Di pawagam mulai 31 Ogos 2004



filemkita.com/pgl

Komen penonton

2005
DISEMBER 2004

NOVEMBER 2004
"aksi lawan nampak kurang dan ada banyak kecacatan dari segi seni mempertahanka diri iaitu silat.pelakon nampak macam keras untuk melenggokkan ilmu silat.bahasa yang digunakan tidak menunjukkan bahasa melayu pada zaman puteri gunung ledang atau pada zaman dahulu.tapi saya puji tentang iklan dan juga grafik cerita ini ...ok itu ajaer"
anan 25 November 2004

"Syabas yg teramat sangat kpd Tiara n da gang terutamanya tuan director. Saya dah menonton filem ni dekat 7 kali. Tak jemu.Inilah filem melayu yang sy impikan. Impaknya sama macam masa saya tengok cerita Titanic. Hanya org yg halus perasaannya dpt merasai percintaan Gusti Puteri dan Hang Tuah. Semoga berjaya menjejaki karpet merah di Academy Awards ya..CONGRATS"
adcom 24 November 2004


"Saya dah melihat video (VCD) PGL. Kesimpulan saya seperti berikut:

1. Filem ini mutu artistiknya lebih baik dari filem Melayu yang pernah saya tengok.

2. Tapi belanja pembikinannya sebanyak RM16 juta agak besar untuk khalayak filem Melayu dan Indonesia untuk mendapat balik model pembikinan.

3. Saya tak bersetuju dengan pandangan Wahab HamzaH yang mengatakan soal cinta dalam PGL agak dangkal untuk menggambarkan cinta sejati dan abadi. Saya kira kacamata wahab telah dipenuhi dengan nilai-nilai Barat yang sudah hancur musnah untuk menggambarkan apa-apa nilai pun yang ada pada manusia hari ini. Sebab itu beliau tak faham apa erti cinta dalam budaya nusantara yang penuh peradaban tinggi. Penuh dengan kiasan dan ibarat. Kita harus tolak nilai dan budaya Barat yang telah rosak dan jangan menilai kehidupan kita dari kacamata Barat yang telah sesat.

4. Puteri Gunung Ledang sebagai puteri Jawa boleh diterima sebab nama PGL itu gelaran untuk sesiapa saja puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang.

5. Tapi masalah realiti sejarah Melayu bahawa Tun Teja itu isteri Sultan Mansur Shah dan bukan sultan Mahmud sukar untuk ditelan walaupun sebagai sebuah fiksi.

6. Kerajaan Jawa yang mengikut sejarah mungkin tak sezaman dengan Melaka masih boleh diterima kerana kerajaan-kerajaan Jawa itu mungkni saja pada zaman lain yang sama dengan zaman Melaka tapi tak disebut dalam sejarah kerana kurang signifikennya.

7. Dalam adat Melayu isteri mencium tangan suami terutama pula di khalak ramai. Maka perbuatan sultan Mahmud mencium tangan Tun Teja di dalam majlis itu adalah janggal dan bukan adapt Melayu.

8. Kesimpulannya filem ini membuat saya rasa bangga kerana masih ada orang yang membuat filem memikirkan kualiti dan nilai-nilai budaya murni Bangsa Melayu. Cuma yang sedikit terkilan ialah ketiadaan unsur-unsur Mealyu Islam sedangkan ketara sekalai unsur-unsur Jawa Hindunya.

Sekian terima kasih kerana sudi menbaca komentar saya"
Zubir Ali 23 November 2004


"Syabas kepada Tiara kerana PGL. Saya tak gemar film malayu. Takut nak tenguk. Walau saya sayang bangsa, saya tak boleh tipu diri sendiri. PGL saya lihat sebagai satu revolusi semangat. Hasilnya membanggakan.Kesimpulannya PGL adalah sebuah naskah yang bukan calang-calang. Saya puas. Saya kagumi Tiara"
kacip melayu 21 November 2004

"Tiada istimewa dengan PGL. Pembikinannya tidak ada ciri-ciri yang boleh di banggakan. Tiada nilai-nilai melayu atau jawa yang di persembahkan segala nya hambar"
Awang 17 November 2004

