|
Komen
penonton (sebelum menonton)
2005
DISEMBER 2004
NOVEMBER 2004
OKTOBER 2004
SEPTEMBER 2004
OGOS 2004
"Saya tabik atas usaha menghasil kan filem taraf antarabangsa..Sebagai warga Singapura saya turut rasa bangga dengan kecapaian ini dan tentu skali akan menonton filem yg sedang hangat ini..After watching the making of PGL,i was really impressed esp visual effects yg digunakan dlm filem ini,it blends really well and does not overkill with d epic storyline..at d same time i do hope all d hype for PGL does kill d film expectations..Syabas Malaysia"
Lis 31 Ogos 2004
"PGL memartabatkan seni perfileman melayu!!!!! saya tertarik dgn usaha bersungguh2 tiara dan teman2 seperjuangannya yg lain kerana tiara
bukannya pure malay but she care and love our tradition, our heritage......PGL!!!!! well done!!!!!"
najlaa 30 Ogos 2004
"asalamualikum. terima kasih kerana dapat menaikkan martabat filem melayu...walaupun saya belum menonton filem tersebut...tetapi saya
tahu cerita ini adalah satu cerita epik yang menarik. sekalung taniah kepada penerbit dan semua warga kerja filem ini..
saya juga pasti filem ini akan mendapat sambutan yang luar biasa. terima kasih"
Saiful Azrin Ismail 30 Ogos 2004
"Sayang sekali, cerita melayu diarahkan orang bukan melayu. Saya belum tengok lagi cerita ni tapi saya tak hairanlah kalau gerak silat diorang dah tak macam silat. Konfirm nanti macam wushu, terbang sana terbang sini. Macam yang terjadi dengan drama "Kota Setia" yang pernah suatu ketika dimainkan dahulu. Lagi satu cerita yang merosakkan budaya ialah XX-ray. Hang Tuah leh terbang2 seh!!Gerak dah jadi gerak kungfu atau wushu. Lagi satu perkara saya nak tanya lah, kenapa cerita putri gunung ledang ni ada unsur2 Jawa? Putri tu orang jawa ke? Cuma dua cerita terbitan Malaysia saja yang saya sanjung, yaitu Raja Melewar dan Shahadat, yang tak lari daripada unsur2 budaya. Takkan Melayu Hilang Di dunia.. Tapi yang hilang di hari ini... Di kalangan generasi muda-mudi.. Ialah semangat hati yang murni.. Untuk kita terus melestari... dibawah payung ibu pertiwi... Adat Budaya Bangsa Sendiri..."
temasek 29 Ogos 2004
"assalamualaikum... saya bangga sebagai rakyat malaysia selepas adanya puteri gunung ledang... tahniah buat semua yg menjayakan puteri gunung ledang... taksabarnya... muah utk pgl!!! majula malaysia!"
ary 29 Ogos 2004
"Meremang bulu roma siot!!!!!!!!!! PGL the best!!"
Chris Ghazallee 27 Ogos 2004
"daripada tulisan WAN dan IZUDIN, saya masih sedih sebab ada juga peminat filem melayu yang macam mereka. Dulu kita ada ramai buta huruf, tapi hari ni sedar atau tidak kita ada lagi ramai yang buta - buta filem!. Buka mata luas-luas. Jadilah orang yang celik filem. Tak perlu nak ke ASK atau ambik course filem, cukup sekadar memahami makna penyampaian filem itu sendiri dan menghargainya. Cuba fahami bahasa filem. Bahsa filem dipenuhi dengan shot,angel,mod.Itulah bahasanya. Kalau setakat filem yusof haslam and prof a.razak yang u all faham, sampai ke tua u all takkan faham dan menerima LayarLara, Jogho atau Perempuan Melayu Terakhir. Jangan hanya pandang komersil, komersil dan seni takkan bertemu pada 1 titik. Jangan salahkan uWei atau Shuhaimi Baba bila kita disogok imej2 yang local tanpa komersil (rumah papan,kelambu,motor buruk,tikar mengkuang) kerana semakin local scene itu semakin tinggi nilai seninya... Kepada mereka yang tak faham filem, jangan pandai-pandai cakap atau mengeluarkan ktitikan mengenainya... Tolong belajar memahami filem terlebih dahulu!"
