Di pawagam mulai 31 Ogos 2004



filemkita.com/pgl

Komen penonton (sebelum menonton)

2005
DISEMBER 2004
NOVEMBER 2004
OKTOBER 2004
SEPTEMBER 2004
OGOS 2004
JULAI 2004

JUN 2004
"Pertama sekali,tahniah kepada Tiara dan prod. team kerana ingin membuat sesuatu kepada industri filem. Saya mmg menanti filem ini dan diharapkan tidak indah khabar dari rupa. Semoga PGL adalah titik tolak kepada penghasilan filem2 bermutu dan boleh di angkat ke peringkat antarabangsa. Teruskan Tiara!! Go PGL!!!!"
layarbiru 30 Jun 2004

"Sebenarnya saya kurang berminat utk menonton filem melayu kita..jln cerita semua lebih kurang sama..ending pun dah boleh agak..tapi semenjak tertengok sedutan filem PGL kat tv dulu..terasa minat pulak nak menonton filem ni..nampak hebat..dari segi mutu gambar, effect, pelakonnya..terutama Tiara dan M.Nasir kena dgn watak mereka..harap2 filem ni taklah indah khabar dari rupa! paling penting jln cerita..hope pengarah PGL pandai bagi cantik lagi isi2 filem ni.. 1 more thing kenapa takde lagi official website PGL? website pun penting..memainkan peranan yg besar utk menarik penonton2..bukan sahaja kita bahkan bangsa2 lain! SEMOGA BERJAYA!"
bagipandangan 28 Jun 2004

"wah...Hang Tuah ader belajar kung-fu shaolin ker?"
ReggyX 28 Jun 2004

"Cita yg akan pasti menghampakan kerna agenda"
Jam 28 Jun 2004

"Puteri Gunung Ledang adalah satu lagenda. Kini, ianya diadaptasikan ke dalam filem dalam versi terkini dan tentunya berbeza dari PGL klasik terbitan Cathay-Keris, Singapura pada tahun 60-an dulu. Dengan menelan kos berjuta ringgit, sudah tentulah penonton dan peminat filem Melayu mahukan yang terbaik dari filem ini. Trailer filem ini sudah cukup untuk menunjukkan betapa PGL baru ini hebat. Tiara, sebagai pendukung utama filem ini memang tak perlu dipertikaikan mutu lakonannya. Dah pernah dapat award pelakon wanita terbaik pun. Gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia sedikit sebanyak dapat menarik penonton untuk menonton filem ini. Namun laman web PGL mengapa tidak ada? Peminat filem Melayu ingin tahu disebalik tabir filem ini dengan lebih terperinci. Adakah filem ini menggunakan 'direct sound'? Mutu warna filem ini adakah seperti filem-filem Hollywood? Dimanakah pemprosesan filem ini dilakukan dan banyak lagi peminat ingin tahu. Apapun, diharapkan agar filem ini berjaya bukan saja di Malaysia tetapi berjaya membuka mata dunia bahawa filem Malaysia juga bermutu dan setanding filem-filem terhebat dunia. Insyaallah. Janganlah seperti pisang berbuah dua kali dimana sebuah filem epic warna terbitan Merdeka Filem studio dan Shaw Brothers lebih-lebih lagi dinaungi oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada ketika itu,hanya gah pada tajuknya tetapi gagal menjadi yang terbaik"
Chris Ghazallee 26 Jun 2004

"Woiii...ini filem ada hutang sama air cincau punya supply satu minggu wooo..."
Bat Leung Gum 21 Jun 2004

"walaupun tiara jadi heroin, tak jadi masalah. saya rasa dia pelakon yang baik. tak salah kalau cerita dongeng di jadikan filem, kalau garapannya baik dan persembahan menarik serta mantap,kenapa tidak. kalau nak tengok filem melayu maju kenalah beri sokongan yang padu. mungkin ia tak dapat menandingi filem luar yang lebih hebat macam lord of the ring tapi usaha tiara nak jadikan puteri gunung ledang sebagai filem yang mungkin satu hari boleh di anggap terbaik memang saya puji. sokongan kita perlu untuk memastikan filem melayu tidak malap. siapa lagi yang hendak memertabatkan hasil usaha orang melayu kalau tidak orang melayu sendiri. fikirkan yang positif dan biarlah filem melayu yang kita cintai ini akan terus berkembang dan lebih maju ke hadapan"
norlia 16 Jun 2004

