|
Komen
penonton
2005
DISEMBER 2004
NOVEMBER 2004
OKTOBER 2004
SEPTEMBER
2004
"WADUH-WADUH, KOK CERITANYA BEGITU MELETUP SIH BIKIN HATI GAWAT MENONTONNYA.KALO PAMAN-PAMAN SEMUA TIDAK MINTA SAMA
INI PGL PERGI JAHANAM SAMA KAMU TAPI SAYA SELAKU GUSTI PUTRI SAYA MERASAKAN INI SATU IMPAK YANG BAIK BAGI PERFILEMAN
MALAYSIA.TERUS IANYA SATU PENANGAN HEBAT BAGI SI YUSOF HASLAM SERTA PROF Mdya ABDUL RAZAK MOHAIDIN YANG TAK HABIS-HABIS
MEMBIKIN FILEM2 BODO.SEKURANG-KURANGNYA MINDA DAN AKAL FIKIRAN SEMUA ORANG DI MALAYSIA KINI TERBUKA. KEEP IT UP
YA...SAYA HANYA MAMPU SENYUM DI KERATON SAYA SAMBIL MENIKMATI ALUNAN BUAIAN LAGU2 ASMARADANA N BAGAIKAN
SAKTI. MELETUP NYAHHHHHHHHH OIIIII MAK NAK TENGOK LAGIIIIIIIIII SEMUA JANTAN MEH IKUT MAK!!!"
Gusti Putri Raden Adjeng Yang Meletup 29 September 2004
"pgl is the most excellent malay film that our counry has produced!! i'm waiting for this to happen and now,
i'm soooo into pgl! congrats 2 all the cast especially Tiara (what a brilliant job!!),m.nasir,etc and the crews as
well! i'm waiting 4 the pgl's vcd and soundtrack(can anyone tell me when it will be released?)"
Naqiah 28 September 2004
"filem terbaik Malaysia yang pernah saya tengok. skripnya amat baik dan membolehkan saya benar-benar menghayati kesusasteraan Melayu yang
diingat bosan ketika mempelajarinya di sekolah"
Leong Jui Chuan 27 September 2004
"Mutu lakonan masih lemah. masih banyak yang perlu dibaiki. hanya DUA pelakon yang
terbaik. yang lain hanya acuan dari keduanya. satu :
DAto' Rahim Razali, dua : Christine Hakim. terima kasih"
fakap 26 September 2004
"Just saw the movie last night and it was awesome, fabulous, great show, very entertaining and very well made. I don't see much of malay
movies but this is the only movie that I really like. After the show, I surf the net for more info. Congratulations to the cast and crew for a job well
done. If this film kana cetak rompak, I would say to the buyers of the cetak rompak CD "shame on you". Such an excellent movie should be
treated with respect and I dare say this movie is as good as western epic movies or better"
Kartini Ismail 25 September 2004
"PGL bagi saya is a must see movie. Memang sebuah cerita cinta agung - walaupun ramai yang tak faham tentang kat mana agungnya cerita cinta
Tuah & sang Puteri. Saya rasa penghayatan sepenuhnya perlu untuk merasainya. Sesungguhnya PGL kaya jiwa, rasa dan fikiran Melayu yang
sebenar. Skrip memang superb sebab banyak maksud tersirat. Saya kasi 4 bintang untuk PGL. Tapi saya sangat berharap kelemahan2 tertentu
tidak berlaku. Antaranya, set Melaka yang gahnya hanya pada istana. Tak menggambarkan Melaka sebagai sebuah pelabuhan
ternama. Entrance ke istana terlalu kosong. Terlalu kurang pengiring samada untuk
Sultan Melaka atau Raja Majapahit hingga tidak menggambarkan keagungan kedua kerajaan ini. Wujud ke lantai marmar dan tembok batu
bata pada zaman itu di Majapahit? Macamana Raja Majapahit boleh tiba di kaki Gunung Ledang sorang2 tanpa pengiring utk bertarung dgn Tuah
sedangkan beliau seorang raja? Perlu ke ada stonehenge palsu tu? Kenapa Tun Teja boleh naik ke Gunung Ledang mudah saja utk bertemu
Puteri sedangkan perjalanan rombongan meminang jadi big deal? Serangan Demak sepatutnya guna shot dekat sahaja supaya tak nampak
sangat jumlah askar yang sedikit. But all in all PGL is worth watching even for the second time"
leonis 24 September 2004
"rasa berbangga sebagai rakyat malaysia kerana kisah cinta agung ini dipaparkan bagaikan sudah tertulis dalam sejarah, bukan dongengan
lagi. syabas. sudah menjadi contoh dimata dunia"
ali hashimi 24 September 2004
"secara jujur dan ikhlas saya mengatakan bahawa filem hanya indah khabar dr rupa..saya ingatkan dgn kos yg tinggi pasti ade sesuatu yg lain
dari yg lain..pd pendapat sy filem ini terlalu biase,jalan citer yang slow,ade beberapa pelakon yg hampeh(terutama yg jd sultan
tu) mematikan mood sy untuk menghayati filem ni...kesimpulannnya filem ini tidak berjaya melekatkan penonton untuk terus menontonnya kerana
sepanjang berada dlm panggung saya sempat meninjau keadaan penonton(sbb boring sgt) dan saya dapati ada yg tertido,main msg, dan
byk penonton yg kuar msk panggung satu fenomena yg jarang berlaku sepanjang sy menonton filem lain..harap dgn komen ni pihak terbabit dpt
ambik ikhtibar dan buat yg terbaik lg"
ayie 23 September 2004
"bolehlah tahan"
ana 22 September 2004
"Kali terakhir saya menjejaki panggung untuk menonton filem kita ialah pada tahun 1987 (tak silap saya)iaitu filem FENOMENA. Selepas tu tiada
apa jua waima sesiapa pun yang berjaya mempengaruhi dan membawa saya ke panggung sehingga lah saya terbaca didalam akhbar tentang
filem ini yang menggunakan kos hampir RM 20 juta. Pada mulanya saya agak takut dikecewakan dan tanggapan saya jika ini betul-betul berlaku
maka akan berlakulah PEMBAZIRAN lagi didalam dunia hiburan kita. Pada Sabtu lepas 18 Sept 2004, saya sekeluarga telah pergi ke GSC di IOI Mall
Puchong untuk menonton filem ini. Setelah selesai tayangannya saya rasa filem ini berjaya membuat saya dan isteri tergamam, bangga dan
amat terhibur! Ianya berjaya mengubah persepsi atau paradigma tentang sejarah melayu Melaka. Apabila kita menonton, seolah-olah kita menonton
sejarah BARU yang berjaya dilakarkan dengan cantik dan berseni. Tak terlintas didalam kepala apa yang kita pernah baca atau pelajari selama
ini. Seolah tidak sabar untuk menanti rentetan yang berlaku didalam adegan seterusnya. Saya dan isteri tidak segan mengesyorkan filem ini
kepada saudara-mara dan teman2 sepejabat untuk santapan hiburan mereka. Syabas kepada semua yang menjayakan filem ini"
Rizz 21 September 2004
"mana boleh dapat video clip lagu asmaradana.. tq.."
cam tidola 21 September 2004
"syabas PGL : A’kum. Aku ni boleh lah dikategorikan sebagai seorang yang
gila wayang. Aku sanggup habis kan beratus-ratus ringgit, bila sesekali aku beli DVD atau VCD. Kalo kat panggung jangan ckap la, kalo boleh aku
jer nak dulu2 sekali tgk aper2 movie pon. Tapi, skali pon aku tak penah beli DVD atau VCD (kecuali cerita P.Ramli la). Tgk wayang, jauh panggang
dari api la. Pada aku, aku dah bole budget dah, camner jalan cerita filem melayu. Lepas cinta, cinta atau cinta. Ader lak skit hantu, lepas cinta
balik. Kalo pasal remaja pon, mesti cinta balik. Aku betul2 muak ngan fenomena cam ni. Tu yang buatkan aku tak minta langsung filem
melayu, walaupun aku melayu. Aku start layan balik cerita melayu pon lepas Pontinak Harum Sundal Malam. Tu pon beli VCD.
Aku takder berpengetahuan sangat mengenai proses perfileman ni, tapi pada aku kekuatan sesebuah filem tu ialah pada jalan ceritanya. Dari situ
kita dapat dia punya feeling dia, rasa macam kita sebahagian dari filem itu
sendiri. Yang aku nampak kebanyakan filem melayu ni ending dia ‘out of scope’, lari dari apa yg diorang cuba sampaikan. Mungkin faktor skrip
ker, aku tak tau la sebab macam yang aku katakan tadi, aku tak pandai sangat pasal filem ni. Mentatliti aku ni tak pernah berubah sampai la aku
tengok PGL (Puteri Gunung Ledang).
First time aku dengar citer pasal filem ni, aku dah kagum. Biar betul ader filem melayu yang berani buat kos dia sampaiRM20 juta!!! Best sangat
ker. Aku terus tekad nak tgk movie ni kat panggung. Biar la, kalo tak best pon. Sebab aku nak tau camner producer dia berani invest sampai RM20
juta. Aper yang mbuatkan dia berani. So aku pon pegi la panggung masa 31 ogos ari tu. Tayangan pertama lagi kat Penang.
Dan hasilnyer, mengagumkan!! Lima bintang aku bagi, biar la kalo hanya aku jer yang kater cam tu. Memang best, dari jalan cerita dia sampai la
set pengambaraan dia. Memang realitik. Nampak sangat filem ni terhasil dari kajian yang mendalam. Dan kesan khas dia, perghh!! Cuma kurang
skit dekat adengan perlawanan antara Alex Komang ngan M.Nasir. nampak macam filem cina la plak. Tapi takper, not bad for the first try.
aku betul2 puas hati ngan filem ni.
Aku berkerja di syarikat multi-nasional, so banyak la orang asing (Non-Malaysian) yang kerja sekali ngan aku ni. American, Latino, Irish,
Japanese and e.t.c. dan aku rapat la jgk ngan diorang. Semua aku racun suruh gi tgk PGL. Sebab apa, aku bangga ngan hasil anak bangsa
aku, hasil orang Malaysia. Aku terasa cam dah boleh berdiri sama tinggi ngan
diorang. PGL bagi aku ialah gambaran keagungan bangsa melayu, bukan setakat epic sejarah. Dengan filem ni gak kita bole kenalkan
dunia, apa itu Melayu. Siapa itu Melayu. Memang betul la apa yang aku dengar. Filem kita, wajah kita. Filem kitalah yang mampu m’cerminkan wajah
bangsa kita. Sekarang, dunia filem kita tak lagi jauh ketinggalan dengan filem luar. Aku memang betul2 berbangga bila dengar yang filem ni berada
di tangga teratas dalam kutipan tiket mengalahkan filem luar.
