Di pawagam mulai 31 Ogos 2004



filemkita.com/pgl

Komen penonton (sebelum menonton)

2005
DISEMBER 2004
NOVEMBER 2004
OKTOBER 2004
SEPTEMBER 2004
OGOS 2004

JULAI 2004
"mesti best sebab 15 juta untuk bikin.lagu asmaradana tu best gila.syabas kak tiara"
behonce 31 Julai 2004

"filem melayu pertama yang membuatkan hati saya melonjak-lonjak dan tidak sabar menanti akan tayangannya. kebiasaannya saya tidak begitu mengemari filem melayu tetapi untuk pgl sebaliknya seperti mana saya ternanti-nanti tayangan filem lord of the ring.... syabas diucapkan"
hazim hamid 29 Julai 2004

"tak sabar nak tunngu kemunculannya ini...maybe this is the best film from M.NASIR after Fenomena...Tak sabar gak nak dengar saoundtrack filem ini yg dicipta khas oleh M.Nasir sendiri.."
jebatpembela 28 Julai 2004

"BILA LAH PGL NI NAK KELUAR...SAMPAI KUDA DAH ARWAH TAPI TAK KELUAR2 JUGAK. PROMOSI PUN ALA KADAR AJE...KEJAP ADA KEJAP TAKDE TRAILERNYA KAT TV.BUAT WEBSITE PUN TAKDE PROMOTE..KENA CARIK SENDIRI PULAK.MEH LAH AKU YANG PROMOTE WEBSITENYA YANG VERY IMPRESSIVE TU... www.pglthemovie.com"
hang pinto 27 Julai 2004

"Saya rasa kak lin perlu ingat remaja zaman sekarang dah lebih matang dalam menilai kualiti sesebuah filem. Tak semua remaja zaman sekarang ni asyik nak tengok cerita cinta semata-mata. PGL mungkin dapat membantu remaja untuk lebih mendalami sejarah kita. Soalan-soalan kak lin semacam nak menjatuhkan semangat orang kita. Sepatutnya Tiara diberi pujian kerana berani menerbitkan PGL. Soal pelakon dan penerbit yang dipilih tak perlulah dipersoalkan sebab Tiara dan pengarah lebih tahu apa yang mereka cari dan perlukan untuk filem ni"
adeline 27 Julai 2004

"Best sesangat....... walaupun tak tengok lagi tapi tengok sedutan pun dah terangkat... superb... cinematography film nih macam Bang Rajan... standard omputih... ni la antara film Melayu yang bukan film tangkap muat... harap next time boleh buat citer hang tuah plak heh..."
wan 24 Julai 2004

"cant wait 4 u PGL"
yasmira 24 Julai 2004

"Seperti ramai, inilah filem yang satu-satu saya tunggu dan tidak akan kompromi untuk menontonnya. Syabas kepada Tiara dan semua di atas initiatif ini"
Datin Dahlia - Singapura 24 Julai 2004