"Saya rasa sungguh bangga dengan epilok cerita seperti begini dan selalu mengharap serta menunjukkan pada semua bahwa betapa luasnya dunia sejarah seni melayu jika kita hidupkan semula cerita2 begini. Syabas! saya tujukan kepada semua yang terlibat, terutama sekali pada Dato.Rahim Razali dan tak lupa pada idola saya Abg M Nasir dan Kak Tiara. Sekian terima kasih.......Tak akan melayu hilang di dunia"
Sudin Bin Dawood 13 November 2004

"saya nak tanya puteri gunung ledang kos pembelanjaaan berape dan kalau boleh saye dan lagu asmaradana di dendangkan oleh Tiara"
ida 9 November 2004

"Cite ni memang best gile la!!! daripada film-film yang ade kat malaysia ni!!dah 6 kali saya tengok kat pawagam..kalau keluar VCD saya mesti beli punya la!!saya tak kira mahal ke tak mahal saya nak beli jugak..Syabas kat semua yg telah menjayakan film ini.ohh lagi satu lupa plak..erkk saya peminat akak Tiara Jacquelina!!dalam film ni Tiara lawa gile ahhh!!memang patut pun pegang watak Putri hihihihi, tak ade orang lain yang boleh pegang watak ni selain Tiara!!"
Nadrah 4 November 2004

"saya sudah menonton PGL sebanyak 2 kali di pawagam namun entah kenapa, saya belum puas2 lagi dan teringin untuk menontonnya sekali lagi,lagi dan lagi. Sebenarnya saya bukan peminat filem melayu. Saya bukan tidak menyokong filem tempatan tetapi secara jujur saya katakan selama ini filem2 tempatan yang dikeluarkan seolah2 dibuat 'ala kadar' dan memang jauh daripada standard filem yang dianggap memuaskan. Tetapi dengan PGL saya tabik kepada filem melayu. Perhatian saya terus berubah. Sebelum ini jika saya berkunjung di kedai2 vcd, saya asyik mencari filem keluaran luar negara tetapi sejak kebelakangan ini saya sering berkunjung ke kedai tersebut dan asyik bertanya 'cd PGL dah keluar'? Pemilik kedai menjawap 'belum lagi', dan saya akan keluar dari kedai vcd dengan kecewa. Begitulah hebatnya PGL di mata saya. Bagi saya PGL merupakan filem melayu yang teragung pernah dikeluarkan oleh negara. Bagi saya daya tarikan filem ini bukan terletak kepada kisah percintaan Gusti Putri dgn hang Tuah tetapi kekuatannya banyak bergantung kepada teknik pembikinan filem tersebut. Ini termasuklah pengungkapan dialog para pelakon,teknik penggambaran, kehebatan para pelakon yang selamba ketika membawakan watak masing2. Tahniah juga kepada Pengarah filem PGL serta penulis skrip dan semua krew PGL.Sekiranya PGL diarah dan dilakonkan oleh orang lain, mungkinkah PGL sehebat seperti yang ada sekarang? MUNGKIN TIDAK!! Bagi saya pemilihan pengarah dan para pelakon amat bertepatan sekali. Kalau sekiranya pengarah Yusof Haslam yang dipilih mengarah filem ini tidak keterlaluan saya katakan, PGL akan menjadi kisah cinta remaja yang remeh temeh. Minta maaf Datuk..... SAYA MENANTI KEJAYAAN PGL DI PERINGKAT ANTARABANGSA.....TERUSKAN PGL"
theodoria 4 November 2004

"Hebat, Hebat, Hebat. Permulaan yang baru untuk filem melayu Malaysia. Teruskan Usaha!"
keeman 3 November 2004

"kenaper sampai tang ni CD PGL tak jumper2 kat pasaran.kater kluar pada 25 october....."
deknaz 1 November 2004

Setelah menonton (2004):
OKTOBER
SEPTEMBER

Sebelum menonton (2004):
OGOS
JULAI
APRIL - JUN



www.filemkita.com © 1999-2006 khys