Pengarah Filem Pendek - Jangan (2003) 27 Ogos 2004
"nampak macam best! harap ianya best seperti yang di gambarkan"
manja 27 Ogos 2004
"5 Hari Lagi!!! Dub...Dab...Dub...Dab... Berdegup jantung aku menantikan PGL muncul kat pawagam. Rase macam aku pon terlibat sama dlm menghasilkan filem ni! Kalau aku dah berdebar cam ni, cam ne lak prasaan tenaga produksi PGL. Musti cam org nak mlahirkan anak sulung!! For me, dah tentu aku org yg pertama dan terakhir berada di pawagam (JB) utk membeli tiket, menonton, menghayati, sehingga ke akhir kreditnye. Yg pasti, aku takkan menontonnya sorg! aku akan ajak sume kaum krabat aku, jiran tetangga, posmen perumahan aku, dan tak lupa juga mereka yg mengenali diriku tak kira di mana jua mereka berada, dengan ucapan, kenang daku dlm doa mu, mengapa sepi tanpa pesan... Kepada pemilik2 syarikat besar di M'sia, Plzzz, Plzzz, Plzzzz la aku mengharap sangat korang sume tengok crite ni, lps tu, pikir camne Filem M'sia nak maju kalu hanya bergantung dgn kos pembikinan yg ciput shj. 20 juta memang besar dan mengejutkan bg rakyat negara ni. Tapi kalau di luar negara, mereka sudah pon membelanjakan wang XXX juta-juta HENGGET!!! Bantula Filem KITA! K la, aku nak tido ni.... (Sambil mengharap ditemukan dengan Puteri Gunung Ledang ku.....Paling kurang pon, Tun Teja! :D )"
apai 26 Ogos 2004
"K, ada 6 hari lagi sblm Hang Tuah mengetuai rombongannye ke pawagam2 di sluruh M'sia! Hati ni rase dah tak sabar2 menanti... Hari Kebangsaan plak tu! Nak tanya skit, PGL tak nak kluarkn barangan2 PGL ala Lord of the ring ke? Paling2 cikai pun keris taming sari! Wah, musti aku orang ke 3 bli! Nway, congrats kpd semua tenaga kerja PGL kerna bjaya menghasilkan filem yg membuatkan satu m'sia ttunggu2 kemunculannya! Tapi biasa la adat orang M'sia, rumah dah siap, alarm bbunyi....So,
kena tabahkan hati tu utk menerima segala kritikan. Kpd pengkritik2 filem profesional mahupun amatur (yg sentiasa menjunjung filem2 picisan), beri la peluang utk filem M'sia bnafas dgn idea2 yg mahu lari dari crite yg stereotype! Biar kita berdiri sama tinggi dgn filem2 d luar sana...Jgn hanya pandai kritik, tapi diri sindri tak pernah mencuba utk melakukan perubahan. Tentang tenaga produksinya yg tlah menyatukan kpelbagaian bangsa, fahaman & agama, Tahniah skali lagi saya ucapkan. Dengan cara kita bersatu mencurahkan idea dan tenaga, baru la m'sia akan dpt melangkah setapak lebih maju. Kalu Orang putih di Amerika sudah lama bersatu bikin filem dengan org kulit itam, mengapa tidak kita?! Ketepikan soal warna, asalkn kita berjuang atas landasan yg sama sbg warga M'sia. Dgn cara ini baru kita dpt blajar , btukar2 pendapat & menceriakn industri filem yang walaupon tumbuh bagai cendawan, tapi semuanya tak berguna... meracuni otak saje! Ops, sori, dah termelalut lak! K la, jom kita promosi crite ni kat kengkwn yg lain. Buka minda mereka agar lebih mudah untuk mereka mencerna filem2 yang plotnya bukan hanya di Banglo mewah, Klab malam dan adegan Mat Motor bercinta di atas bukit. Filem Kita, Wajah Kita. Usah menipu diri sendiri! Maaf kepada yg tersinggung-singgolan!"
apai 25 Ogos 2004
"Syabas di ucapkan. Semoga PGL menjadi filem perintis yang berkualiti dan bermutu tinggi. Macam nilahlah yang dikatakan bikin filem. Walaupun
tak tengok lagi filem PGL tapi saya dah rasa bahangnya. Cinematografinya amat puas hati. Lakonan saya rasa berbaloi dengan
mutu filemnya. Apatah lagi lagunya yang menjadi bisikan hati. Syabas yang menjayakan PGL"
Muhamad Faizal Jaafar 25 Ogos 2004
"Ramai yang menanti kemunculan filem ini, termasuklah mereka yang asyik mengutuk filem--filem arahan you-know-who yang asyik2 menampilkan pasangan you-know-who. Ada pula yang bersumpah tak akan menonton another malay movie lagi kalau filem ini hampeh. Harap2 filem ini lebih indah dari lagu Asmaradana tu. Eh, dengar cerita PGL gagal ke Toronto Film Festival. Betul ke?"
