Di pawagam mulai 31 Ogos 2004



filemkita.com/pgl

Komen penonton

2005

DISEMBER 2004
"saya dah tengok filem nie.....sangat bagus...sampaikan ader sorang mat salleh nie nyangka filem nie menelan belanja US$60 juta...mak oi...teruskan usaha menaikkan nama malaysia dalam industri perfileman...peace!"
gun_archive05 31 Disember 2004

"Terimakasih. Kerana filem mu mengingatkan kembali aku kepada betapa agungnya bangsaku dulu. Sebelum dicabuli akal dalam jemalanya. Oleh penjajah. Penyamun antara bangsa. Aku. Seorang Melayu. Yang rindu pada kegemilangan bangsaku dahulu"
keris udan mas 30 Disember 2004

"JALAN CERITA: 6.5/10 PLOT:6.8/10 LAKUNAN: 7/10 TECHNIKAL:6/10 PAKAIAN:6.5/10 BAHASA:7.5/10 LATAR MUSIK:7.5/10 RATING DI BANDINGKAN DGN FILEM2 LOKAL:8/10 RATING DI BANDINGKAN DGN FILEM INTERNATIONAL:5.7/10 ENTERTAINMENT VALUE:6.8/10 OVERALL RATING: 6.5-7/10 Summary to my own personal view. ZAC - Singapore 21 dec 04"
Zac Darwi 21 Disember 2004

"cantik, grafik cantik, sound kene dengan scene2 tertentu. tapi pada coustume agak bermasalah sikit kerana coustume yang di gunakan oleh gusti puteri terlalu nampak moden dan ia tak berkena dengan scene yang menampak sesuatu scene 2 bercirikan lama.dan timbul sesuatu yang tidak masuk di akal iaitu pada masa laksamana hang tuah melafazkan bahawa kerisnya akan terbenam pada tasik yg dilontarkan kan dan bersumpah bahawa jika hang tuah tidak menjejakan kakinye di bumi melaka maka keris itu takkan naik dari dasar tasik itu.masih ingat?selepas beberapa scene datuk panglima menyerahkan tanjak dan keris hang tuah kepada sultan yang menandakan bahawa hang tuah gagal melaksanakan tugas yang diamanatkan oleh sultan mahmud syah..cuba rujuk semula cd puteri gunung lendang tersebut... sekian ;)"
imran yusoff 15 Disember 2004

"Syabas, semua yang terlibat dalam filem ini. Kami di Singapura semua minat yang amat sangat, bukan sahaja directing yang bagus, tapi lakonan yang yakin dan kuat oleh Tiara J, dan M. Nasir"
Rashid Saini 13 Disember 2004

"A'kum. Disini saya ingin mengucapkan taniah kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem puteri gunung ledang kerana ia salah satu filem yang betul-betul first class setanding dgn filem luar.Sebagai peminat filem melayu saya rasa ini adalah filem yang betul-betul menarik minat saya.Dan saya harapkan teknologi filem ini adalah satu tapak memertabatkan filem melayu....dan mengharapkan ia ditingkatkan dari masa ke semasa InsyaAllah suatu hari nanti filem melayu kita setanding filem di barat.....mungkin komen saya ni terlambat tetapi saya puji tulang belakang yang menjayakan filem ini mereka betul-betul berani mencuba....dalam banyak-banyak filem melayu di malaysia Puteri Gunung Ledang adalah filem yang terhebat yang pernah saya tonton buat masa ini ...Setinggi-Tinggi Taniah buat mereka dan mengharapkan ia menjadi contoh buat pengarah-pengarah filem lain"
Peminat Filem Purba (apit) 5 Disember 2004

"aku nak dvd pgl aku tak nak vcd .vcd low class......................"
salleh gopeng 4 Disember 2004

"kalau nak diikutkan jalan cerita puteri gunung ledang memang best. entah berapa kali tengok dan kaji vcd pgl siap saundtrack tu. ada sedikit peningkatan filem melayu maju kehadapan. tapi ada satu yang kurang memuaskan dalam vcd pgl 1)kesan bunyi ada kureng.sakit telinga bila pelakon bersuara,jerit dan memukul. 2)soundtrack video pgl kurang memuaskan.video clip macam rosak,walaupun saya membeli ori siap dua kali pergi tukar vcd pgl kat kedai tetap sama juga. tapi minta2 filem melayu kasi lawan filem barat dan hindustan sampai respek kat filem melayu. nak tanya bentuk dvd tak keluarke?.kalau ada keluar saya nak satu.nak buat coleksi filem melayu. kalau ada tery infor kat saya. email"
barraws 1 Disember 2004

Setelah menonton (2004):
NOVEMBER
OKTOBER
SEPTEMBER

Sebelum menonton (2004):
OGOS
JULAI
APRIL - JUN



www.filemkita.com © 1999-2006 khys