Aku tak mau komen panjang2 lagi. Yang aku bole ckap ialah, Syabas PGL, kerana berjaya tarik aku yang selama hidup 25 tahun takpernah tgk filem
melayu di panggung (melainkan tunggu main kat t.v bila raya), pergi ke panggung. Dan yang paling utamanya, Syabas PGL, kerananya aku
bangga jadi MELAYU!!!"
ZZ 20 September 2004
"PLG memang sebuah filem terbaik untuk sinema filem
malaysia. Kesungguhan dalam penghasilan filem ini jelas terbukti melalui elemen-eleman pengimejan dalam filem ini.Bukan setakat dari segi jalan
cerita tetapi pembentukan satu produksi dan pembikinan yang mencakupi elemen-elemen penting dalam filem seperti costume,set lokasi,pelakon
dan sinematografinya tidak boleh dipandang sepi. sesungguhnya kita perlu bangga melihat diera ini, ada filem malaysia yang bercerminkan imej
budaya, biarpun lama tetapi ianya memberi gambaran masyarakat kita dimasa lampau,yang lama kita tidak lihat dan tinggalkan. Dan ini
menjelaskan bahawa filem puteri gunung ledang bukan sekadar filem yang inginkan keuntungan. PLG adalah gambaran budaya melayu yang harus
kita kenang dan dokumenkan untuk genarasi baru. biarpun filem ini lebih menonjolkan ciri indonesia (agak mengecewakan sedikit)tapi kita perlu
ingat , kebanyakan asal usul masyarakat kita adalah dari pada tanah seberang itu. dan kerana itu(saya faham dan terima PLG sebagai filem
yang baik)lagipun dari jalan ceritanya, filem ini bermula dari sana(versi baru bagi cerita PLG itu).tidak mustahil suatu hari nanti filem PLG ini
menjadi satu dokumentasi filem yang dijadikan bahan kajian untuk melihat budaya kita terutama dengan budaya kepercayaan pemikiran terhadap
lagenda puteri itu sendiri serta Hang tuah serta pengkaitannya dengan sejarah kesultanan melayu
melaka. apa yang penting, pemikiran yang
diterap dalam filem ini perlu dihargai. Tahniah kepada penerbit dan semua yang terlibat dalam
PLG. kepada klayak filem.hargai semua filem
malaysia. setiap filem ada nilai seni dan pemikirannya.kepada setiap pengusaha dan
pengarah filem, bikin lah filem yang baik dan bermutu, dan hargai nilai yang diberi oleh khalayak penonton anda"
eviaeffie 18 September 2004
"the most superb and marvelous film this year. syabas inspector sahab!! the dialogues are very touching and memorable. tiara+m.nasir=pgl&h.tuah
yg cocok sekali. rase cam nak tgk skali lagi tapi couldn't find the time...memang film yg berantu...coz after 2 days pun still terbayang2
neway, keep up da good work..PGL=kesah chinta agung yg amat menusuk kalbu.."
gagak_itam 17 September 2004
"Tiara awak dah over make-up"
Linda 17 September 2004
"nak berlakon tu ok..tapi pakain tu tolonglah jager..kiter kan dok dalam negara Islam..Islam Hadhari lagie..takkan tak paham..pepun ceriter nie
memang best..cumer hero dah tua la...tahniah!!"
ieesyaa 17 September 2004
"saya setuju dgn pendapat arefun yg mengatakan ada kesan parut bcg. saya melihat kuku tiara agak panjang dlm lakonan. namun pujian harus
diberikan kpd tiara atas penghasilan filem ini. walau cerita ini tidak menepati seperti apa yang terdapat dalam buku sejarah
melayu, tetapi sedikit sebanyak filem ini telah dpt memancing kaum bukan melayu utk
melihatnya. syabas utk tiara. apa yg lebih saya suka dlm filem ini ialah kebykan watak akan muncul sama ada dr kiri atau kanan layar. itu yg
membezakan PGL dr filem yg lain. tahniah tiara"
yasmira 16 September 2004
"saya tak tengok sgt criter mlayu act, sbb jalan citer smua sama je. kecuali la citer buli arahan afdlin.itu pun sbb afdlin kiut macam boyfren
saya. saya dah tengok pgl sebab boyfren saya dapat tiket free. wow...tak la perfect tapi kalau nak di compare ngan citer mlayu lain, seikhlas
sanubari saya nobat kan pgl lah yang terbaik. walaupun saya bukan berbangsa
mlayu, tapi kalu di bayangkan orang putih tengok m.nasir pakai tengkolok, hensem...saya tumpang
bangga. smoga citer ni dapat
membuka minda dan memperluaskan creativity pengarah lain. sbenarnye, pengarah m'sia mmg creative, itu pun kalu finas tak sebok memotong
aje...lastly, tahniah warga PGL especialy raja muda yg kiut memikat sukma..."
carol 16 September 2004
"Filem ini menarik dan harus dicontahi oleh mana2 filem lain dik malaysia. Filem seperti ini harus dperbanyakan kerana ia menampilkan latar
belakang jati melayu masa dulu.Tapi kalau boleh cuba belajar lebih jauh lagi untuk membina dan membuat hasil seni filem yang lebih menarik yang
akn dibanggakan oleh MALAYSIA"
Azlan bin Rumadi 16 September 2004
"sudah lama saya menunggu filem epik melayu yang berkualiti sebegini.PGL memang filem yg menarik dan harus ditontoni oleh rakyat
malaysia amnyer dan pecinta sejarah khususnyer. Tidak sabar rasanyer utk memiliki salinan DVD filem ini begitu juga "soundtrack" sebenar(bukan
lagu2 yg sudah pun saya miliki) filem ini yg menarik terutamatanyer irama tembang dan gamelan. akhirkata syabas kepada semua warga kerja PGL
kerana telah bertungkus lumus merialitikan sesuatu yg terbaik untuk ditontoni"
hariez 16 September 2004
"Semasa saya menulis ulsan filem ini, saya sudah pun melihat video conference Krew Pgl di venice.Ternyata hasilnya tidak sia-sia.Walaupun
para wartawan disana tidak mengenali pelakon serta krew kita,tetapi sambutannya amat baik dan mengkagumkan.Saya sudah menonton filem
ini,dan ternyata ia berbaloi untuk ditonton dan saya berbangga kerana Malaysia akhirnya dapat menghasilkan filem yang betul2 berkualiti.Dan
apa yang saya perhatikan semasa tayangan berlangsung,kesemua kaum yang ada di Malaysia menontonnya.Tidak pernah saya lihat kaum bukan
melayu mnonton filem melayu di pawagam.Saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan(Wah...macam saya pulak yang berlkon di dalam
filem ini).Okay....apa yang saya dapat ulas mengenai filem ini adalah,ia merupakan epik cinta yang amat menyayat hati.Saya mengalirkan air mta
di penghujung filem ini dek kerana tangisan Tiara di balik rimbunan pokok kerana menunggu Tuah yang tidak kunjung tiba.Saya ada membaca
ulasan yang dibuat oleh saudara Mahass dari blogspoynya,Spiral.Saya tidak faham mengapa beliau mengatakan cinta yang ditonjolkkan dalam
filem ini seakan tidak menjadi kerana bagi beliau cinta antara Devdas dan Paro dalam filem Devdas lebih menjadi.Bagi saya percintaan antara Gusti
dan tuah lebih dirasai. Kenapa?. Kerana percintaan mereka adalah percintaan dalaman atau batin.Ia dilakukan melalui bahasa badan dan
ekspresi muka.Ada satu babak dimana apabila Gusti tiba ditanah melaka dan menggenggam pasir dan ketika itulah Tuah dapat merasakan Gusti
telah berada dekat dengannya.Tidakkah ia satu simbolik yang unik? Bagi saya tema Cerita Cinta Agong memang tepat kerana cinta antara mereka
memang kuat dan tidak ditunjuk secara zahir. Disini, cerita ini cuba menguji minda penonton.Antara dialog yang saya ingat ialah dialog yang
diungkapkan oleh Adipati selepas bertarung dengan Tuah.'Kamu bertarung kerana melindungi dirimu,tapi aku bertarung kerana mempertahankan
rakyat dan negeriku'.Pertama kali mendengar dialog itu bulu roma saya terus beremang.Babak lain yang saya ingat dan saya suka adalah babak
Gusti bertemu dengan Sultan dan juga babak sebelum Sutlan hampir membunuh anaknya.Dengan filem ini juga hati saya terus terpikat untuk
mempelajari satera klasik kerana bahasanya sungguh lembut dan indah serta berlapik.Dialog yang paling saya suka ialah semasa Sultan
bertanyakan kepada bendahara dan Sang setia mengenai perbezaaan manik dan permata.Aduh!!sungguh dalam
maksudnya. Sinematografi, Casting, Skrip memang best.Saya tabik kepada Mamat Khalid kerana disebalik jenakanya,sungguh tinggi sastera dan
bahasanya.Two thumbs up!!!to you Mamat Khalid.Felim ini mengangkat industri perfileman di Malaysia"
nina 15 September 2004
"Saya belum menonton PGL tetapi saya difahamkan watak Raja Demak dilakonkan oleh Azmil Mustapha. Perhaps he is most remembered as the
actor in the movies, Ali Setan and Mekanik, back in the 80s. Kenapa gambar dan namanya tidak dimasukkan dalam promosi PGL sedangkan
watak Raja Demak watak yg penting dan beliau sendiri pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik utk. Festival Filem M'sia 1986?"