niar 25 Ogos 2004
"a'kum,its me again,peminat no 1 pgl.dah tgk dah the making die sabtu lepas,WOW!!!!!lps tgk the making,lagi melampau-lampau keinginan saye utk tgk tgk cite ni 3 kali berturut-turut 31 ogos ni.hebat yg teramat sgt.saye mmg slame ni dah rase filem ni hebat,tp skang rase lagi hebat yg melampau-lampau lg.everything semasa pembikinannya looks so perfect.cantik,hebat,menarik, especially saye suke adegan putri raden adjeng berdialog dgn abg nye melalui kuasa telepati,so real n mantap.BEST GILERRRRRRRR!!!!!!!!!!"
mahsuri
23 Ogos 2004
"yang saya belajar tentang cerita hang tuah setakat dia lawan hang jebat dan jebat mati. lepas tu tak tahu dah apa seterusnya yang terjadi kepada hang tuah. sapa tau boleh tak cerita kepada aku"
zulkifli 21 Ogos 2004
"sudah agak lama sya tidak menonton filem melayu di panggung atau membeli vcdnya.ini kerana saya beranggapan cerita melayu dewasa ini hanya memperbodohkan penonton dengan tema yang entah apa-apa.dengan jalan cerita yang meluatkan minda dan rasa.2 tahun lepas,selepas membaca berita yang mengatakan tiara akan menerbitkan filem PGL,saya menjadi sangat teruja dan memang tak sabar nak tunngu hasilnya.saya ikuti segala perkembangan filem ini di mana jua yang saya boleh dapat sumber nya.akhirnya,penantian saya selama 2 tahun akan berakhir 31 ogos ini.majoriti
member-member saya yang ANTI filem melayu pun menyatakan ketidaksabaran mereka untuk filem PGL
ini.dan yang paling memeranjatkan apabila ibubapa saya yang dah lebih 22 tahun tidak menjejakan kaki ke panggung pun tak sabar nak menonton filem ini,di panggung.hari pertama tayangan pulak tu.saya sendiri berjanji pada diri saya yang saya akan menonton filem ini sekurang-kurangnya 3 kali. tapi kalau ikut rombongan-rombongan kawan-kawan dan keluarga,rasanya,lebih 3 kali kot.yelahkan,bukan senang nak tengok filem epik melayu macam ni.mau nak kena tunngu 10 tahun lagi.itu pun kalau ada.manalah tau,selepas ini masih belom terbuka lagi hati penerbit dan pengarah lain nak buat filem macam nie,at least tak lah kebulur nak tengok filem melayu terbaik sepanjang zaman macam nie.lagi satu,tahniah1000x, kepada warga PGL kerana anda telah berjaya membawa PGL keluar daripada malaysia.dapat tayangan di venice dah cukup membuatkan saya bangga menjadi warga malaysia.yang pasti negara-nagara jiran kita makan hati melihat PGL.ish..tyak baik plak rasanya bangga diri ni.ok,last but not least,saya nak mintak kebenaran pada TIARA yang saya nak menjalankan promosi untuk Filem PGL ini di JOHOR.JOHOR BAHRU terutamanya.tengah promote sebenarnya ini.jangan saman saya dah lah.niat saya nak membantu.percuma je ni.saya tak minta balasan pon.pada saya,yang penting filem PGL ini ditonton oleh segenap lapisan masyarakat di malaysia.lastly,semoga berjaya membawa filem ini di serata dunia dan mengharumkan nama malaysia.saya akan sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan PGL walau apa pun yang disertai..a'kum"
afad 21 Ogos 2004
"cerita nya adalah penarik minat seni tanahair filem antarabangsa. kemunculannya untuk versi yang ke 2 dan terkini ternyata memberi nafas baru tentang sejarah keagungan melaka kita dahulu"
noor nurulhida 21 Ogos 2004
"OK! The making of PGL akan di siarkan di ntv7 hari Sabtu 21 Ogos, Jam 9mlm dan 31Ogos jam 1 tgh! Semoga semua dapat menyaksikan kesungguhan kami melakukan yang sebaik mungkin untuk anda semua! Selamat
menonton"
warga PGL
20 Ogos 2004
"dasat................x tau apa lagi nak cakap....semua dasat.........harap jgn dasat kat promo ja........"
