnya dalam
kebanyakan filem Mat Sentul) adalah pembabitan pelbagai bangsa, termasuk Cina, India dan Sikh (mesti ada). Filem ni tak banyak trick-shot
seperti filem Mat yang lain.
MAT TENGGEK - Filem warna tahun 1980. VCD ni telah banyak ditapis.
Kisah seorang saintis (lakonan Mat Sentul) yang membina kapal terbang dan membawa
isterinya yang mengandung pergi bersiar-siar. Kapal terbang terhempas dan isterinya melahirkan anak (apa yang sebenarnya
terjadi tidak diketahui kerana ditapis). Anak itu (Mat Tenggek) membesar dalam hutan dan meminum susu kambing (disangka ibunya). Senang
cerita, jadi Tarzan lah. Mat berjumpa seorang wanita hutan yang mengajarnya bercakap dan mengenali perbezaan jantina. Dalam kelompok
wanita tersebut, cuma terdapat seorang lelaki yang digelar 'bateri', manakala wanita digelar 'kaset' (suka menyanyi) dan yang gemok
digelar 'radiogram'. Bateri tidak suka bateri lain (iaitu Mat) merosakkan 'kaset-kaset'nya dan membuang Mat hanyut di sungai. Mat
tiba di bandar dan kelihatan semua pergerakkan secara terbalik atau mengundur ke
belakang, cuma dia seorang bergerak ke hadapan. Mat 'diselamatkan' oleh Wahid (sebenarnya adalah abangnya) dan
melalui pelbagai perkara pelik dan baru antaranya doktor yang menukar manusia menjadi ikan dan
menangkap pencuri yang dirakam dalam kamera video milik seorang pelancong. Mat akhirnya berjumpa ibunya yang
masih hidup dan berkata "Kau bukan mak aku. Mak aku kambing!"
P. RAMLEE:
Ramai yang tahu Shaw Brothers telah memberi lesen kepada SV Production dan Music Valley untuk mengedarkan filem-filem keluaran
mereka terutama karya P. Ramlee.
Antara filem yang sebelum ini sukar didapati ialah filem RACUN DUNIA
yang kini telah dijual.
Walaupun begitu ramai yang harap filem yang 'diharamkan' untuk TV
seperti Gelora dan Sitora Harimau Jadian akan berjaya diVCDkan nanti
begitu juga filem-filem awal P. Ramlee seperti Cinta dan
Bakti.
2002
20 Oktober 2002
Tentang VCD:
Abang '92 adalah filem yang paling dicari-cari. Saya terima banyak e-mel tentang filem ni dan saya juga dah
puas mencari tapi sampai sekarang belum jumpa VCDnya. Mungkin satu hari nanti.
Filem-filem heavy drama macam Ranjau Sepanjang Jalan, Jasmin, Yassin, Syahadat dll memang belum wujud dalam
VCD, mungkin produser filem tu tak berminat nak jual?
Tapi, yang peliknya, filem komedi paling popular tahun 1980 - Adik Manja pun tiada dalam VCD!
Filem-filem baru yang tiada dalam VCD ialah Perempuan Melayu Terakhir, Burung Besi (Badar) dan Silat
Legenda.
Walau bagaimanapun, setiap bulan ada saja filem-filem lama yang dikeluarkan semula dalam
VCD. Yang terbaru
ialah Rozana Cinta '87 dan Kepala
Angin. Sebelum tu, dikeluarkan Black Widow Wajah Ayu (2jam
20minit), Bayangan Maut (kualiti hancur) dan
Panggilan Pulau (Ahmad Fauzee).

Filem lain yang patut diVCDkan ialah Selubung dan Mat Som.

|