Khalilah 15 September 2004
"Brilliant! Better than Braveheart or Gladiator. What I like most is music score. Tahniah. Proud to be Malaysian"
Moas 15 September 2004
"best giler.Semua bawak watak dengan berjaya especially tiara.tgk sekali takkan puas.mesti tengok berulang kali.filem melayu paling mantap"
ezie 14 September 2004
"saya bukan peminat filem melayu..tapi PGL telah berjaya menarik saya ke
panggung! syabas! pulang dari panggung, saya masih di "hantui" dgn watak gusti retno dumilah.. lantas saya membongkarnya pula melalui
internet ini (dan saya ketemu dgn web ini) syabas! ia sgt menyentuh perasaan..dan saya bisa menangis sejak awal2 lagi hingga ke akhir
filem.. ia sebuah karya yg baik.. sebuah epik yg patut ditonton semua.. tahniah
pada semua krew yg terlibat..anda telah buat yg terbaik.. kepada m-nasir..anda adalah hero sejati.. Tira- anda layak menjadi seorg
puteri.. anda cantik sekali.. saya akan ulang tonton filem ini lagi.. saya tidak akan
jemu menontonnya.. syabas!!"
nora bt mohd ismail 14 September 2004
"PGL-Best tapi... : Disebabkan kesibukan, saya baru dapat menonton
cerita PGL semalam...bagi saya, keseluruhan cerita dan cara menyampaiannye memang menarik. Sebagai seorang dari generasi
muda, kini saya dapat gambaran yang lebih jelas tentang sejarah kesultanan melayu dan juga kerajaan jawa majapahit.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa babak kecil yang agak mengelirukan saya dan menyeduhkan saya sebagai seorang penonton
muda. Diantaranya:
- Saya hairan bagaimana Tun Teja boleh mendaki Gunung Ledang dan bertemu dengan Gusti Putri dalam masa semalam sahaja? Adakah
peristiwa pertemuan itu berlaku di dalam mimpi atau Tun Teja juga mempunyai kuasa ajaib untuk terus berada di puncak Gunung
Ledang? Tetapi kalau tidak silap saya, dalam filem PGL, Tun Teja telah dijunjung
oleh pengiringnya ke puncak Gunung Ledang! Sebaliknya, rombongan meminang yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah terpaksa mengambil
masa beberapa hari untuk sampai ke kemuncak Gunung Ledang!!!!
- Saya berasa sedikit sedih dan berharap, kalau lah kawasan halaman istana itu dapat dihiasi dengan taman-taman indah yang dipenuhi oleh
bunga-bungaan dan tumbuhan hijau, tentu ia kan akan menjadi lebih menarik. Seperti yg selalu digambarkan di dalam buku2 cerita & juga
cerita2 lama yg ditayangkan di TV, apabila disebut saja istana raja maka tergambarlah tempat penginapan raja yg sungguh indah dan cantik
sekali...walaupun dalam PGL istana itu direka indah tetapi ia kan menjadi lebih indah jika ditambah lagi dengan keindahan taman & kehijauan
tumbuhan.
- Begitu juga halnya dengan keadaan di dalam balairong tempat di mana sultan dan pembesar-pembesar negeri bertemu. Ianya kelihatan agak
gelap dan ala-ala kosong saja sedangkan sultan melaka digambarkan sebagai seorang raja yg kaya raya dan berdaulat. Kalau kita tengok di TV
cerita2 berkaitan istana arahan tahun 50an, pembesar2 negeri pun ada tempat dulu yg cantik dan selesa jugak.
Walaubagaimanapun, tahniah kepada Hang Tuah moden (M.Nasir) kerana dapat membawa watak Hang Tuah dengan baik sekali...maka terbuktilah
M Nasir mempunyai ketokohan untuk menjadi seorang Lelaki Melayu Terakhir...
Maaf seandainya cara menulisan saya ini teruk...memang saya tidak begitu pandai mengarang atau menulis tetapi saya berharap agar
message yg hendak saya sampaikan dapat difahami.."
feraDean 13 September 2004
"Syabas, filem ini memang yang terbaik dalam era zaman modern
ini. cuma saya kurang puas hati dengan pemilihan M. Nasir memegang watak Hang
Tuah. sebabnya ialah m. nasir memang bukan pelakon yang hebat. dan tambah pula hang tuah sepatutnya lebih tua
perwatakannya. kalaulah jalalludin hassan atau eman manan sebagai hang tuah, saya rasa
tak tahu macam mana nak komen tentang kehebatan filem ini sebab pemegang watak adalah dikalangan pelakon yang hebat. Tiara dan
lain-lain pemegang watak utama memang hebat. Lain lain perkara tak perlu komen lagi. pengarahan memang ada kelas. saya harap filem ini
sebagai benchmark kepada filem malaysia, khasnya filem melayu. sekian, harap-harap pengarah bangsa melayu jangan kecil hati. ambil ini sebagai
cabaran, jangan harap kerajaan bantu aja. kerajaan bantu pun filem JW birch belum selesai. apa nak jadi? tukar mentaliti kerana Tuan pengarah
PGL dah tunjuk jalan dan standard baru yang perlu cabar. Congratulation to all yang terlibat dengan filem PGL"
ramli 13 September 2004
"Saya telah menonton filem ini ..ia sangat best. Cerita ini juga membuatkan saya untuk membaca kembali sejarah melayu
melaka. Tahniah sekali lagi"
Rusinah Soligi 12 September 2004
"bagi saya, cerita pgl memang best....jalan cerita ok, pakian yang digunakan dalan cerita ini pun ok...malah pemilihan lokasi memang padan
dengan cerita ini...syabas saya ucapkan buat tiara. baru kali nie saya tengok cerita melayu yang memang melayu"
baizura 12 September 2004
"Saya jarang menonton filem2 melayu. Sekiranya saya menonton, saya pastikan cerita itu dibuat dgn bagus, script yg baik dan jln cerita yg
teliti.Ada teman2 mengatakan cerita PGL ini lembab dan mengantukkan. Ada yg mengatakan ianya superb. Kerana curious, saya pergi menonton
sendiri cerita PGL dan ternyata ianya memuaskan. Scriptnya...baik dan teliti. Walaupun adengan cinta Tuah dan Puteri tidak sehebat cerita cinta
dlm watak Hindustan, namun M.Nasir dan Tiara telah menghidupkan cerita cinta ini. Pertarungan memang tidak banyak jika ingin dibandingkan dgn
film Hang Tuah, lakonan Tan Sri P.Ramlee. Kerana ini berkisarkan Puteri Gunung Ledang dan bukan Hang Tuah saja. Special effectnya juga
baik, esp adengan pertarungan Tuah dan Putera Majapahit. Memang sukar diterima oleh sesetengah orang bila pertarungan itu ada terbang2 macam
Matrix, tapi saya tetap puji dan percaya, orang2 seperti Tuah, ada kekebalannya dan 'power' tersendiri. Bukankah Tuah pernah
bertapa? Walaupun ada yg komen tidak logik, mengantukkan, boring dan sebagainya, tetapi bagi saya ianya suatu kelainan. Saya berharap cerita2
sebegini akan diperbanyakkan dan jgn lupa utk meng-improve-kan lagi watak2 yg tertinggal dan kuatkan jln cerita. Untuk siapa yg inginkan
cerita cinta ala Hindustan, nonton saja cerita Hindustan. Tapi jika ingin menonton cerita "Puteri Gunung Ledang" yg selama ini menjadi tanda
tanya akan cerita cintanya? nahhhh...tontonlah PGL. Syabas....utk semua kakitangan yg menjayakan PGL. M.Nasir, Tiara, Rahim
Razali, Alex dan Christine Hakim (walaupun wataknya hanya sekejap) andalah orang
yg telah menghidupkan dan memberi keberkesanan pd cerita ini. Syabas...!!!"
Pearl ZK 12 September 2004
"Overall, I find PGL is an excellent showcase of talents despite the slow pace. Well done ...you have done Malaysia proud! As for Tiara J and Dato
Rahim Razali, always be your fan"
Yati 12 September 2004
"Puteri Gunung ledang is the best film in malaysia!!!! lagi-lagi bila kak Tiara kite tu berlakon, lawa gila!!!!....lagu asmaradana tu pun best
jugak!!!!...Saya dah 7 kali berturut-turut tengok cite tu kerana peminat kak Tiara..Sampai dalam mimpi pun saya mimpi kan
Tiara!!!waaaaaa, apasal ngan aku ni.....Tapi tak pelah, cite tu memang best!!!Taniah!!!!!!"
LL_ROCKS 12 September 2004
"PGL TIDAK SEHEBAT MANA !!! : Assalammualikum... dan Salam
Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada produksi PGL yang telah berjaya menerbitkan sebuah filem efik melayu yang
bermutu. Walau bagaimanapun setelah menonton filem tersebut, saya dapati beberapa kelemahan yang agak ketara yang perlu diperbaiki seperti
berikut:
a. Sekali imbas kedudukan istana Sultan Melaka dalam peringkat awal cerita dikelilingi oleh Ladang Kelapa Sawit. Semasa zaman Kesultanan
Melaka dulu ada pokok Kelapa Sawit ke?
b. Pada permulaan cerita pertarungan di antara Hang Tuah dan 4 orang penjahat. Senario ini saya rasa diwujudkan untuk menunjukkan
ketangkasan dan betapa handalnya Hang Tuah. Tetapi lawan beliau tidak sesuai, kerana dari segi logiknya takkan 4 orang gangster
kampong/lanon yang mengenali Hang Tuah Sebagai Datok Laksamana berani bertarung dengan beliau, Apa Standard? Lainlah kalau salah seorang itu adalah
bekas panglima, ketua lanon yang mempunyai ilmu yang tinggi dan sebagainya.
c. Pelakon Popular Dian Sastrowardoyo. Penampilan beliau yang tidak sampai 2 minit sebagai anak kepada peniaga yang sedang diganggu
penjahat/lanon adalah suatu pembaziran dan sesiapa sahaja boleh melakonkan watak
tersebut.
d. Begitu juga dengan lakonan Sofia Jane sebagai Tun Teja, yang hanya mengucapkan beberapa patah perkataan sahaja.
e. Suasana di istana majapahit tidak melambangkan kebesaran raja tersebut. Semua kita sedia maklum bahawa Kerajaan Majapahit
merupakan kerajaan yang berkuasa dan disegani di zaman Kesultanan Melaka.
f. Begitu juga sewaktu beliau datang ke Melaka. Adalah tidak logik Raja Majapahit datang ke Melaka dengan 2 orang pengikut sahaja. Sekiranya
plot cerita dimulakan dengan Raja Majapahit masuk ke Balairong Seri, adalah ok beliau masuk seorang atau dengan 2 orang pengikutnya. Tetapi
plot cerita tersebut bemula dari luar pintu pagar Istana Melaka.
g. Pemilihan pelakon dan watak Sultan Melaka adalah memalukan dan tidak menunjukkan kewibawaaan Kesultanan Melaka dan memalukan
Raja-Raja Melayu.
h. Peranan Kesultanan Demak yang ditunjukkan sebagai Kerajaan Islam yang dianggap suka menceroboh dan menyerang negara lain boleh
menimbulkan pandangan negatif masyarakat Malaysia dan Dunia berkaitan keburukan agama islam. Mengapa mesti ditunjukkan orang-orang Demak
sebagi orang islam yang memakai baju putih dan berserban????
i. Keadaan didalam Istana Melaka juga tidak begitu memberangsangkan bagi mereka yang biasa melihat cerita lama di zaman P. Ramle.
j. Kebanyakan plot cerita adalah di dalam Istana dan yang saya rasa boleh menggunakan peralatan studio sebagaimana Studio Jalan
Ampas. Sebahagiannya adalah di hutan dan Air terjun Gunung Ledang. Tak perlu 20 Juta !!!! Begitu juga apa perlunya Tiara Jac berada di Istana solo
selama sebulan, sedangkan peranan yang dimainkan beliau tidak memerlukan banyak kepakaran, tarian juga hanya simple
sahaja.