wati kl 19 Ogos 2004
"Saya benar-benar tertarik dengan filem Puteri Gunung Ledang (PGL) ini. Sebagai rakyat Malaysia berketurunan Cina,saya akan cuba menulis dalam bahasa Malaysia dengan sebaik mungkin. Inilah filem Malaysia sebenarnya. Saya rasa inilah filem Melayu yang membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk menontonnya lebih-lebih lagi di pawagam. Saya dapat rasakan bahawa filem ini bukan khusus untuk satu bangsa sahaja tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa sekalipun. Sesuatu yang membanggakan.
Seluruh keluarga saya amat menantikan filem ini kerana kami merancang untuk menontonnya bersama-sama. Apa yang saya ketahui, inilah filem pertama yang akan di tonton oleh ibu-bapa saya. Menghairankan. Saya sendiri tidak pasti apakah yang mendorong mereka untuk menonton filem ini. Kepada penerbit, pelakon-pelakon dan semua krew PGL, saya ucapkan syabas diatas usaha ini. Kepada semua rakyat Malaysia, tontonilah filem ini di pawagam dengan sepenuh hati. Malaysia Boleh"
Edward Yap 19 Ogos 2004
"Terima kasih diatas minat dan anticipation yang membanggakan. Jangan lupa menyaksikan 'The Making Of PGL' di saluran ntv7 hari sabtu 21Ogos. Unfortunately, masa tayangan saya tidak dapat confirm lagi. Saya akan post kan time nya
nanti..."
warga PGL 18 Ogos 2004
"hai pgl best"
keli 17 Ogos 2004
"apa kaba semua. Sebenarnya aku penggemar silat melayu. aku tertarik hendak menonton pgl ni sebab ada silat walaupun ada adengan terbang. pada zaman 600 tahun dulu mungkin silat melayu ada terbang-terbang. ini kerana silat dulu-dulu banyak menggunakan kuasa dalaman(batin).sekarang pun ada silat yang menggunakan kuasa dalaman. jadi janganlah ada yang komen tentang adengan terbang2 tu tak ada dlm silam melayu.saya harap akan ada lagi filem tentang silat melayu. watak utamanya eman manan. aku suka sangat tengok cerita eman dlm keris hitan bersepuh emas dan pendekar kundur.hidup silat melayu"
zul 17 Ogos 2004
"Harap2 best la... bior terbukak hati terbeliak mata pengarah2, penulis skrip, producer2 m'sia yg stereotype! Kalau bleh, filem ni jadik titik tolak utk sykt2 besar men'sponsor' industri perfileman kite! baru budget bleh besar2!"
apai 16 Ogos 2004
"hai! ari ni nak citer sket pasal sesuatu yang agak membanggakan diri sendiri{syok sendiri la pulak!}jangan mare....citernye adalah, memandangkan saye tgh tunggu nak sambung belajar dan skang ni mmg tak buat
pape.saye telah menjalankan aktiviti promosi filem pgl yg tersendiri dek krn terlalu sayangkan filem
nie.percaya atau tak,saye sendiri tlh membuat flyers/kertas layang filem pgl dan menyebarkannye di sekitar shah alam.dari rumah ke rumah,sekolah dan pintu masuk shopping kompleks.i hope it is legal! hehe..tp tak kene tangkap pun,kire okla tu.so kpd anda semue....contohilah saye,hehehe...hidup PUTERI GUNUNG LEDANG 2004. kalau kak tiara ade bace ni,takde ke upah?penat tau org melilau satu shah alam,dpt tgk tayangan perdana ngan press dan artis pun jadilerrr... hahaha, just kidding.kpd yang kaye tu saye nasihatkan tgk citer ni kat wayang at least 3 kali tau!{promo lagiii)"
mahsuri 16 Ogos 2004
"ellowezz!first of all saye nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yg memberikan komen ttg pgl.saye amat terharu melihatkan sambutan dan sokongan yg dikongsikan bersama dlm website ini.sebabnye saye adl antara yg terawal 'menghuni' website nie dan ketika itu amat lengang skali komen yg diberikan.kalau ada pun komen yg merapu dan ntah ape2.melihatkan komen2 yg dihantarkan bertalu-talu skang ni membuatkan saye berbangga kerana menyedari bahawa mentaliti masyarakat kita skang ni dah
berkembang.banyak komen2 bernas dapat saya baca di sini berkenaan dgn filem
pgl.thanx again kepada mereka yg menghargai filem melayu kite nie.kepade yg nak kutuk2 tu takyah masuk website ni!tak layak pun!selain drp tu,saye rasa sgt sedih sbb masih ramai anak remaja melayu yg terlalu ego utk menerima filem ini.mrk masih dgn pendirian bodoh mrk iaitu 'aku tak main layan cite melayu'.sakit telinga dan hati bile dgr anak melayu sendiri ckp camtu.mmg diakui filem melayu selama ni bukanlah filem terhebat di dunia,tp puteri gunung ledang 2004 adl permulaan kpd suatu era baru dlm industri perfileman negara.ape salahnye kalau kite seimbang dgn menonton filem dalam dan luar negara.oleh itu sedarlah remaja melayu.belajarlah menghargai identiti kita sendiri.baru2 ini saye hampir menitiskan airmata apabila mendengar rakan sebangsa saya memperkecilkan filem pgl sedangkan ramai dikalangan rakan saya yang berbangsa cina,india dan serani mengatakan bahawa mrk tidak sabar2 utk menonton filem hebat ini.ape yg telah berlaku? renungkanlah........."