"HAI SEMUA, ITS ME AGAIN,NAMPAKNYE RAMAI YG MASIH BELUM FAHAM TTG FILEM PGL YG TERBARU NI SBB RAMAI YG MENGATAKAN FILEM NI ADL BERDASARKAN KISAH DONGENG. SEBENARNYE CAMNI,TAHUKAH ANDA BAHAWA KISAH PGL BUKAN SHJ WUJUD DI MALAYSIA TP JUGA DIKETAHUI OLEH MASYARAKAT DI INDONESIA DAN JAWA? DAN ANTARA KEDUA2 NEGARA INI VERSI CERITE PGL ADL SGT BERBEZA. VERSI PGL DI MALAYA ADL LEBIH BERSIFAT DONGENG MANAKALA DI INDON PULA VERSINYA LEBIH LENGKAP,LUAS DAN LEBIH KPD PERISTIWA SEJARAH.VERSI YG DIGUNAKAN UTK FILEM PGL 2004 INI ADALAH VERSI DR SEBERANG BUKAN YG MALAYSIA NYER.JD MENURUT VERSI INI,PUTERI GUNUNG LEDANG MEMANG PERNAH WUJUD KETIKA KURUN KE 15 DULU.APA YG SAYA CUBE KATAKAN IALAH,JGN TERLALU YAKIN BAHAWA PGL ADL SEBUAH DONGENG KERANA SEBENARNYA ADA KEMUNGKINAN BHW PUTERI JAWA ITU PERNAH WUJUD.CUBE FIKIRKAN,KALAU HANG TUAH,TUN TEJA DAN SULTAN ADL SEJARAH,KENAPA TIDAK PGL?SEDANGKAN MEREKA INI SALING BERSANGKUT PAUT DIDALAM KISAH TURUN TEMURUN INI.MUNGKIN YG BUAT ORG SUSAH NAK PECAYA AKAN KEWUJUDAN PGL ADL KRN UNSUR MISTIK YG TERSELIT DI DLM KISAH INI.TP INGAT,PD ZAMAN ITU UNSUR MISTIK BUKANLAH SESUATU YG MUSTAHIL.SKRG INI PUN BYK TERJADI KISAH PELIK YG MELANGKAU AKAL MANUSIA,JD APE YG NAK DIHAIRANKAN?BYK LG CONTOH KISAH YG BOLEH DIANGGAP SAHIH MENGANDUNGI UNSUR MISTIK IAITU ANTARANYA LAKSMANA BENTAN YG DISUMPAH SULTAN JOHOR SUPAYA TIDAK DPT MEMIJAK BUMI JOHOR, MAHSURI YG DIKATAKAN BERDARAH PUTIH DAN SUMPAHANNYA KEATAS LANGKAWI DIPERCAYAI BENAR2 BERLAKU,TUN FATIMAH YG DIKATAKAN ADA ILMU PERSILATAN YG AMAT TINGGI SEDANGKAN USIANYA TERLALU MUDA DAN DIA DPT MENUMPASKAN LEBIH 10 HULUBALANG LELAKI SEORANG DIRI, SEMUA INI SGT PELIK,TP BENAR2 BERLAKU DAHULU.JUST SEBAGAI PENGETAHUAN UMUM,HRP KALIAN DPT BELAJAR SESUATU YG BARU DRP LETERAN SAYE NI.THANKS FOR READING N PUTERI GUNUNG LEDANG 2004 ROCKS!!!!!"
mahsuri 23 Julai 2004

"ive never watch a malay movie since p.ramlee's era.. this movie however interest me alot.. hpe it will be a good movie... malaysia boleh ... ;)"
jack 23 Julai 2004

"ermm..klo hollywood mampu buat King Authur dan Troy..kak Tiara&the geng kuarkan Puteri Gunung Ledang..Tahniah utk semua yg menjayakan PGL.can`t wait to watch it.."
dewi 22 Julai 2004

"WAHAI PEMINAT2 PGL SEKALIAN!!!!!!! HAMBA ADA BERITA GUMBIRA HENDAK DIKHABARKAN!!!!!ADA SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI MENGATAKAN BAHAWA TAYANGAN UMUM PUTERI GUNUNG LEDANG ADALAH PADA 26 OGOS 2004.JD BOLELA DIKATAKAN BAHAWA PENANTIAN KITA SELAMA INI TELAH BERAKHIR.HANYA 34 HARI SAJA LAGI.MARI KITA COUNTDOWN!!!!34,33,32,31..."
mahsuri 22 Julai 2004

"sebuah filem epik yang menjadi penggerak sesuatu yang lebih hebat.sudah lama penantian ini dibekukan namun semuanya bakal terjawab sedikit masa lagi"
thesandman 22 Julai 2004