Itulah sahaja komen-komen saya yang sekiranya diperbaiki boleh mejadikan PGL sebuah filem yang lebih baik dan menjadi kebangaan rakrat
Malaysia"
Mohd Sam Mohd Yusof 11 September 2004
"cerita nye menarik sesuai dng
gayanye. cerita nye amat seronok tak
terhingga rasa x bosan menontonnye"
elni unira bte on 11 September 2004
"cerita dia best tapi banyak yang dikomen dari segi pelakonnyer...... 1st...kata cerita melayu tapi kenapa pelakon dia bukan
dari org melayu sejati malaysia...tiara tu bukan melayu...m.nasir lak
singaporian...mana ciri-2 melayu nyer...pastu lak cite pgl sepatutnya tak la mengarut sampai mcm tu....kenapa tiara asyik pakai baju kemban
jer...org melayu mmg mcm tu ker???? pgl mmg wujud ker??? citer tu memang ridiculous"
rosyamira 11 September 2004
"aku suka filem nie, khasnya sebab ditonton dengan tunang yg tercinta jadi bila setiap scene tuah-gusti putri aku terbayangkan yg semua tu
diluahkan antara aku dan si dia...jadi impaknya,aku rasa aku yg beria-ia menangis bila pengorbanan cinta yg indah itu tak kesampaian ke
maksudnya, tunang aku pun heran apsal aku sibuk sangat seluk beg cari tisu!
jadinya 70% kesungguhan dan pemahaman aku terhadap filem itu
sangat2 dibantu dengan kehadiran dia di sisi - walaupun dia asyik tersengguk
lena! 30% yg selebihnya,kerana aku teruja untuk menonton m
nasir sebagai hang tuah,dan kudos,dia berjaya.aku xdapat membayangkan siapa lagi yg sesuai sebagai tuah,rosyam nampak
moden,azri iskandar terlebih kacak (pada aku laa),ntahlah tapi aku rasa m nasir cukup melayu sebagai hang tuah,rautnya sederhana tapi renungan
matanya tersirat. keseluruhannya,filem yg hebat,kerana aku melihat dari kesungguhan sebuah filem malaysia yg dihasilkan untuk menjadi setanding
dengan filem2 luar yg selalu kita agung2kan.tidak dinafikan,jalan ceritanya terasa lambat untuk tiba ke penghujung dan benar2 menuntut
kesabaran,menilai niat sebenar kita datang menonton (kerana teruja dengan
promosi? untuk mengisi masa lapang atau kerana pelakon2nya?), aku bosan dengan deringan dan cahaya telefon di dalam panggung,dan org yg bercakap di telefon tanpa hirau yg etika menonton
itu perlukan sunyi untuk konsentrasi,apa lagi untuk filem seperti ini!
juga,kesal dengan segelintir yg lebih bercakap dari mendengar,tidak
menghargai detik diam dalam perjalanan filem sebagai waktu untuk memahami riak dan ekspresi wajah yg dipamerkan,paling kecewa bila ada
penonton yg keluar panggung di tengah cerita!mereka yg enggan menerima atau filem yg gagal mengikat mereka di kerusi,aku kurang
periksa... tapi,aku berniat ingin menonton sekali lagi,tanpa kehadiran tunang di
sisi, mungkin memastikan tahap pemahaman dan konsentrasi
(yg sebelum ini dikatakan hasil bantuan kewujudannya),serta ternanti2 album runut bunyinya,pertama kerana aku memang pengumpul setia album sifu
m nasir,dan kedua kerana aku xberkesempatan mendengar bagai sakti di akhir cerita (kerana tunangku sudah xsanggup duduk di kerusinya,aku
faham dia xsejiwa denganku di beberapa segi,takpe...) sebaik tamat tulisanku ini,aku akan tempah tiket untuk menonton isnin
depan,Insyaallah..."
firmo 11 September 2004
"shabas, filem melayu yang terbaik"
bucho 9 September 2004
"filem malaysia yang paling BEST!!! bagi saya tahniah!!!"
anas 9 September 2004
"Filem melayu epik yang telah berjaya menarik minat ramai orang.. boleh dikatakan satu percubaan yang baik untuk memulakan era baru filem
melayu.. walaupun ada sence yang nampak canggung.. tapi ia tetap menarik pada saya.. Silat melayu juga tidak seperi cerita-cerita melayu
lain.. nampak langkah yang betul sewaktu Tuah melawan lanun sewaktu di kota.. Tahniah.. tahniah.."
nazwa 9 September 2004
"i dah see pgl...so its very interesting film cos it diffrents n i expect the film wil be take malaysia a new face...i give 5 star for this film"
dayang 8 September 2004
"harap2 filem ini akan menjadi suntikan kepada para pengarah filem di negara kita untuk membangaunkan lagi ind.filem negara"
azan 8 September 2004
"lerrr..i ingat iklan,rupanya filem"
Zachary 8 September 2004
"In some aspects, PGL is better than King Arthur. Hmm...LOTR....Pirates of the Carribean? Braveheart?...Working towards that... (maybe u don't
agree with me. but as a malaysian, and as a person who observe, that is what i found) All these while, we always have to say that hollywood
movie is great even if sometimes it does not..We were afraid and ashame to talk about our local movie.....The easiest way is to CONDEMN and
KUTUK our local movie habis2an....Itulah pengajaran yg kita dapat drp Sejarah dulu & present day about our orang Malaysia dan
Melayu....Let's hope more local movies will arise and shine brightly..... hehe...that's
something to ponder...."
Johnny Depp 8 September 2004
"hmmm...PGL boleh producekan DVD pastu hantar kat Australia tak?..kesian la yg kat luar negara nie..nak gak tengok...review punya la
best..dah bosan tengok cerita bahasa inggeris nih..huhuhuhuhu"
student 8 September 2004
"assalamualaikum. saya baru berpeluang menonton PGL. Beberapa minggu
sebelum tu kami dah mula tertunggu2 kerana promosi yang hebat dan kisah PGL itu sendiri. Yang mysterious tetapi
menarik. Saya, sebagai peminat filem2 luar, semenjak Abang 92 (last malay movie I watch
last millenium) tidak kisah beratur kali ni, untuk beli tiket ke filem tu. Tarikannya hebat. Pelakonnya hebat2. The Making Of.... filem ini yang
saya baca di mediacetak, membuat saya teruja.
Pada saya, filem ini 'memang boleh dibanggakan' (ayat popular org yg beri komen).
Tapi jika dilihat dari sudut 'hal-hal kecil' yang saya kira memberi kesan pada filem
ini, ada beberapa perkara saya kena highlight di sini:
1. Pelakon:
Tiara melakonkan watak ini dgn baik dari segi perasaan, emosi dan mood. Tapi, sebagai Puteri Majapahit, ada kekurangan pada Tiara. Mungkin
lenggoknya tak cukup lembut, dialek Indonesia yang ditutrkan tak meyakinkan.( I though she's been going back n forth to Indonesia to get
into character), mungkin watak ini memerlukan sesuatu dari dalam diri pelakonnya. Mungkin Tiara tiada 'sesuatu' tu. Sebagai pelakon, dia
bagus. Dia fokus. Tapi this time, as Puteri Majapahit, Maya Karin would have given a better impact. Atau Sofea(kalau dia tak pregnant masa shooting
dulu). Not Erra ya..
M. Nasir.sebagai Tuah. M. Nasir is M.Nasir. He is too big, that he plays any character pun, dia tetap M.
Nasir. Khir Rahman, Alex Komang dan Sofea lebih menyerlah dgn watak mereka. Tapi rata-rata, semua pelakon
memberi impact yang besar pada filem ini.
2. Ceritanya...
Kisah Cinta Agung yang diwar warkan tu, tak dapat dirasai oleh penonton. Macam yang di 'highlight' dek ramai penggiat seni lain.
Storyline tak cukup kuat. Saya lebih merasakan semangat Majapahit Gusti Adipati. Saya lebih merasakan kesedihan dan
kekecewaan Tun Teja. Saya lebih merasakan kehampaan Bayan. Tiara dan Nasir seolah2 tak da
'Chemistry'. Entah kenapa.... sebagai 'layman' dalam moviemaking, saya takda preference dgn siapa Nasir atau Tiara patut
digandingkan. Cuma, 'Feel' kisah cinta ini, tak sehebat 'Angeli dan Rahul' atau 'Jack dan Rose'
atau ' Rangga dan Cinta' dsb yang pernah kita lihat dan 'rasa'. So.....Mamat
Khalid? Nasir? Tiara?
3. Di sana sini cerita agak meleret. Tapi masih boleh diseimbangkan dengan keindahan sinematografi (more room for improvement actually),
kesyahduan muziknya, kostum melayu-majapahit yang menawan dan set yang menyakinkan.
Saya bangga dengan usaha membina set Istana Melaka yang nampak indah dalam filem ini. Kalau budgetnya lebih lagi, saya pasti, nilai senibina
Melayu Istana ini, dan struktur lain, boleh dipertingkatkan lagi di sini.
4. Babak pertarungan antara Adipati dan HangTuah juga memberansangkan. Mungkin ada pengaruh filem HongKong, dan langkah
silat yang agak 'fusion', tapi, keseluruhannya, conceptual, catchy dan
bersemangat.
Pandangan saya cenderung ke sudut 'dari mata sorang layman'. Tapi, kalau dikira, layman lah yg ramai menonton. Kalau nak dikupas satu demi
satu, secara terperinci, saya mungkin hanya boleh 'elaborate' bahagian Production Design dan sedikit tentang kostum. Tapi dua aspek
ini, saya kira, dah boleh membanggakan Malaysia, dan masyarakat Melayu khasnya. Memandangkan, tumpuan banyak diberikan kepada kehalusan
kain Melayu tradisional, seperti Kain Lima, Songket, etc . aksesori indah yang dipengaruhi elemen melayu dan jawa kuno
dsb. Mungkin pakaian Tun Teja agak 'simple' sebagai seorang Permaisuri, (saya kira aksesori dia
patut lebih 'elaborate') tetapi setiap selendang dan baju yang dikenakan, amat cantik dan
halus.