mahsuri 15 Ogos 2004
"wow!cerita zaman kanak-kanak kita telah difilemkan!bangganya saya x terkira!langkah yang bijak diambil oleh pengarahnya!cara promosinya lain dari yang lain.bila saya tengok intronya, saya teringatkan filem 'ever after cinderella story'lakonan Drew berrymore.dimana filem ini merungkai rahsia kewujudan cinderella dimana selama ini dianggap sebagai tidak wujud.begitu juga filem ini,dimana jalan ceritanya akan memberitahu bahawa PGL itu memang wujud dan berbangsa jawa.kalau selama ini kita diberitahu bahwa PGL adalah bunian atau dongengan saje"
zariq 15 Ogos 2004
"Aper khabar orang Malaysia???Wazzup??? O.k,i just wanna say that I'm proud that Tiara Jaqualine can produce the movie which is international quality of movies that cn be proud by all Malaysian to the world!!Marilah kita semua rakyat Malaysia (Melayu,Cina,India and others)bersama-sama menyokong filem-filem tempatan dan sama2 mnyaksikan Puteri Gunung Ledang yang akan dtg ni!!Jgn ada andaian-andaian negatif,buruk,dengki tetapi kita prlu merasa bangga dengan pencapaian anak Malaysia yg boleh menghasilkan filem bertaraf antarabangasa!!Contohnyer,lihatlah pengarah Lord of the Rings yg dilahirkan di New Zealand dan telah membuat filem yang menjadi kebanggan ramai terutama sekali penduduk2 New Zealand..Sebagai pelajar High School di New Zealand, boleh dikatakan semua kwn-kwn dn juga New Zealander merasai bangga kerana anak kelahiran negara ini (Peter Jackson)berjaya di pentas antarabangsa dengan filem2LOTR!Rasanyer,kita sekarang adalah lebih matang dari dulu dlm menilaikan sesuatu benda itu.. Anyway,I'm very appreciated with all those people that give positive comment towards PGL but for those who are still stubborn especially Muslim Malay,plz..Allah and Muhammad doesn't teach us to be jealous or have negative attitudes towards somebody..Anyway, congratulations to the producers,actors,actress and all that give ur best which make the making of this film success! O.klah,finally,jom kita GEGARKAN pwagam tanah air ini dengan menonton PUTERI GUNUNG LEDANG!! EH..skejap!!tak abis lagi. Puteri Gunung Ledang tak der tayang kat New Zealand ker??:-0"
sNaKe'HizZZ'guYz 14 Ogos 2004
"x sabar nakm menunggu.memang best......."