"saya memang ternanti-nantikan filem ini. Saya rasa filem ini mampu mempertabatkan industri filem negara..."
kero 13 Jun 2004

MEI 2004
"Bila saya mendengar khabar tentang pembikinan filem ini pada lewat 2002 dulu, saya sangka ianya sekadar omongan kosong.Sebagai seorang pelajar tingkatan 5 yang menduduki SPM pada tahun ini,barangkali tahap intelektualiti dan sensitiviti saya untuk mengukur tahap perfileman tempatan belum cukup ampuh,namun saya berani mengatakan bahawa PGL bakal menjadi filem terhebat di malaysia sepanjang zamandan lalu menjadi tanda aras terbaik menilai kualiti filem Malaysia selepasnya ,juga sebagai asas kearah menjadikah naskhah filem Malaysia dihormati dunia.Bagi mereka yang melontarkan kritikan negatif,mungkin mata hati mereka buta untuk menilai atau barangkali jiwa mereka sempit disesak legasi penjajah akibat ketaksuban mereka terhadap karya luar.Mentaliti rakyat harus berubah dan harus menyedari bahwa filem bukan sekadar untuk hiburan ,bahkan untuk pengisian minda dan menyebarkan suara Malaysia ke pentas dunia.Dan saya kira ,mentaliti rendah para khalayak terhadap filem Malaysia menyebabkan filem Malaysia gagal di pasaran ,baik dari segi kuantiti dan kualiti.Kepada PGL,teruskan usaha,dan jangan hiraukan kritikan negatif sebilangan khalayak dan pemerhati yang bermentaliti rendah"
muhammad nur anuar 29 Mei 2004

"Tak sabar nak tengok PGL, walau apa pun kesudahan filem ini, saya sudah cukup puas hati dengan hanya melihat sedutan filem ini, ini jarang saya alami, so apa lagi jika dapat tengok keseluruhan filem. Diharap PGL tidak mengecewakan, good luck"
Faizal 28 Mei 2004

"first of all tahniah saya ucapkan kpd PUAN TIARA JACUELINA,TUAN PENGARAH SERTA SEMUA YG TERLIBAT DLM PEMBIKINAN FILEM \'PUTERI GUNUNG LEDANG\'. sebabnye adl kerana sudah sekian lame saye menunggu untuk filem spt ini dihasilkan di negara kita.saya dah tak larat nak menonton filem murahan yang semata-mata bergantung kpd kepopularitian pelakonnye dan kisah cinta yg kurang matang utk menarik penonton.memang berjaya,memang penonton menyukainya,ttp takde klas.bagi saya,puteri gunung ledang adl sebuah filem yg berani,tak hanye memikirkan keuntungan semata-mata dan juga penuh kehormatan, inilah yg menjadikan filem ini ada klas.saya percaya pembuatannya amat teliti dan tidak kedekut baik dr segi figurnya dan jln ceritanya.walaupun belum ditayangkan namun ia boleh dilihat dgn jelas melalui trailer dan iklannya yg sudah ditayangkan di tv.budgetnya juga amat mengagumkan,ini membuktikan yg badan pembikinan filem PGL bukanlah bermain-main dan juga menunjukkan betapa komitednya mrk,ini adl sesuatu yg patut dibanggakan.oleh itu saya menyeru kpd org ramai agar menghargai filem PUTERI GUNUNG LEDANG ini,sudah tiba masanya kita membuka mata dan mula menghargai sesebuah karya yg memang betul-betul ada kelasss gitu.saya percaya dgn sepenuh hati bahawa filem ini pasti takkan menghampakan saya, filem ini pasti kan meninggalkan kesan yg mendalam kpd industri filem kita.jd marilah kita reramai pegi tengok ogos ni OK?"
MAHSURI 24 Mei 2004

"hopefully film ni dpt mengangkat martabat perfileman malaysia.my instinct la, filem ni akan menang award tapi kena compete dgn PHSM dan BUAI LAJU-LAJU"
ccbugs 24 Mei 2004

