Maklumat
Seni Filem
Lembaga Penapisan Filem
(LPF)
1) Ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971).
2) Menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat
daipada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem, sejajar
dengan tuntutan prinsip-prinsip Rukun Negara.
3) Anggota-anggota LPF terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 63 orang
Ahli. Mereka dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Akta yang sama.
4) Penapisan filem diuruskan oleh beberapa Jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel
Tapisan. Panel Tapisan akan memberi salah satu keputusan berikut :
Pengkelasan Filem
Seksyen 9A Akta Filem (Penapisan) 1952 menghendaki supaya filem-filem yang ditapis diberi
pengkelasan.
Sistem Klasifikasi merangkumi dua kategori besar iaitu :
1) Untuk Tontonan Umum
(U) - Filem ini sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat kerana tidak
mengandungi adegan-adegan yang tidak dikehendaki oleh Garis
Panduan, seperti babak-babak ganas, seram, seks atau yang bertentangan dengan nilai-nilai agama, budaya dan
politik.
2) Untuk 18 Tahun Ke Atas
- Filem ini bertujuan untuk penonton berumur 18 tahun ke atas
sahaja. Ia mungkin mengandungi unsur-unsur ganas, seram dan seks yang tidak keterlaluan atau
adegan-adegan yang menyentuh aspek-aspek keagamaan, sosial dan politik. Kategori filem untuk tontonan golongan 18
tahun ke atas dibahagikan pula kepada 4 kategori kecil seperti berikut :
-
18SG
- Mengandungi unsur-unsur ganas atau seram tetapi tidak keterlaluan
-
18SX
- Mengandungi unsur-unsur seks tetapi tidak keterlaluan
-
18PA
- Ada menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik
-
18PL
- Mengandungi gabungan dua atau lebih unsur-unsur di (a) dan (b) di atas iaitu
ganas, seram dan seks
Sumber:
http://www.kdn.gov.my/bmalaysia/mejabantuan/bahC.html

|