tengku kamarull 13 Ogos 2004
"saya pernah berangan tentang sebuah filem hebat yang mengangkat maruah kesultanan melayu melaka dan puteri gunug ledang adalah ikon utama dalam angan saya - seingat saya 2 tahun lebih awal sebelum tiara mengumumkan cita-citanya menerbitkan filem epik ini. mungkin saya tiada upaya menghasilakn filem tetapi sebagai peminat filem bertaraf intelek bukan hiburan semata saya sentiasa beharap akan ada orang filem yg benar2 komited dan ber-jatidiri filem antarabgnsa berjiwa malaysai bukan sekadar slogan nah PGL telah hampir merealisasikan impian seluruh warga filem termasuk rakyat malaysia secara amnya selepas ini biarlah filem2 kita sehebat PGL pembikinan dan substance nya walaupun ia arahan yusof haslam atau rashid sibir"
ng koo 12 Ogos 2004
"hai..tak sabar rasenye nak tgk citer nii..minggu lepas pi..tiket sold out!! frust rasenye.. tp Filem ni mmg menarik minat bukan shj orang melayu sahaja..member2 saya yang berbangsa cina pun berminat..Yang cukup minat Poster!! dan tengok Kak Tiara menari dl video klip asmaradana.. giler dibuatnya!!!!!!!!!!!"
Weet 12 Ogos 2004
"semangat meluap ingin menonton PGL bukan sahaja kerana saya pernah suatu ketika membayangkan epik PGL digelemkan sehebat epik2 barat yg lain (setelah kekaguman dgn TITANIC) saya nak tengok pemikiran pengarah flm ini tentang susur galur kisah, lagenda dan sejarah melayu, gambaran org melayu 600 tahun lampau kupasan2 serta pendekatan bagaimanakah digunakan oleh penulis lakonlayar ( skrip ??? ) tentang siapakah PGL, hang tuah, sultan melaka etc adakah seperti yg biasa kita dengar atau ada elemen2 surprise yg selama nih kita tak tau adakah jembatan emas betol2 terbina dlm flm ini bagaimana rupa hati nyamok dalam tu7uh dulang betul ker PGL ble bertukar wajah ikut cuaca dan masa sejauh mana flm ini mampu memberi persepsi baru tentang PGL kesultanan melaka sejarah melayu jatidiri melayu budaya melayu yg membentuk asas negara malaysia berat nih nampaknya dari promosi dan bahan marketing yg dilakukan PGL memenuhi kriteria flm hebat tapi dari segi substance - kena nonton dulu saya harap angan2 saya melihat PGL seperti yg saya gambarkan melebihi expectattion"
sobri 11 Ogos 2004
"ceh...ingatkan PGL ikut bertanding kat Venice. rupa-rupanya setakat tayangan perdana aje..ok la tu sebagai satu promosi dan exposure tapi jangan la tipu org2 kat malaysia ni kata masuk bertanding.ni siap cakap dalam berita saw teong hin competes utk best new director tapi tercalon pun tidak..."
putera bukit ledang 11 Ogos 2004
"Perhaps the grandeur of Malay epic will be enflamed by PGL. From the trailer, teasers shown o the public, I personally believed this movie is on par of the legendary P. Ramlee's own 'Hang Tuah' epic. Never before a Malay movie on such a large scale
creating storm of anticipations amongst Malaysians of all races into a frenzy. Yes, PGL will become a legend within legend. No one worthy of donning Hang Tuah's garb apart from maestro M. Nasir. No one can deny the authenticity of a Javanese princess mirrored by Madame Tiara. See you in cinema, 31st August 2004"
Satria Melaka 10 Ogos 2004
"Saya rasa sangat teruja untuk menyaksikan PGL kerana sudah lama kita tidak mempunyai filem bercorak sejarah sebegini dalam negara. Tambahan pula setelah mendengar dan melihat sendiri videoklip untuk filem ini iaitu Asmaradana yang dinyanyi dan ditarikan sendiri oleh Tiara. Harapan saya walaupun tidak mendapat pulangan yang melebihi budget ataupun pulang modal, filem ini berjaya mengharumkan nama Malaysia di festival filem antarabangsa"
IkanEmas 10 Ogos 2004
"a'skum... saya merupakan pelajar ipta. memang dah jadik habit, tak main ler tgk filem melayu-bukan berlagak but filem melayu stereotaip, bosan dan mengada-ngada. but, pgl telah mengubah paradigma saya malahan kekawan yg lain juga tidak malu2 berbahas, menunggu dengan debar dan tak sabar menunggu tayangan filem ini. filem ini begitu berbeza dari segi pembikinan, promosi dan banyak eleman kejutan...syabas pada semua team pgl. saya memang meminati tiara, sejak dari zaman beliau berlakon drama lagi-kemunculan semula beliau dengan perbezaan 320% amat membanggakan!!!
saya pasti antara orang yg terawal beratur di pawagan klcc atau midvalley 31 ogos 2004 nanti ;) asmaradana!!!"