"TAHNIAH!pada tiara dan semua yg terlibat dlm filem ni...walaupun belum di tayangkan lagi tak di nafikan mmg hebat cerita ni..kenapa saya cakap begitu coz dgn budget dia yg bermillion mestilah kualiti setanding international...para pelakonnya yg hebat2,mcm tiara pernah menang award actress terbaik so tak perlu di persoalkan lagi,m.nasir tiada tandingan lagi utk watak hang tuah mmg tepat sekali..pengarahnya(walaupun cina)mmg dah pengalaman menghasilkan product2 berkualiti internatioanal...dan official websitenya yg kualiti tinggi jugak,so nak dikatakan apa lagi cukuplah semua...perfect! Pada semua rakyat malaysia berilah peluang pada filem ni..jgnlah ada yg dengki atau jeles atau apa2 lagilah..takkan kita nak berada di takok sama je..buangkanlah sifat2 kolot tu,kita ubah jadi org moden,sentiasa nakkan barang2 yg bermutu..open minded dan boleh terima perubahan baru yg menuju kejayaan..barulah negara maju...jadi bagilah sambutan kat filem ni ok! p.s siapa kata tiara tak sesuai jadi pgl..kena apa,muka dia ada sikit mcm melayu jawa..takdepun mcm cina!"
melayu moden 22 Julai 2004

"hmm... entahla, harap2 bukan gah diatas kertas jer.. anyway, pada pendapat saya la.. sebuah filem tu x sepenuhnya bergantung kepada CGI or kesan efek yang hebat. but dari segi kehalusan dan ketelitian jalan cerita, dari segi realistiknya, dari segi kesinambungan dan teknik penyampaiannya. lagi satu yang banyak sekali diabaikan oleh filem2 melayu versi terdahulu ialah dari segi teknik pencahayaan. maybe para pengiat filem ambil remeh. filem2 melayu muktahir ni macam apa orang kata 'tak masyuk'. dari segi kehalusan dan ketelitian jln cerita banyak yang terabai, karakter2 dalam cerita kadang2 tidak begitu menonjol(karakter x berapa kuat). lagi, tiada kesinambungan.. cerita macam terputus2. ok, lagi satu tiada realistik, kita nampak orang2 dlm cerita tu memang nampak brlakon, kalu filem yang betul2 hebat aktor/aktress yang berlakon dalam filem tu memang nampak macam 'dia' dalam filem tuh.. maksud saya, katalah rosyam noor berlakun sebagai azmi dalam KL MENJERIT so, beliau nampak memang azmi dalam filem tersebut dan bukannya rosyam noor ( contoh sahaja ). banyak lagi kelemahan filem melayu yang x dapat dihuraikan disini but saya rasa cukuplah. h'ever, bukanlar saye ni anti-filemmelayu or anti-industrifilem tempatan or wt'ever.. sebenarnya saya cukup2 menyokong filem kita. but itular.. agak sedih gak bila tengok filem2 kita sekarang ni, bak kata, orang lain sudah berlari kita baru belajar nak bertatih :), tenang PGL ni, setelah complete suma maklumatnyer saye dapat. agak2 filem ni memang lain sikit dari filem melayu yang lain, cume skrg x bley puji lebih2 lagik sebab blom tengok lagi.. harap2 memang filem ni lain dari yang lain.. p/s: lagik satu bila nak buat filem x payah tiru orang lain.. tiru industan la, tiru barat lar.. cukuplar kita buat filem dengan wajah kiter, tengok filem2 dari iran, cukup terkenal serata dunia, sampai hollywood tuh.. sedangkan semua aktressnya bertudung dan x ada adengan peluk2an. ini cuma pendapat saya lar. arap kalu ada orang2 yg terlibat dlm industri filem kt sini x terasa aa. anggap ia sebagai teguran positif dari seorang penonton filem melayu biasa sahaja-wassalam"
adie 21 Julai 2004