Begitu juga Production design (set dan props). Setiap binaan jelas konsepnya. Simple, dan elegan. Saya tak pasti samada langsir putih
seperti yang diguna di Balairongseri Majapahit memang elemen sebenar senibina mereka. Tapi 'it works well for the movie'. Alunan kain yang
jarang dan putih, boleh melambangkan macam2 maksud. Cuma saya rasa, di Majapahit set designer sepatutnya mengutarakan lebih banyak
ukiran pada batu dan kayu, pada binaan dan elemen sekelilingya. Kerana, traditionally, Indonesia, ukir mengukir adalah sebahagian dari
mereka. Senibina begini adalah identity mereka. In a movie, you dont need a real
'batu'.
Walau bagaimanapun, saya keluar dari panggung malam tu, dalam keadaan khayal dan terawang-awang. Mungkin masih mabuk dgn
muziknya, atau sinematografinya, atau kehebatan filem kita untuk kesekian
kalinya. Saya harap my comments will make a bit of difference, someday. Dan semoga industri filem kita tak menoleh kebelakang
lagi. Syabas untuk Puteri Gunung Ledang"
intan 7 September 2004
"Sudah tiba masanya filem kita maju kedepan,maksudnya menghasilkan
cerita yang menarik dengan memasukkan elemen2 sejarah kita kepada filem dunia
luar. Kos yang tinggi bukan menjadi ukuran sesebuah filem, tetapi komitmen semua pelakon PGL & krew menjadi filem ini antara filem yang terbaik pernah saya tontoni.Walaupun banyak kritikan
mengatakan skrip agak lemah,bagi saya skripnya bersesuaian dgn cerita.Filem ini mengajak penonton merasai erti sesuatu pergorbanan di
anatara cinta dan kesetiaaan. Ending amat menyedihkan.....sangat. Harapan saya untuk masa
hadapan, karyawan kita dapat meghasilkan filem yang sama standard dgn filem luar
negara.Syabas saya ucapkan kpd PGL"
SITI MAIZITA ISAM 7 September 2004
"saya begitu tertarik apabila mendengar lagu asmaradana pada mulanya saya hanya mendengar diradio saje tapi lama kelamaan saya rasa ia
begitu hebat diiringi pula dengan tari tiara sendiri walaupun pelako-pelakonnya orang lama tapi kekuatannya ada kelas tersendiri saya
anggarkan jumlah penonton hanya sekitar 2.8saje"
iskandar bin ridzwan 7 September 2004
"hai.. i am one of the malay movie fan and i'm always looking forward to
watch good malay movie. Actually i know about pgl is almost two years ago and kinda excited to wait
for the movie especially when i knew one of the cast is m.nasir. I already watch the 15 million movie but to bad its
not up to my expectation.I am sorry to say this but its from my opinion i love the movie
and the story line which we cannot change..good effort.. but i still can see some of the technical problem like..
1) majapahit palace..the wall is too modern..can see the orange bricks.. and the props inside also too simple..not matching the kegemilangan of
majapahit..
2) During the fight of komang and hang tuah..can see that hang tuah was holding the keris but at the same time there is keris kat pinggang
die..
3) when hang tuah frustrated for not carry his job..die lari dekat one kawasan mcm berlumpur his capal tercabut but then when he lay down
can see that he is wearing his capal.
i am so disapointed for i can see that some of the things are not done in
detail. somemore, i cannot see the chemistry between hang tuah and tiara..maybe i'm not in love rite now to feel the chemistry but tendang
bunga during the dance somehow i just cannot see that both of trhem are in
love..sayangnye..
but overall its a good attempt but maybe in the future maybe can get help with erma fatima for i can see that she's quite detail esp in embun
and have passion for malays character and attitude..die ade semangat melayu..
pliz do more this kind of movie which is a good for our generation where we lack of this kind of movie..but i do enjoy the movie apart from all the
technical problem..but i guess peneraju utama that menunjukkan this is filem puteri gunung ledang is dato rahim razali..really a good actor..thank
you.."
concern of malay movies.. (Warisan - General E-Mail) 7 September 2004
"this crictic is genuine and deeply from my heart. i hope theres no heart
feeling...suntingan semangat bagi tiara. konsep pgl sama dengan konsep cerita-cerita di thailand,barat...yg seadanya.ia berkualiti tinggi dari segi
penggambaran, showmanship, grafik, view and very lively.Cuma tidak seramai mana pelakon untuk penduduk dan
peperangan.So, gimiknya kurang sikit. tapi sayang seribu kali sayang, isi dan jalan ceritanya tidak
memuaskan langsung.3 hours adalah terlalu bosan.kecewa saya ,kerana tak detail dlm perjalanan cerita.cerita nie hanya utk sekali tontonan
sahaja,,tarikan sebenarnya kurang.Lebh elok filem yang kos dan bikinnya sederhana tapi isinya padat. i beleive in u tiara,coz u excellent actress
and wise,tapi tak sangka u sama ngan org lain...spend big money for nothing.don waste your time again.just buat ikut kemampuan u shj.if u
still want to go further,insist to do it again...dont make the same mistake.i give u tips....just be humble,kaji asal-usul diri sendiri,jgn terlalul
puas dgn apa yg ada,back to basic..(human real Life)..kaji dan tilik secara detail setiap jln cerita yg nak di buat, then u can make a quality
filem.Simple and efektif.all that tips ada kat semua pembikin filem hollywood yg berkualiti.u kajilah cerita 'lord of the ring' and
'nang nak' from thailand and also 'sembilu' from yusof haslam.this kind of filem,semua iq
leh faham and enjoy...intelek,average and blur.hiburan adalah untuk semua.seriously,tak ada yg inteleknya dalam cerita puteri gunung
ledang,,,hanya sekadar kecantikkan sahaja..thanks"
hazrina omar 7 September 2004
"Assalamuailaikum wr wb. Peminat-peminat filem Melayu sudah lama
menantikan sebuah filem saperti filem PGL. Saya dan keluarga rasa amat seronok menonton Filem ini. Anak saya yang tidak pernah mahu menonton
filem Melayu pun enjoy filem PGL. Semuanya bagus - jalan cerita, Pemandangan yang indah-indah di hampir seluroh Malaysia,
pelakon-pelakon yang handal-handal. Cuma pada pendapat saya babak pertarungan antara Hang Tuah dan Gusti Adipati seakan-akan cerita
Crouching tiger Hidden dragon. Pada pendapat saya babak pertarungan ini lebih seronok dan realistic tanpa babak-babak terbang and stick to
Our normal Malay silat. But ini hanyalah pendapat saya sekeluarga. Otherwise, we all enjoyed the movie very much.
Syabas Tiara and crew!!!!"
Min Shariff, Singapore 6 September 2004
"MARAH! GERAM! SAKIT HATI! PANAS! itu la yg dpt aku simpulkan slps
menonton PGL 3x dlm sminggu ni. MARAH aku pd tokei2 wayang yg hanya buka 1 'house' (kat JB ni) utk PGL, sedangkn yg menunggu beratur d
kaunter tiket bleh di sumbat dlm 5 'House'. Hari pertama aku nak bli tiket, aku tepon nak buat tempahan, diorg kata dah Full House, so aku p sindri
ke kaunter dan memang sah full! Aku pon tanya la tiket crite omputih AVP, kosong nak mampoooos! kan ke bagus kalau tokei wayang tu tutup
house AVP, bg laluan pd PGL! GERAM plak rasanye, bila hari aku dpt tengok plak, time2 nak ending, bleh lak pekerja wayang ni bukak pintu
kluar seluas2 semesta, pastu di skrin wayang, dipaparkan arahan keluar panggung, sampaikan kredit PGL pon dimatikn. (Berdasarkan kisah benar
Penulis). SAKIT HATI lak, bila aku menonton filem ni, ada di kalangan penonton yang bawak anak2 kecil, sehingga menggangu konsentrasi aku
utk menghayati filem ni! Budak2 tu berlari la, menangis la, bergelak ketawa bergurau senda la! Ish, kalau anak aku la, dah lama aku suruh
diorang tengok crite Kartun yg memang sudah lumrah, mereka bleh hayati! PANAS telinga aku bila terdengar suara2 sumbang d dlm
panggung, yg merengek crite ni terlalu panjang la ( 2 1/2 jam) sedangkan mereka bleh mengAGONGkn crite LOTR yng kalau di cantum ketiga2
sirinya memakan masa 9 jam tak termasuk Director's cut nye! Pada aku, kalau aku menonton filem melayu stereotype, 1 1/2 aku dah terasa lama
pasal pengisiannya kosong! Tp tidak pada PGL, naratifnya cukup utk mengajak penonton bersama2 khayal ke Zaman Kesultanan melayu
Melaka. Ada plak penonton kita ni, Stiap kali ada pelakon yang dia kenal, di copnya dlm pikiran diorg,"Oh, itu MAT BANGLA" "HAR! HAR! HAR! tu Ali
SETAN!" "CHEH! 'KAU ILHAMKU' pon ada?!" Bagaimana kita nak menghayati filem ni, kalu stiap pelaokn sudah di labelkan?! Sepatut nya
kita bayangkn yg kita ni orang asing yg baru nak menonton filem malaysia. baru dpt feel dia. (sama la mcm kita tengok filem epik hong
kong atau hollywood, tak pula kita melabelkan pelakonnya) Kenapa perlu kita ketawa bila Ali setan berlakon watak lain! Bebaskan minda kita! Ada
golongan penonton ni, dia cari kesalahan dlm filem PGL ni. Memang tak salah, tapi jgnlah disebut selantang2nya di dalam panggung. Org lain
prasan juga kesilapan ni. * WARNING! SPOILER AHEAD! * Kesan BCG la, Keris Taming sari tenggelam tetiba ada balik pd Bendehara la, Dan mcm2
lagi la. Tp, kalu kita tonton filem omputih pon ada gak salah cam gini. Diorang panggil 'Movie Mistake'. Korg bleh 'Google' search bende ni kat
internet. Tak payah la di perbesarkan! Tapi, macam mana tak puas hati aku ketika menonton filem ni, aku tetap tak menyesal, pasal aku ada
berminggu2 lagi utk aku menonton filem ni, lagi, dan lagi, dan lagi sehingga aku betol2 puas! Akhir kata, aku ucapkn tahniah pada tenaga
kerja PGL. Kalau la diorg buat Trilogy, Part 1 : Sejarah Hang Tuah 5 bersaudara, Part 2 : Hang Tuah dan Tun Teja dan Part 3: Hang Tuah dgn
Puteri Gunung Ledang! Musti best, dan modalnya lak musti beratus2 JUTA!! Hi! Hi! Hi!!.... Alng2 nak pi Hollywood!"