yusry 10 Ogos 2004
"juz wanna say that i can`t wait 4 pgl. nnt dah tayang baru leh komen... tapi rasanya pgl gempakzzz ok la chow,,,,,"
bima_sakti88 9 Ogos 2004
"PGL membangkitkan semangat dan minat saya untuk menonton filem MELAYU sebagaimana saya amat meminati filem epik Lords of The Ring .Tema cintanya dirasakan begitu agung, seagung Asmaradananya dan berani saya ramalkan bahawa PGl bakal menjadi filen agung Malaysia . Congratulations utk semua pihak yang merealisasikannya bagi tatapan kita dan warga dunia .PGL cerita cinta paling agung milik kita,kebanggaan Malaysia, untuk dunia"
Lai G. D 9 Ogos 2004
"wow satu epik yang menarik!At first time saya lihat KAK TIARA like a princess!!Congratulation.Filem yg menyelitkan unsur history cinta.Good!!Apa pun saya tak sabar nak tengok PGL nie.Ok pada semua para pelakun ,tahniah .KASI MELETUP SATU PAWAGAM ASIA!!"
Nazlyn Nur`Ain 7 Ogos 2004
"frist time saya lihat KAK TIARA wearing like a princess.Congratulation ,WALAUPUN SAYA HANYA TENGOK DI IKLAN! tapi memang best.Tak sabar-sabar nak tengok di pawagam.Komen saya...sebuah epik yang amat menarik bagi tahun ini.Lokasi, lagu dan jalan cerita serta para pelakon sekitar negara ASEAN really,really interesting!!Untuk SIFU Congrate!!Watak Hang Tuah di bawa dgn begitu berkesan.OK that`s all.Biar meletup pawagam satu ASIA!!!--LYN..BIRTH,03/10/87..."
nazlyn nur`ain 7 Ogos 2004
"Tahniah kepada PGL kerana terpilih untuk menyertai Venice International Film Festival in Italy. PGL is indeed an excellent masterpiece Malaysia has ever produced and recently the Italian media announced that PGL is among the festival's brightest prospects(woohoo..go PGL). Anyway, congratulations again to PGL and hopefully it can make it to Oscar next year perhaps(seriously)"
anonymous 7 Ogos 2004
"semekom semua... pertama sekali tahniah diucapkan kepada ahli produksi filem epik yang hebat iaitu Puteri Gunung Ledang The Movie. kehebatan filem ini adalah satu tanda bahawa filem melayu kita sedang mengalami perubahan "anjakan paradigma" dalam memenuhi selera penonton dan juga mewarnai dunia filem kita dengan lebih menarik lagi. terus terang saya katakan, antara filem filem melayu yang mendapat tempat di hati saya adalah filem yang berunsur sejarah. umpamanya, : Bukit Kepong, Hang Tuah, Paloh dan juga Leftenan Adnan. ini bukan sahaja dapat memberitahu kita tentang sejarah negara kita dengan lebih terperinci malah dapat melihat kehebatan para PENGARAH-PENGARAH tempatan dalam usaha mereka menghasilkan filem yang berkualiti. saya tidak bersikap prejudis dalam memberikan komen tetapi ada kalanya filem melayu tempatan kita ini nampaknya jauh ketinggalan dari segi teknikal, idea dan juga "sentuhan" yang dikatakan mampu menambat hati penonton hingga ke luar panggung. memang tidak keterlaluan jika diakatakan filem kita masih sesuai untuk dijadikan tatapan penonton dalam malaysia sahaja, tetapi tidak di luar negara. kenapa? ini adalah kerana filem kita ada kalanya yang merapu dan memberikan jalan cerita yang membosankan atau lebih dikenali dengan filem "stereo type". jika kita lihat filem filem luar negara, mereka berbangga mengangkat martabat filem mereka terutamanya berkenaan asal usul dan sejarah negara mereka sendiri, contohnya King Arthur, mereka tidak segan silu menceritakan tentang bagaimana wujudnya sejarah negara England dan yang paling menarik sekali mereka BERANI memasarkan filem mereka hingga ke malaysia. saya memuji usaha dan 'effort' para pengarah filem kita yang kreatif dan juga berusaha keras dalam membangunkan martabat filem kita,saya tidak mengatakan yang mereka tidak bagus atau sebagainya, cuma yang saya minta, buatlah satu kelainan dalam mewarnai industri