"Sejak mengetahui ade website utk Filem nih, leh kata dalam seminggu tuh kerap kali bukak, coz nak jadi org pertama yg dapat tau ape-2 citer menarik pasal PGL, yelah lepas baca komen-2 dari peminat dan media.. teruja sgt nak tau sampai ketahap mana citer nih leh dibanggakan (dah dwl pun sedutan utk PGL masa FFM ari tuh), Harap-2 nye jadilah juga PGL utk kuar bulan Ogas nih, lagipun dalam bulan kemerdekaan ni, semangat Malaysia Boleh dikalangan masy. tinggi dari biasa... hopefully utk launched nyer nanti Tiara x lupe utk jemput x-PM, sebagai menghargai peranannya menanam semangat Malaysia Boleh (dan beri@pinjamkan kuda).. Semua pun mengharap yg terbaik... but kadang-2 hati kecil bertannya-2, benar ke PGL akan jadi sebuah epik atau sekadar 'iklan' yg di angkat taraf menjadi filem... Akhir skali ... kitorang, warga MAlaysia sentiasa dibelakang dan disisi utk sokong filem M'sia yg BERKUALITI shj. Tahniah Tiara "harapnye Pn Tiara leh menafikan pandangan sesetgh rakyat Malaysia (including other ethnic) yg filem Melayu nih tahap kg je." - semuanya bergantung kpd pGL kini ;)"
Fie 21 Julai 2004

"FILEM NI MEMANG BESTTTTTTTTTTTTTTTT< tak sabar nak tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkk! mesti classssssssssssssssssssssss! standarttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt greatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt best bangettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt garenti mesti bukak ramai mata oranggggg.! And lastly this is a GREAT FILM OF THE YEAR IN MALAYSIA. BRAVO TO PUTERI GUNUNG LEDANG, expecially for TIARA JAQCUELINA and the all crews.mmm"
kimura 21 Julai 2004

"I agree to shahrezal coment, because the oponion is very satisfied to me.and then the coment a really good.saya rasa shahrezal mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang seni kerana dalam setengah komen nya ia menggambarkan ketulusan dan kebijaksanaan dalam menilai sesuatu karya yang betul - betul jitu dan tulen untuk di sebarkan kepada seluruh masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu juga PGL betul - betul telah memecahkan dan mencipta sejarakh yang terulung buat negara malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.SAya berharap PGL dapat merealisasikan impian yang selama ini tenggelam dek cerita - cerita yang kebanyakannya sama sahaja menjadi sebuah filem yang benar - benar mempunyai erti sebuah nilai filem sejati. wasallam"
Alanis Sofia mohd Radzi 21 Julai 2004

"This is the only Malay film I'm looking forward to since P. Ramlee 's era. With mega casts that i love , admire and story been told for generations. Legend will always be legend. PGL really hold up to Malaysia Boleh 's spirit"
Ryan 20 Julai 2004

"Betul komen Nani, 15 julai 2004, tu.. Siapa dia Kak Lin Utusan tuh? Soalan2 sungguh tak berasas dan hampir semuanya berunsur negatif terhadap PGL! Sungguh utk temuramah tabloid! i think this site should get another interview to be paste on this site.. i hope such interview will not be in the official site nanti.. memalukan.. Anyway, PGL...hope the best for it.. cant wait to watch it..."
H 19 Julai 2004

"belum ada apa yang boleh dikomen memandangkan filem ini belumpun ditayang.. apapun syabas buat kak tiara... malangnya kuda yg tidak kurang hebat peranannya tiada sebelum filemnya ditayangkan.."
nik azma 18 Julai 2004

"it's a long awaited kinda film!!!!!congratz tiara n the productions! can't wait for this movie....yeahh!!!!!1"
achilles 16 Julai 2004

"i think this is a great movie in the world .i give ten * about the story kerana di malaysia tiada lagi filem seumpama ini di buat. berdasarkan penilaian dan penelitian yang saya lihat , filem ini mempunyai nilai komersial yang begitu tinggi untuk di jual dan untuk ditonton oleh seluruh masyarakat di dunia. Biar orang - orang barat tahu bahawa malaysia mampu menghasilkan sebuah filem yang lebih hebat daripada mereka.Ini boleh di katakan keseluruhan jalan cerita mempunyai kehalusan dan kejituan dalam merealisasikan impian seorang puteri dalam mengharungi liku -liku auranya.Setakat ini saya mengkagumi segala gerak kerja yang di buat sehingga menghasilkan sebuah cerita yang benar - benar mempunyai nilai intipati yang begitu sahih untuk di tonton oleh semua lapisan masyarakat.Dengan itu juga saya berharap agar filem - filem yang dapat meningkatkan lagi mutu komersial malaysia dapat di hasilkan dan sekali gus dapat menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kebudayaan,tatasusila dan keartistikkannya yang menjadi contoh kepada seluruh penggiat filem dunia dan barulah ia menjadi nadi yang tepat bagi slogan "FILEM KITA WAJAH KITA".Sekian wassalam"
mohd shahrezal b arrashid 16 Julai 2004