"adakah cerita gunung ledang ini berkaitan dengan pecintaan?kenapa dalam cerita ini banyak mengaitkan tentang percintaan"
atiqah 22 Mei 2004

"saya merasa bahawa cerita lagenda puteri gunung ledang ini tidak begitu bagus kerana cerita merapek tetapi saya tidak terhibur dan tidak gemar membaca cerita puteri gunung ledang"
khairiah mohamad 19 Mei 2004

"filem ini ok, dan diharap dapat membantu memartabatkan filem negara, unsur ganas kurang sesuai"
alif mat salleh 18 Mei 2004

"tak sabar tungu filem ni keluar"
zul 18 Mei 2004

"satu filem yang baik mungkin mengangkat taraf filem kita di maa dunia"
nizam 15 Mei 2004

"Sapa-sapa yang baca email nie.... Nah ambik...i tengah tangkap cintan ngan pereka aksesori filem nie....Rokman Mustafa... kwah kwah !!!!!!Pasal komen citer nie...tak der komen sebab belum tengok lagi..tapi rasanya kalau kite jadik heroin best gak.....joking!! Tiara is the best....."
sheena yusof 14 Mei 2004

"Firstly, tak sabar saya tunggu nak menonton filem ini. Nampak memang menarik, dari segi pakaian, lokasi dan juga pelakon yang dah veteran(maksud saya dah season dan byk experience, bukan dah tua) mcm mnasir, tiara dan sofia jane. Jadi saya rasa filem ni pasti hebat, kalau tak box office pun, mungkin dapat status epic macam filem \'tuah\' p.ramlee pasal budgetnya begitu mega. Saya cuma nak tau la, website filem ni bila mereka nak adakan, sampai sekarang pun tak ada lagi, apa la budget punya banyak website pun tak boleh buat. Saya memang tunggu mana la tau boleh download trailer filem ni macam filem buli. Encik kamal pun ada kata masa februari dulu, mungkin jangkaan kita dua silap kot, diorang tak nak buat website, nak promote kat ntv7 je, tapi macamana nak international kalau macam tu? Saya juga nak add kat sini, pemilihan pelakon mnasir for hang tuah memang power. Bila saya tengok filem xxray2 masa filem tu keluar dulu, saya rasa jalaludin hassan lah hang tuah paling power, diikuti allahyarham pramlee. Tapi pemilihan mnasir, lepas tengok trailer dia, mungkin pemilihan yang tepat sekali, kalau pilih pelakon tua sangat, memang tak kena, kalau muda sangat pun tak kena, tapi mnasir saya rasa memang tepatlah untuk hang tuah, mukanya pun ala pahlawan, kudos to the casting director"
razman 14 Mei 2004

"Adakah filem ini benar berlandaskan kisah lagenda Puteri Gunung Ledang ataupun juga lagenda di Muar?????"
kiyah 11 Mei 2004

"adakah cerita berdasarkan cerita benar atau hanya rekaan?"
anis 11 Mei 2004

"saya dari indonesia khususnya kota Yogyakarta. saya belum lihat film putri gunung ledang ini.saya berharap film ini dapat tayang di indonesia.karena konon kabarnya banyak pemain indonesia yang ikut main dalam film ini.khususnya dian sastro"
jeffry yatmoko 10 Mei 2004

"blah la tiara tak nak bogel"
kiwan 2 Mei 2004

APRIL 2004
"saya memang tidak sabar untuk menonton filem ini. saya harap puterin gunung ledang akan menjadi pencetus kepada filem2 melayu yang lain supaya berani kepada perubahan dan bukan mementingkan nilai kormesil semata-mata"
khai 30 April 2004

"tak bagus"
wan 30 April 2004

"HERUIN TAK CANTIK"
izzudin 29 April 2004

"Jalan cite memang best.saya pun suke.. sesangat kat TIARA. Ok hopefully cite ni akan membuat org akan tengok dari awal dan akhir. alah mcm lagu Jamal Abdillah..tu. KEKASIH AWAL DAN AKHIR. OK all the best and good luck"
azilah abdul karim 27 April 2004



www.filemkita.com © 1999-2006 khys