filem kita. jika kita kaji sejarah negara kita yang kaya dengan pelbagai cerita dan seribu satu hikayat,ditambah pula denagn idea dan kesan khas pada filem tersebut, saya yakin para penonton pasti akan kembali 'menyintai' industri filem kita. akhir sekali, untuk Puteri Gunung Ledang The Movie, syabas diucapkan kepada Tiara, M Nasir dan semua ahli produksi serta para pelakon yang menjayakan filem ini. Walaupun saya masih belum menonton filem PGL ini, Saya dapat rasakan filem ini nanti pasti dapat 'menyengat' industri perfileman kita dan seterusnya mengangkat kembali martabat filem kita selepas sekian lama hambar dan 'stereo type'"
temenggong jugah 6 Ogos 2004
"ishh...rasanye dah lama x nonton filem melayu ni...tp PGL buat hilang sabar lak..lambat sangat la....bila ni...rasanya ini lah filem melayu yg paling best"
puteri penang 4 Ogos 2004
"cita ni memang best!Saya dapat tahu pun dari adik saya yang pelakon teater juga, sebab selama ni saya tidak juga mengemari filem melayu.Memang benar filem ni ada ciri-ciri seperti filem barat.Kalau boleh,filem tu cepatlah ditayangkan"
emi 4 Ogos 2004
"Memang nak sgt tgk movie nih...muzik die sebelum movie nih kuar dah buatkan hati nak tgk.... Gaya soundtrack PGL di radio dan tv memang standard international....itu yang sebenarnyer peminta melayu nak tgk....... Saya memang jarang tgk filem melayu..but PGL must be seen....Hidup Orang Muar... Dulu time zaman sekolah selalu ponteng sekolah gie Gunung Ledang..hahahhahah...best tulll"
Khairil 3 Ogos 2004
"I HOPE PGL Boleh cipta nama Malaysia ke tahap dunia!!IT'S A BEST MOVIE!! MALAYSIA BOLEH!!!"
Thian S.Y. 2 Ogos 2004
"askum, saya nak tanya kenapa ceerita epik PGL ni berbeza dengan lagenda asal PGL. ini boleh mengelirukan sejarah....terutama hikayat Hang Tuah yang amat terkenal dengan kestiaan kepada sultan"
Putri^Selangor & Putera^Melaka 1 Ogos 2004
"PGL lakonan M.NASIR $ TIARA akan membawa wajah baru dalam dunia perfileman negara.Kos yang mencecah RM15 juta sememangnya membuka mata 'orang filem' Malaysia.Diharapkan kos sebesar ini mampu memberi impak yang besar kepada FILEM KITA.Bukan sekadar mendokumentasikan kisah cinta agung manusia,malah menonjolkan kewibawaan dan keberanian yang matang dalam mengaplikasikan kisah sejarah ke layar perak.Mesej yang ingin disanpaikan amat besar kesannya/risiko yang harus di pikul oleh warga PGL,ini kerana Masyarakat (Pada penelitian akakBell)kita dewasa ini amat rendah nilainya dalam menghargai sejarah dan nilai serta norma hidup bermasyarakat,(agungnya cinta)yang saling bersandaran dan memerlukan.Bagi akakBell,mutakhir ini 'orangfilem' Malaysia terlalu ghairah menghasilkan filem semata-mata untuk mengaut untung tanpa menghiraukan implikasi yang akan menular dalam masyarakat serta mengabaikan konsep nilai murni dalam filem yang ditayangkan.Sebenarnya,peranan 'orangfilem' Malaysia sangat besar untuk membina mentaliti masyarakat kita terutama MELAYU yang kini semakin pudar kesusilaannya dalam menghadapai arus globalisasi yang dibayangi kehidupan material semata-mata.Jadi,PGL bukan sebuah filem yang harus ditonton hanya sekadar mencari nikmat asmara di dalam panggung ! Biarlah kita menonton PGL demi menyelami kepentingan sejarah dan mengambil pulang pengajaran daripada PGL untuk di adaptasikan semula dalam masyarakat kita.PGL adalah wadah baru untuk kita menelaah tahap pemikiran kita yang kini sudah jauh berkelana tanpa hala tuju di samping menjadi wahana terbaik untuk memartabatkan melayu dan filem,masyarakat dan budaya timur yang luhur dan kesedaran intelek yang proaktif.SYABAS buat warga PGL yang komited dalam menjayakan PGL 2004. <love M.NASIR>"
akakBell 1 Ogos 2004
JULAI
2004
APRIL - JUN 2004

|