"saya tak sabar nak tonton cerita ini, mesti standart"
lokman bin ayob 16 Julai 2004

"sakit hatinya baca temubual kak lin dari utusan tu. bentuk soalan apa yang dia tanya. "awak kata PGL ialah cerita cinta, tapi tajuknya ialah Puteri Gunung Ledang"...oh so stupid!! adakah kak lin masih lagi ditakuk lama iaitu filem cinta mesti bertajuk sembilu, cinta kita, ada apa dengan cinta, cinta kolesterol!! bagaimana dengan tajuk titanic, elizabeth...? please...carik soalan yang bernas sikit puan. Of coz semua orang tertunggu2 filem ini termasuk remaja. bukankah rakyat malaysia sekarang semakin educated? kalau ada yang hanya tunggu cerita2 cinta biasa, bilangannya tak seberapa berbanding penonton yang lebih mahu menonton yang berkualiti dan high standard. kenapa wartawan kita lebih kaypo hal-hal yang negatif seperti dlm temubual ini, kak lin terlalu bimbang hal bayaran untuk crew. saya rasa semua orang yang bijaksana ternanti-nanti akan filem ini SEBAB ...salah satunya promosinya bagus! tengok gambarnya dan sedutannya aja dah rasa bangga. saya rasa semua orang pun teringin nak berlakon di tempat tiara. Tiara, saya akan tunggu filem ini ditayangkan di pawagam2 utama di Singapura, bukan hanya sekadar berada di pawagam2 kecil seperti di Bedok dan Geylang seperti filem2 melayu lain"
nani 15 Julai 2004

"cant hardly wait 4 this BIG fil...haraPGL mengubah persepsi org terhadap filem melayu kite...n congratulation to all..."
arneta ramos 15 Julai 2004

"Saya belum tonton filem ini tetapi dapat merasakan sesuatu bahawa filem ini akan meningkatkan martabat filem Melayu kita di samping bakal menggondol beberapa anugarah di peringkat Malaysia/Antarabangsa.. Terasa begitu berdebar dan amat berbangga bila melihat iklan dan lagu PGL..Tak sabar rasanya untuk menonton filem pujaan saya ini. Saya percaya filem ini benar-benar seperti Wajah Kita... Zul +6019#######"
Zulkefli Ibrahim 15 Julai 2004

"saya mula mengetahui hal pgl masa festival filem ke 16 kalau tak silap. saya amat tertarik dengan trailer filem tersebut. saya amat harap filem ini akan mendapat sambutan di seluruh dunia. satu perkataan untuk PGL... "WOW!!""
tiada nama 14 Julai 2004

"kenape journalist sume mcm tak nak kasik chance kat filem ni?? appreciate la diorg punye usaha"
seliparjepun 13 Julai 2004

"semoga filem ini dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap filem epik"
hezkey 12 Julai 2004

"Filem Epik yang paling dinanti-nantikan. Cabaran besar Tiara ialah mempromosikan filem ini agar filem ini bukan sahaja akan ditonton orang Melayu tetapi oleh kaum Cina, India dsb. Masalah filem Melayu ni, ceritanya ada tapi pembikinan selalu tak kemas, jadi kelam kabut dan membosankan. Semoga PGL tidak seperti itu. Good luck Tiara! saya dah pun ajak kawan-kawan pegi ramai-ramai tonton PGL. Semoga mendapat kepuasan dan tidak menghampakan"
Tisya 12 Julai 2004

"Tahniah kepada industri filem melayu di Malaysia kerana telah dapat mempertingkatkan lagi mutu filem melayu kita. Buat saya di Singapura, saya tidak sabar untuk menantikan filem PGL ini. Harap filem ini dapat dipromosikan lebih luas lagi ke negara luar seperti Singapura supaya orang asing dapat mengenal karya bangsa kita. Semoga dimasa yang akan datang, akan lebih banyak filem yang bermutu tinggi seperti PGL. SEMOGA SUKSES!!!!"
ISZ 10 Julai 2004