apai 6 September 2004
"Cerita amat menarik. Dialog amat teliti.. dan amat menarik hati saya. Terasa diri berada di abad yang silam. Tak rasa rugi duduk 2 jam dalam
panggung wayang. Sistem bunyi pun bagus. Filem ini amat menyentuh perasaan dengan dailog yang amat teliti tahniah untuk Tiara dan
M.nasir. Harap Akan timbuk satu lagi filem lama sebegini bagus"
Mokhtar 6 September 2004
"keseluruhan cerita in baik dan boleh di ketengahkan di peringkat antarabangsa. sememangnya saya menunggu sepanjang hidup saya
untuk menikmati sebuah cerita melayu yang benar-benar terbaik untuk di tonton. PGL ada jawapan untuk pencarian saya. cuma ada 4 kekurangan
pada filem PGL. 1. dimana Hang Kasturi, lekir & lekiu dalam pencarian dan kehidupan Hang Tuah. mungkinkah mereka meninggalkan Tuah selepas
tragedi pembunuhan Hang Jebat? 2. kenapa adegan pertarungan antara Tuah & Gusti Adipati terlalu mengikut rencah Crouching Tiger Hidden
Dragon? bukankah melayu mempunyai kehebata Silat tersediri? 3. Mengapa Kerajaan Demak di perlihatkan sebagai sebuah kerajaan yang
mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan peperangan? seolah-olah selari dengan pandangan barat mengenai Islam yang mengatakan Islam
itu Paksi Kejahatan. 4. PGL tidak memperluaskan jalan cerita percintaan Tuah & Gusti Putri Retno Dumilah sebagai paksi kekuatan cerita ini. PGL
lebih menjurus kearah situasi Politik antara Melaka, Majapahit & Demak. Sedangkan promo cerita ini adalah Kisah Cinta Agung. tetapi cerita ini
tidak memaparkan perkembangan cerita cita tuah & Gusti putri. adalah lebih baik kisah cinta mereka di perluaskan skopnya manakala konflik
membabitkan melaka, majapahit & demak menjadi sisipan perencah menyedapkan cerita. keseluruhannya saya memberi 4 dari 5 bintang
untuk cerita ini.........."
Mohd Harizan 6 September 2004
"Syabas! sebuah filem hebat hasil daripada team yang hebat. Walaupun filem ini belum sempurna, dan saya lupakan kesilapan2 kecil
itu, amat mudah untuk saya katakan inilah filem Melayu yang terhebat walaupun atas arahan bukan melayu. Malaysia sudah bersedia untuk ke persada
dunia. Diharap semua pengkarya filem malaysia sudah bersedia untuk diukir dipeta dunia dan muncullah dengan filem2 yang lebih hebat dari
PGL"
mot 6 September 2004
"hai. aku tak sempat nak tengok lagi citer ni. tapi dari komen rasa tak sabar nak pegi wayang tengok. nak tanya kpd yang dah tengok. ada tak
jambatan emas, hati nyamuk dan kuman ditunjukkan dlm citer ni................tolong la bg tau"
zul 6 September 2004
"Since 2003, when promotions began for PGL, I as many others have been dying to see this movie. We wait with baited breath for the film
that will change the malaysian movie industry and raise its standard. However, i admit that the ammount of promotion and the budget has
caused me to raise my expectations, perhaps a tad too much. First off, I have to congratulate the movie on its brilliant cinematography and
beautiful images. I have to congratulate it on a wonderful and extraodinary set, the Palace of Melaka took my breath away, and the
waterfall where the Putri spends her time, simply brilliant. Most importantly, I have to congratulate M. Nasir on the best Musical Score I
have ever heard in a Malay movie. Absolutely haunting and breathtaking. Hats off to Rahim Razali, no one can play Datuk Bendahara like he can.
He's the best actors choice for me. However, to me, PGL had one major flaw that made all the beauty of the images seem less and less
interesting as the story progresses. This flaw is in the Storytelling. I feel that the story of Love and Political Intrigue and Unrest has not been told
in the best of ways. The story has not developed well and the script, while not lacking in metaphor and prose, is lost in the unsuccessful
presentation of dialogue by some of the actors. There are too many things left to the audience to figure out for themselves, and while this is
no problem in a country where the name Putri Gunung Ledang is synonym with legend and myth, it will not be so to an international audience.
Another sore point was the computer generated special effects that was clearly fake and somehow spoilt the fight scenes. Plus, we are not shown
how Putri Retno and Tuah fall in love and yet we must be made to believe, through words that they are deeply in love. An epic love story
should focus more on the love angle. How did they fall in love? Was it simply through that one dance or there was more to it. Surely the
princess had to check Tuah out first and Tuah had to court her, before they agreed to meet for that secret dance in Majapahit. And what about
the King? He is supposed to be in love with PGL to the point of madness, till he wuld do anything including killing his own son to have her. But we
are not shown that the King is madly in love with her. Images of the King thinking about her often, or imagining himself with her, or remembering
the night she danced in front of him should be shown to indicate this madness. I could go on and on but alas, the story is over and done with.
Again I congratulate PGL on its great effort to improve the standard of Malay Movies. However, a great budget does not guarantee a great
movie. It's all in the way you tell the story, and in my opinion, PGL has not done its very best to tell the this tale of Great Love to the people of
Malaysia and the World"
Farah 6 September 2004
"I finally got to watch the MOST anticipated movie of all time in Malaysia, PGL .... it totally blew me out of my seat. Never before a Malay Epic be
done in a large scale, part from late P.Ramlee 'Hang Tuah' kept me riveted to my seat, for 2 1/2 hours. The grandeur of Malacca Sultanate,
& the mystique of old majestic Majapahit Java Kingdom of 15th century AD, one must lauded Saw Teong Hin for his meticulous details of that
period. One believed exhaustive works & research were done to make sure the movie authenticated with the time period it showed. For those
who ridiculed PGL on weaknesses of its script, I've one thing to say to them, take an old Malay manuscript & try to understand the beauty of
old Malay language. Of nuances, subtleties, flowery words stringing out of mouths of every characters in PGL were perhaps, represented the
MOST BEAUTIFUL rendition of Malay language spoken on silver screen. Language experts should be proud of PGL. With an ensemble of casts the
like of M. Nasir, Tiara Jacquelline, Christine Hakim, Adlin Ramli, Alex Komang amongsts others, your got a winner. The cast managed to bring
us back with them in a journey full of hopeless but beautiful love so grand, the rough & tumble in the ever present political & diplomatic
relations between the courts of Demak, Majapahit & Malacca. Kudos again to Saw Teong Hin, despite him being a Chinese, he brings us the
best in the Malay world, of past cultures, of Malay language beauty, of beautiful Malay legend. For those who questioned the director's racial
lineage in his ability to direct a Malay movie, they're old school racists in the closet, unwilling to accept of the idea of being a true-blue Malaysian,
regardless of one's race. Puteri Gunung Ledang has opened many eyes, especially non-Malay crowds to the grandeur of Malay epic. These
elusive crowds who only appreciated & revered P. Ramlee's classic Malay movies, while reviled & spurned the popcorn Malay blockbusters from the
likes of Yusof Haslam, Razak Mohaideen & Aziz M Osman like a plague - come flocking around PGL, with resounding applause & approval
raing. A feat that no recent Malay movie can boasts of apart from PGL. The fact
that PGL is accepted to be screened at Venice Film Festival (among 10 of the MOST prestigious film festivals in the world!)
& Saw Teong Hin
been chosen to compete in Best New Director category in the festival should opened the eyes of the world-public movie goers. Congratulations
to Madame Tiara & Mr Saw Teong Hin!!!"
Satria Melaka 6 September 2004
"pgl tak 'epik'. tak rasa EMPAYAR yg di tengah tengah spice trade. mana orang India, Cina, Portugal, belanda, Arab? Lagi ada mungkin 6 orang in
seluruh empayar jawa. istana agungnya dibuat bata? tak rasa warisan, kebudayaan zaman itu - influence Hindu etc. pgl hilang peluang tunjuk
zaman kita yang paling kaya ekonomi, kaya kebudayaan, kesenian etc. sedihlah aku... peluang dihilang... mise en scene pgl SUX!!!!!!!"