"emmm... tak tengok lagi...tapi cam best jer kan...hopefully mcm tuh lah... jgn hampakan penonton m'sia n indon sana.. yang bagi komen yang negatif tuh..pi buat filem sket nak tgk.. tapi leh anggap cabaran kan... yang bg komen tak senonoh tuh, jgn duduk kat m'sia lah....menyampah gile kat org mcm nih...tak de moral kot...bnyk ponteng kelas agama lah tuh.. kpd Puan Tiara... saya sgt sokong pemilihan pelakon.. semua pelakon yang handal...walau pun ada lagi yang handal...tapi susah lah kalau nak bagi semua belakon...tiara pun layak gak.. sorang lagi yang saya rasa layak tuh..umie aida...tapi muka dia chinese look sket...tak de rupa kemanisan puteri jawa...lain kali buat lah citer Puteri Hang Lipo...kasik kat uni ke janet khoo ker...mesti pun best mcm pgl... sbnrnye nak ckp ialah...walaupun ada lagi pelakon handal...tapi kene lah suit ngan jln citer...tul tak... apa2 pun...gOOD LUCK TO PGL...saya sebagai warga Johor dan M'sia mendoakan kejayan anda... ok walau pun nih citer lagenda...bukan sejarah...bnyk cinta ke atau apa saja yang diperkatakan...tak mengapa asalkan plot menarik dan tak mengecewakan... ok..selamat berjaya to the team"
riyah 10 Julai 2004

"Walaupun filem ini belum lagi ditayangkan tapi dari sedutan dan promosi yang dah mula dibuat saya rasa filem ini akan buat kejutan kat semua warga Malaya.Apapun saya juga harap mcm pemerhati yg lain iaitu jgn 'indah khabar dari rupa' sudahlah..selalunya filem Melayu ni suka sgt mengahampakan penonton..sebelum tayangan memang nampak 'grand' tapi bila tengok hmmmm buang duit dan masa je pergi nonton... Tapi saya akan pasti ke panggung kalau filem PGL ni keluar kat panggung nanti...Saya tak pasti sejauh mana M. Nasir tu punya acting sbb lakonannyanya yg lepas2 tu tak ada kesan pun..lembik semacam...manalah tahu kot2 filem ni dia boleh jd Best Actor..Tiara pulak memang kita dah tahu kebolehannya..dah pernah dpt Best Actress pun malah pernah tersenarai dalam calon akhir semasa Festival Filem Asia dulu... Tentang pengarahnya tu..mintak maaf je la..memang saya tak kenal..tapi jgn terbawak2 imej kungfu cina dah la..ini imej org melayu..langkah silat tu kena betul...kalau terbang2 tu rasanya mustahil pernah berlaku dalam dunia persilatan melayu..apapun.. kita sama2 tunggu dan lihat nanti...bye!"
firdaus 9 Julai 2004

"Saya harap filem ini akan menghasilkan satu filem yang bermutu dan berkualiti daripada aspek pelakon, sinematografi, muzik dan lain-lain lagi.. Syabas saya ucapkan kepada Tiara yang da inisiatif untuk menghasilkan filem sebegini.. Harapan saya agar filem ini benar-benar hebat dan berharap agar M.Nasir akan membuat sebuah lagu yang menarik untuk soundtrack filem ini..."
Eddy 8 Julai 2004

"saya begitu tertarik dgn PGL ini dari mula pelancaran nya lagi.itu pun saya baca di majalah. dari situ telah berputik minat dan keinginan utk menonton filem ini.saya pasti filem ini tidak akan menghampakan.syabas!! kerana membuat org ramai tertunggu2"
zooL 8 Julai 2004

"Epik akhirnya! Walau belum menonton lagi aku sudah kata: SYABAS!"
fadz 8 Julai 2004