cheng ho 5 September 2004
"saya tak suka dng puteri gunung ledang tu"
shahier 5 September 2004
"Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam pembikinan dan penayangan PGL ini.Selepas menonton PGL saya berasa amat berpuas hati walaupun pacing atau ritma Filem ini agak slow,tetapi dari semua aspek lain filem ini ternyata mempunyai anjakan paradigma yang menonjol daripada filem-filem Malaysia sebelumnya.Lakonan yang dipamerkan oleh pelakon-pelakon dalam filem ini amat baik sekali dari segi emosi,innertruth dan movementnya,segala-galanya nampak bersahaja dan life,saya juga memuji sikap profesional di kalangan tenaga yang terlibat,seperti membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum mengkaryakan filem ini,selain itu filem ini juga memberikan gambaran yang baik tentang industri seni tanah air kita,menunjukkan bahawa Malaysia mampu menghasilkan filem yang serius dan mempunyai mesej yang sesuai dengan masyarakat.Filem ini juga boleh di angkat sebagai satu sejarah dari segi Visual tentang sejarah kesultanan melayu melaka yang tersohor pada abad ke 14-15.Pada saya hal belanja pembuatan filem yang mahal tidak membawa apa-apa makna ini terpulang pada hasilnya,samaada belanja yang dikeluarkan itu bermakna atau tidak,dalam hal ini PGL berjaya menghasilkan filem yang berpatutan dengan kos pembiayaannya.Soal pemulangan kos tidak penting lagi kerana filem Malaysia baru sahaja mengorak langkah untuk di komersialkan,jadi khalayak penonton tempatan tentunya masih tidak memuaskan.PGL juga berjaya mengangkat slogan 'filem kita wajah kita'kerana
sikap, perwatakan, pegangan, kepercayaan, pemikiran dan personaliti orang melayu dan jawa dirantau ini digarap dengan sebaik-baiknya,adab sopan dan budaya serta agama masih dipegang kukuh oleh watak-watak dalam PGL sesuai dengan status masing-masing dalam masyarakat.Pada pendapat saya hanya penonton yang sabar,beremosi,dapat berkongsi rasa,mempunyai 'pickup'yang tinggi dan cepat serta memahami konsep lakonan dan persembahan yang digunakan dalam pembikinan filem ini sahaja yang dapat menonton dan menghargai karya istimewa ini.Tetapi malangnya ada segelintir masyarakat yang menghargai usaha murni ini dan menganggap pembikinan filem ini sebagai syok sendiri dan untuk tujuan glamour,ini kerana mereka terlalu biasa dengan dunia perfileman barat sehinggakan bagi mereka hanya filem barat yang bermutu dan berbaloi untuk di tonton.Fenomena ini menimpa mereka kerana mereka seringkali dikecewakan dengan filem-filem Malaysia yang lain yang agak kurang bermutu.Soal syok sendiri atau untuk meraih glamour sebenarnya bukanlah urusan penonton,apa yang penting penonton menerima atau tidak sesebuah filem itu sahaja.Akhir kata janganlah kita hanya melihat pada keburukan atau kelebihan sesuatu perkara itu tetapi kita perlulah lebih bertimbang rasa dengan memahami usaha gigih yang dilakukan oleh pihak yang tertentu dalam memberi lebih pengertian dalam hidup setiap insan di dunia ciptaan yang maha Esa ini"
suria 4 September 2004
"epik terbaik yang pernah saya tonton.kisah cinta agung yang digambarkan lebih melalui bahasa jiwa para pelakon.hebat dari semua segi.ceritanya yang hebat ,set yang menarik,faktor sejarah,para pelakon handalan serta sistem visual yang hebat jua.sekiranya ada dikeluarkan vcd selepas ini pasti saya akan hantarkan kepada rakan rakan di luar negara kerana saya bangga kita ada filem yang amat
membanggakan"
hamidah 4 September 2004
"ooi aku propman pgl. kutuk la aku"
art depart..... 4 September 2004
"Assalamulaikum semua, saya adalah diantara jutaan peminat filem melayu dan ingin saya sarankan kepada pengedar agar dapat memastikan langkah langkah mencetak rompak yang sangat berleluasa dan sangat dasyhat lagi promasi mereka diBrunei yang mana cetak rompak tersebut bulih di dapat dimana mana kedai runcit, harapan saya filem Puteri Gunung Ledang akan mendapat tempat dihati penonton semua jika dibandingkan dengan filem filem sebelumnya. Filem Puteri Gunung Ledang pasti mendapat sambutan yang mengalakkan, Insya Allah"
Amirul Malek bin Hj Dami 4 September 2004
"PGL boreng. Buat I tertidur. ZZZzzz......"
Kritic 4 September 2004
"syabas and congratulations. This is only great movie i had watch in m'syia. the dialog, mise-en-scene, costume, make-up, mise-en-shot is perfect and of course include the narrative. i appreaciate all the crew and actor inside the film..you all done your good job..this is what we want it.. but one thing i want to conment is the audien in the cinema..i hate it so much especially the malay audiens.. they keep talking, laughing, and didn't appreciate the film..i hate them la.. huh..never mind la..atleast we are apperiate you all..cause i study broadcast in usm.. all my course mate love this movie..they all said is a good film in malaysia for this lately year.. keep up your job la..."
leow yen thing 4 September 2004
"satu anjakan paradigma dunia perfileman Malaysia yang drastik...percubaan berani yang bukan hanya menumpukan kepada nilai komersil tetapi selitan mutu yang hebat....harus ditonton semua lapisan masyarakat. Filem penuh seni dengan gabungan teknologi menjadikan filem melayu yang tidak memalukan.....bangga betul!"
+Lan 4 September 2004
"HEBAT!HEBAT! Apabila saya menonton pgl terasa seolah2 saya kembali semula ke kurun 14 empayar Melaka.kekosongan hati Tuah bila fajar menyinar dapat saya rasai seribu penyesalan seolah2 saya yg di tinggalkan.Kedaulatan sultan melaka mengambarkan betapa hebatnya Sultan mahmud ketika itu.Cinta putri Retno dumilah yang begitu agung sanggup meninggalkan Majapahit sehingga ke gunung ledang dan hidup sendiri.Sebuah filem yang membuat saya termenung selepas menontonnya dan mengimbas kembali sejarah nenek moyang dan cerita2 yang pernah dipelajari di sekolah maupun dari mulut nenek saya tentang melaka bumi yang bertuah.syabas!syabas kepada pengarah serta semua yang terlibat dalam pembikinan pgl,di harapkan agar dapat kiranya filem ini di keluarkan dlm bentuk dvd sesuai dengan standard dan kualiti PGL.5 bintang untuk PGL. WAJAH FILEM KITA"
faliq69 3 September 2004
"Sebuah filem melayu yang terbaik yang pernah saya tonton. Filem seperti ini seharusnya perlu diperbanyakan lagi berbanding filem-filem yang remeh. Tahniah!"
Shahrul Eddlin 3 September 2004
"memang best sesangat....walau ada orang kata skrip dia lemah...but 4 me it is the best skrip yang pernah saya tonton.Coz filem ni bnyk guna ekspresi muka bagi menunjukkan perasaan watak ketika itu.Teak perlu dialog dah cukup buat penonton faham.Saya suka masa babak Tiara dan Alex bertekak di tepi pantai.Hanya guna ekspresi muka walau ada dialog di dalam hati.Memang beremang bulu roma mendengar rintihan gusti yang bertekad mahu mengikut hang tuah.Overall,filem ini mamapu buat orang luar impress dengan filem kita.Tak malu untuk ditayangkan di Venice"
nina (sneeze2011) 3 September 2004
"The best ever movie after LOTR. It is so real that makes me feel sadn of Hang Tuah and Puteri Gunun Ledang as they not able to be together. Good job. Best scenery that I have seen so far in a Malay film. I give 5 STAR to this movie. Go and watch it to all Malaysian. I luv u TIARA nd M Nasir"
Aidawathy 3 September 2004
"saya amat bangga dengan filem PGL.Gambar terang,cantik dan hidup.Yang paling kelakar saya sudah mula meminati epik sejarah melayu.Sebenarnya banyak lagi cerita/lagenda yang menarik dibumi kita yang masing-masing ada sejarah dan keistimewaannya tersendiri.Jangan biarkan sejarah itu lapuk telan dek zaman.Sesungguhnya filem PGL banyak memberi tauladan dan pengajaran yang baik dari sudut minda dan perbuatan"
nina 3 September 2004
"saya sungguh kagum dgn pembikinan filem ini,jadi tak sia2 kalau perbelanjaan penerbitannya besar. saya sekeluarga puas menonton filem ini"
rezasaid 3 September 2004
"Saya ingin tahu macam mana untuk menghantar email kepada pembuat filem in (PUTERI GUNUNG LEDANG THE MOVIE) apa email nya Saya mencadangkan agar selepas tayangan filem ini tamat dipawagam, pihak pembuat filem ini agar mengeluarkan DVD dan VCD filem ini. Ini kerana jika hanya pengedaran VCD sahaja dijalankan, mutunya adalah kurang memuaskan disamping kualitinya yg kurang baik. Jika DVD kita akan mendapat kepuasan yang maksimum dan dengan mutu yg amat bagus. TERIMA KASIH"
khairi
2 September 2004
"ternyata filem ini menunjukkan satu era baru dalam pembikinan filem...menggunakan cg yang menarik..costum yang sesuai,latar belakang yang menarik dan kos yang besar.. tahniah dari segi itu saya ucapkan... tapi....satu yang betul2 menghampakan saya ialah .... kenapa filem yang begitu besar budget tapi skripnya kosong... saya dah pun melihat dipawagam filem ini... oleh kerana ingin membantu industri perfileman kita, bukan setakat saya seorang yang pergi , malah lapan org keluarga melihat.... tapi .. hampa... memang banyak filem melayu kurang dalam skrip...selama lebih dua jam filem ini ,, saya rasa bosan kerana banyak babaknya tiada percakapan... hanya sunyi... seperti babak dimana sultan mahmud berjalan dari dewan ke dalam kamar tidur mengekori tun teja... kemudian megusap rambut tun teja.. kemudian merenjis air wangi ke tun teja... kemudian baru ada skrip... babak sunyi itu membuatkan penonton bosan...itu salah satu, tapi banyak lagi babak ketiadaan skrip terlalu panjang membuat penonton cepat rasa jemu... kemudian satu lagi ialah filem melayu tiada continuiti.. iaitu penyambungan... contoh .... gusti adipati, raja majapahit marah kerana kehilangan adik nya pergi ke melaka. dan kemudian dia pun pergi ke melaka bertujuan mencari adiknya... namun tiada continuiti disini apabila secara tiba2 apabila dia sampai di melaka , dia merayu supaya adiknya itu berkahwin dengan sultan mahmud. dan kemudian balik ke majapahit tanpa terasa risau untuk mencari dimanakah adiknya, terus shj balik ke jawa....lastly... saya ingin menyeru supaya pembikin filem seharusnya membuat filem yang mendalami penonton, memberitahu dan mendidik penonton apa yang sedang ditayangkan itu, bukan buat filem yang lompat2, yg megharapkan penonton dah tahu apa yang sedang berlaku....cerita ini cukup membosankan....kesian....,, tak perlu budget besar untuk buat filem yang dramatik....yang penting .."skrip"..."
halim akbar
2 September 2004
"masa mula filem ini diwar-warkan saya tak begitu berminat untuk menonton.Mungki kerana dah terbiasa dengan filem-filem komersial yang romantik...jadi filem PGL ni memang langsung tak menarik minat saya..tapi,bila saya terbaca artikel dalam suratkhabar yang mengatakan kos untuk PGL ni RM15 juta..saya rasa WAH! mesti cerita ni menarik...latar belakang yang menarik...dari situ saya mula rasa nak menonton filem ni sebab saya nak tahu apa yang best sangat sampai kos RM15 juta ....lagipun dah tiap-tiap hari dengar kat radio lagu "asmaradana" tiara tu...mana tak teringin nak tengok...dan bila saya dan kawan saya menonton filem tu...kami rasa "enjoy"..dan berbaloi menghabiskan masa berejam kat dalam panggung dan tak rasa rugi beli tiket wayang untuk PGL...cerita dia memang best..saya suka skrip PGL..sebab skrip tu akan membuatkan kita berfikir tentang maksud yang tersirat...kemudian pelakon banyak bermain dengan eksperi wajah..tu yang saya suka...dari mula filem sampailah ke sudah...semuanya best...mungkin saya bukan pengkritik filem yang bagus..tapi, sebagai penonton saya puas..kalau bukan kita yang nak menyokong cerita lagenda melayu..siapa lagi...dan bagi saya cerita ni harus ditonton oleh semua golongan terutama sekali golongan muda...supaya minda kita lebih terbuka...dan yang pentingnya kita dapat menilai..melihat...berfikir dan mengetahui siapa sebenarnya Puteri Gunung Ledang...tidak ada komen yang tidak baik dari saya berkenaan filem ini..thumbs up untuk tiara dan rakan sekerja yang lain..."