"PGL- Satu filem epik yang bukan saja saya malah seluruh peminat filen di Malaysia ternanti-nantikan filem mega ini. PGL- Setakat ini, saya bagi 5 bintang penuh kepada filem ini walaupun belum ditayangkan kepada umum. 'Teaser'-nya pada satu majlis anugerah filem tahun lepas sudah cukup meremangkan bulu roma saya. Malah pada satu majlis anugerah filem yang sama pada tahun ini, lagu 'soundtrack' PGL iaitu Asmaradana nyanyian Tiara juga cukup baik dan dipersembahkan dengan cemerlang sekali. PGL- Perlu giatkan promosi dua bulan lebih awal (sebelum Ogos). Sukar untuk melihat sebarang iklan PGL baik di RTM, TV3 mahupun NTV7 sekarang ini. Laman web rasmi semestinya penting (sebagai mana Spiderman 2)untuk mengumpul peminat-peminat baru, kemudahan muat-turun, 'trailer', komen peminat, 'wallpaper', 'screensaver' dan banyak lagi. PGL- Harapan saya filem ini dipertontonkan secara mennyeluruh walaupun beberapa negeri Melayu di Pantai Timur dan Utara Malaysia tidak mempunyai panggung wayang. Pihak penerbit PGL perlu fikirkan alternatif yang sesuai. Juga diharapkan agar filem ini benar-benar mencapai satu tahap yang tertinggi (bukan kutipan tiket semata-mata) dalam industri filem negara malah mampu menciptakan sesuatu yang bermakna di peringkat antarabangsa (di festival filem dan sebagainya). Sekian"
Panglima Putera 7 Julai 2004

"Satu kesilapan besar! M.Nasir sepatutnya mencukur misai dan janggut bila berlakon sebagai Hang Tuah... tentu lebih nampak hebat dan bertenaga. Walau bagaimana pun, syabas diucapkan dan diharap tidak mengecewakan"
travelling philosopher 6 Julai 2004

"Saya suka jalan cerita film tu. Tapi saya rasa ianya lebih menarik kalau yang berlakon sebagai Raden Ajeng bukan Tiara.Banyak pelakon2 lain yang lebih sesuai daripada beliau"
Yg Ikhlas 6 Julai 2004

"saya seorang pengamal silat melayu. jika selepas ini anda ingin buat filem yg ada unsur silat. diharap anda rujuk kepada majalah seni beladiri , kerana didalam majalah itu banyak profile semua jenis silat, malahan negara kita banyak pakar silat. hanya industri filem sajalah jalan untuk mengembangkan silat ke serata dunia, tahniah. jadikan PGL sebagai permulaan utk perkembangan silat melayu. ambil contoh filem ong bak {thailand), mrk guna 100% tomoi siam, dan ini telah meyebabkan ramai menonton filem ini. di malaysia ada 5.5 juta pengamal silat, kalau ada filem yg 100% gunakan silat melayu mesti filem itu BOX OFFICE . by the way PGL MEMANG BEST. Apa kata lepas ni buat semula filem mahsuri. kedah lwn siam, gunakan silat malaysia dan tomoi. tentu filem itu dapat perhatian hollywood , krn tomoi sangat terkenal di dunia. gunalah guru jak othman (tomoi) dan eman manan (silat) , sebagai kareographer. mesti best. salam mesra dari nuar. HIDUP SILAT MELAYU"
khairul anwar 5 Julai 2004

"PGL is the award winning film!! Go Tiara and Productions...Keep it up!!"
iddy 5 Julai 2004

"PGL ni bila nak keluar ni? Dah lama saya tunggu, bagai nak pengsan rasanya sebab terlalu lama menunggu. Pastikan cerita ni tetap akan keluar pada bulan Ogos ini, atau saya akan menerima padahnya. Sebab, tahap kesabaran peminat filem pun ada hadnya"
Alpine2 2 Julai 2004

"Tak sabar nak tengok MNasir jadi Hang Tuah. Frust juga Rosyam tak jadi berlakon jadi Sultan. Tentu hebat gandingan mereka"
Nora 2 Julai 2004

APRIL - JUN 2004



www.filemkita.com © 1999-2006 khys