alfa
2 September 2004
"taniah satu pembaharuan..satu filem melayu...satu tapak kedepan..."
keris
2 September 2004
"hebat mmg hebat filem ni . sapa tak gi panggung mmg rugi giler. filem ni membawa satu anjakan paradigma kepada filem malaysia. tahniah dan syabas kepada pihak2 yang terlibat dan pengeluar modal yang sanggup menghadapi risiko. semoga pelaburan anda membawa sesuatu yang lebih baik di masa akan datang. hang tuah memang tak hebat dalam filem ni. sebab dia bukan nak cerita pasal kehebatan dan kegagahan hang tuah. filem ni memang banyak kelainannya. cuma ada beberapa adegan yang agak tergantung. ada scene kena 'potong' ke? takkan lah filem ni melampau sangat tahap SG atau SX atau PL nya? pelik lah. sesiapa yang terasa, paham2lah. jgn nak kondem filem kita sendiri. penonton nak tonton versi yang original. bukan yang ditapis dan dipotong. tolonglah hormati kehendak dan permintaan penonton....semoga filem malaysia semakin maju dan terletak di martabat yang tinggi"
buana
2 September 2004
"assalamualaikum / salam sejahtera... THIS IS THE BEST MALAY / MALAYSIAN FILM I HAVE EVER SEEN! sememangnya filem ini setanding dengan filem-filem antarabangsa lain, seperti "crouching tiger hidden dragon", "devdas" mahupun "braveheart". dari segala aspek, filem ini merupakan halwa kepada mata & telinga! sinematografi di lokasi penggambaran amat mempesonakan, tidak kiralah sama ada ianya dari sumber semulajadi mahupun buatan manusia. setiap bait kata & madah amat indah, termasuklah juga sarikata inggeris yang disediakan... semuanya memerlukan penghayatan! 150 minit durasi tayangan mungkin terlalu lama kepada sesetengah pihak, namun saya rasa ianya memang perlu untuk meruntun minda & menyentuh jiwa penonton! saya harap filem ini akan diterbitkan dalam bentuk dvd di masa hadapan, kerana filem sebegini hebat, takkan memadai jika ianya setakat dipindahkan ke dalam bentuk vcd yang jelas tidak mampu mengabadikan kehebatan audio visual yang difilemkan. lagipun, pasaran vcd amat terhad di rantau ini sahaja, manakala dvd pula, seantero dunia menerimanya. kepada semua yang terlibat dalam filem epik ini, tahniah & syabas! inilah filem melayu / malaysia yang saya tunggu selama ini! akan adakah lagi filem melayu / malaysia sebegini hebat?... sekian. terima
kasih. wassalam..."
izwan hadi
2 September 2004
"dah tengok dah memang best & dahsyat &gempakla for filem melayu mcm ni...very real...banyak aspek yg mantap, mengejutkan,sindiran &mencabar minda.... tapi very slow but tense...kesian hang tuah nampak mcm loser dlm diri w/pun gagah .....maybe becoz citer ni pasal PGL so tak fokus on kehebatan hang tuah&Melaka...anyway congrats & well done..."
tenaga dalam 1 September 2004
"kalau nak dikritik, filem ini ada kelemahannya. Tetapi itu akan mengetepikan pencapaian dan usaha mereka yang terlibat. For me, sebuah filem yang amat baik dari segi teknikal, jalan cerita, lakunan .... segalanya lah"
don 1 September 2004
"This is the best local film ever. Good plot, superb theme, and strong characters blend together in an epic genre-extremely fascinating!I'm sure PGL will change Malaysian audience's outlook towards local films as it creates a new flavor in the industry. I guess the strength of the movie lies in its capability in provoking the audience's emotions in a strong but subtle way. Personally, the thematic expression 'cinta agung' says it all. I truly believe that the film provides plenty of rooms for intellectual discussion and interpretation, something that almost all of the local films do not possess. Congratulations to PGL!"
Farah 1 September 2004
"Mlm td..(31/08/04) saya pergi menonton filem PGL.seawal jam 10 pagi kami beli tiket, sit yang best pun hanya pd jam 9.00 mlm...tak kesah lah tuh.. Sebelum ini saya pernah membaca komen wartawan ttg filem ini. Menurutnya, kita kena free kan mind sblm menonton PGL.stlh menonton barulah saya faham apa yang dimaksudkan. Filem ini bagus..mmg tak malu jika hendak dipertonotnkan kepada luar... Tonton lah sendiri unutk anda menilainya.. Secara peribadi, saya menyukai filem ini cuma ia agak kurang touching.
Air mata hampir keluar, tapi tak jadi...Sebenarnya cerita amat sedih...cinta tak kesampaian...tragis... Apa2 pun...mmg filem nih berbaloi untuk ditonton...marilah penuhkan panggung...Nilaikan sendiri...dan seperti saya...anda akan terbawa2 ke dlm mimpi..."
Huzairiyah 1 September 2004
"HEBAT...HEBAT...HEBAT...!!! tak sia-sia rasanya tunggu filem ni 2 tahun lebih dan beratur kat panggung pagi-pagi di hari kemerdekaan. satu filem yang cukup membanggakan. bila soundtrack nak keluar? lagu-lagunya cukup menyentuh jiwa sebagaimana ceritanya. hopefully filem ni nanti terbit dalam format dvd lak..."
syah 1 September 2004
"Assalammualaikum...saya baru saja menonton filem epik ini.Saya berasa bangga kerana ada juga anak Malaysia yang ingin menerbitkan filem sebegini.Sebuah filem yang bagus dan menarik.Semoga ia dapat menjadi pemangkin untuk menerbitkan filem-filem melayu sebegini di masa-masa yang akan datang.Melalui filemlah kita dapat memperkenalkan dan mempertontonkan kebudayaan Melayu kita kepada orang luar. Tahniah kepada semua warga kerja disebalik pembikinan filem ini"
harun 1 September 2004
"saya dah lama sangat tunggu filem ni.kira the most awaited film of the yearlah..tengok poster dan trailer sumer cakap cinta agung, saya bayangkan filem devdas dan asoka dan cinematography yang gempak.but after watching it saya rasa terkilan sebab tak rasa apa yang tuah dan gusti putri rasa, saya
tak rasa kehebatan cinta mereka.tema cinta yang diangkat kurang mengesankan penonton.saya tengok hampir semua penonton gembira sebaik saja lampu panggung dipasang dan pintu keluar dibuka.macamla duduk kat dalam tu satu penyeksaan sebab bayar tiket mahal so kena duduk tengok.tak kurang jugak yang terlentok.flashback tuah-retno juga tidak strong dan sekejap sangat.cuba bandingkan dalam filem devdas,cinta paro dan devdas banyak dipaparkan dalam bentuk flashback jugak tapi memberi impak pada penonton.tu yang penonton nak tengok, keagungan cinta tuah-retno.scene tuah-adipati berlawan jugak kurang real.nampak seolah2 m.nasir takut kalau2 tali putus.dan kenapa perlu tunjukkan gerhana matahari?kenapa perlu scene adipati terjatuh dari awangan macam jatuh dalam blackhole?effect yang tak perlu jugak amat banyak macam butterfly masa 1st time tuah jumpa gusti putri kat gunung ledang..perlu ker?dan lagi,batu stonehenge tu kenapa perlu ada????lokasi yang dipilih jugak pada saya kurang menarik.contohnya anak sungai tempat gusti putri mandi ditemani tuah sangat tak lawa macam sungai biasa kat belakang rumah nenek saya.halaman depan istana jugak agak hambar dan kosong tidak menggambarkan keagungan kesultanan melaka.macam tempat baru siap.dengarkata cinematografi gempak,tapi hanya scene kat keraton jer yang lawa.scene demak serang majapahit kenapa perlu buat kaler gambar tu kekuningan?kalau rumput, biarlah hijau nampak fresh dan cantik contohnya braveheart atau last samurai.kita lihat perbezaan pelakon indonesia dan malaysia,nampak bezanya.watak bayan oleh christine hakim sangat memberi kesan kalau dibanding watak rahim razali.bukan saya nak cakap rahim razali tidak bagus, tapi wataknya agak kabur disitu.apa yang saya nampak disini, pengarah banyak terpengaruh dengan stail zhang yimou.banyak sangat scene yang meleret.scene perang umpamanya tidak perlu dibuat detail hanya secara fast forward sudah memadai.secara keseluruhan saya suka dengan skripnya.pada saya
skripnya sangat bagus dan teliti. tidak hairan ia telah dirombak banyak kali.pada yang belum menonton,sila bersabar dan konsentrate pada skripnya dan espresi muka untuk memahi filem ini.akhirkata saya amat berbangga ada akhirnya ada jugak filem melayu yang berjaya ke tahap ini. saya amat berharap agar filem melayu kita tidak stereotaip dan lebih berani demi memartabatkan industri filem malaywsia.syabas saw tiong hin...."
jac 1 September 2004
OGOS 2004
"nampak kat lengan tangan kesan parut BCG, (lokasi) pertarungan antara tuah dengan raja majapahit- ada kesan jalanraya yang tidak berturap-macam jalan kampung la.....rumah orang kampung di melaka rumah kayunya nampak baru...padahal logiknya mesti nampak macam dah berkulat ke,,,ape2 le asalkan nampak macam dah lama....x kan perintahan dah lama rumah kampung masih nampak baru? lainla istana....fokus camera terlalu dekat pada pelakon sehinga nampak kesan jahitan pada baju melayu....seperti baju belum siap...apa-apa pun kalau 5 bintang...saya kasi 4 bintang"
arefun 31 Ogos 2004
Sebelum
menonton (2004):
OGOS
JULAI
APRIL - JUN

|