Di pawagam mulai 31 Ogos 2004



filemkita.com/pgl

Petikan menarik

Pada suatu masa dahulu,
Di waktu kesetiaan,
Maruah dan kedaulatan padu,
Penghujung kurun ke-15 di Tanah Melayu,
Menebari kegemilangan ke segenap penjuru...

Melaka terkenal indah perkasa,
Memberi perlindungan pada yang meminta,
Di tika inilah kisah bermula,
Di Timur Jawa gelora melanda...

Merentas samudera, membelah gunung,
Sebuah cerita cinta yang agung...


Demikian petikan ringkas kisah cinta agung antara Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah dan Laksamana Hang Tuah yang dipaparkan di dalam epik Puteri Gunung Ledang.
Berita Harian 6 Februari 2003

"Kanda lupa cinta dinda seagung maya" - Hang Tuah
"Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?" - Gusti Putri
"Masih kecil berbanding cinta dinda!" - Hang Tuah
"Tapi kanda ke mari juga" - Gusti Putri
"Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga" - Hang Tuah

Dialog antara Hang Tuah lakonan M. Nasir yang menemui kekasih hatinya, Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah.
Utusan Malaysia 8 Mac 2003

Pengarah

"Saya percaya kekuatan drama itu adalah namanya sendiri iaitu Puteri Gunung Ledang itu sendiri. Saya tahu orang akan jadi tertanya-tanya untuk melihat bagaimana ia diceritakan di layar perak dan versi bagaimanakah dipakai? Persoalan itu juga yang menjadi kekuatannya" - Pengarah, Saw Teong Hin
Utusan Malaysia 16 Mac 2003

Penerbit

"Pelakon pertama Indonesia yang saya hubungi ialah Alex Komang. Tanpa meneliti skrip atau menyebut harga, beliau terus memberi persetujuan" - Pelakon & Penerbit, Tiara Jacquelina
Utusan Malaysia 22 Disember 2002

"Saya yakin filem ini akan berjaya. Ia bukan sekadar kisah cinta antara Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang. Ia sebenarnya mengisahkan tentang kesetiaan manusia. Tentang taat setia" - Penerbit Bersama, Datuk Effendi Norwawi
Utusan Malaysia 23 Disember 2002

"Filem ini bukan untuk rakyat tempatan saja, malahan ia juga bertujuan untuk menjual nama negara di mata dunia. Kami ingin memberikan yang terbaik kepada penonton" - Penerbit Bersama, Datuk Shazalli Ramly
Utusan Malaysia 10 Mei 2003

"Kalau saya sekadar mahu membawa filem ini menyapu kaki langit, Teong Hin (pengarah) pula bercita-cita membawa Puteri Gunung Ledang mencapai bulan di langit. Demikian sekali harapan yang diletakkan oleh Teong Hin yang sekali gus menunjukkan betapa beliau begitu komited dengan tanggungjawabnya" - Pelakon & Penerbit, Tiara Jacquelina
Utusan Malaysia 18 Mei 2003

"Pada pendapat saya, watak Puteri Gunung Ledang bukan sahaja watak idaman saya tetapi ia juga adalah watak idaman semua pelakon" - Pelakon & Penerbit, Tiara Jacquelina
Utusan Malaysia 29 Oktober 2003

"Bentuk promosinya nanti adalah yang paling hebat pernah dibuat ke atas mana-mana filem tempatan. Kita akan tubuhkan satu team pemasaran yang terbaik di Malaysia" - Penerbit Bersama, Datuk Shazalli Ramly
Berita Harian 10 November 2003

"Kita harap PGL akan ditonton pelbagai lapisan masyarakat. Kita harap sekurang-kurangnya 1.2 juta penonton tempatan akan menyaksikannya. Kita juga akan memulakan kempen menonton wayang secara besar-besaran tidak lama lagi" - Penerbit Bersama, Datuk Shazalli Ramly
Berita Harian 29 Mac 2004

Pelakon


"Sebenarnya tawaran awal Tiara tanpa skrip lagi, saya sudah berminat. Saya pernah berada dalam situasi Tiara ketika awal menjadi penerbit wanita. Ia sesuatu yang sukar sekali dan perlukan sokongan banyak pihak. Dan, saya di sini untuk memberikan dorongan itu kepada beliau" - Pelakon & Juri Festival Filem Cannes 2002, Christine Hakim
Utusan Malaysia 23 Disember 2002

"Kita mungkin nampak dengan jelas siapa Tun Teja dalam Hikayat Hang Tuah. Saya harus berkata bahawa Tun Teja dalam Puteri Gunung Ledang agak berbeza daripada kebanyakan filem Hang Tuah yang lain termasuk lakonan Tun Teja yang lain. Ramai yang tidak tahu apa sebenar yang berlaku kepada Tun Teja selepas dia dilarikan oleh Hang Tuah ke Melaka untuk dikahwinkan dengan sultan. Kita tidak tahu apa yang berlaku ke atasnya selepas dia melahirkan Sultan Ahmad. Adakah dia benar-benar sudah melupakan kekasih hatinya Hang Tuah, semuanya tanda tanya bukan?" - Pelakon, Sofia Jane
Utusan Malaysia 9 Mac 2003

"...saya juga punya peranan kecil di dalam filem 'Puteri Gunung Ledang' nanti. Sekadar cameo roles sahaja. Aku nyebutnya hanya satu line dialog aja hihi" - Pelakon undangan, Dian Sastro
KakiSeni.com 11 September 2003

"Lagu terbaru yang saya cipta adalah untuk soundtrack filem Puteri Gunung Ledang. Lagu itu ada pengaruh muzik Melayu dan Jawa tapi belum ada tajuk lagi" - Pelakon,
M. Nasir
Utusan Malaysia 21 November 2003

Krew


"Kita memiliki set yang cukup baik, artis terbaik, kamera yang mampu merakamkan angle dengan sempurna dan sistem bunyi yang canggih" - Pengurus Lokasi dan Produksi, Razaq Sahibjan
Utusan Malaysia 8 Mac 2003

"Selain set di Gunung Brinchang, kami akan membina sebuah set yang lebih grand iaitu Istana Sultan Melaka di Muara Sungai Kesang (Muar, Johor), Pelabuhan Melaka, sebuah jambatan besar dan perkampungan nelayan. Saya difahamkan, set itu akan disimpan oleh kerajaan negeri sebagai pusat pelancongan" - Pereka Penerbitan, Hasnizar Ithnin
Berita Harian 16 Mac 2003

"Apa yang dapat disaksikan di sini ialah balairong Raja Majapahit bersantap. Balairong ini merupakan tempat 'larangan' kerana puteri raja pun tidak dibenarkan berada di balairong itu tanpa izin Patih atau Raja Majapahit (lakonan Slamet Rahardjo). Di sini juga terdapat bilik rehat Gusti Puteri Raden Ajeng. Di sana, bilik untuk berbincang strategi-strategi ketenteraan. Bilik itu dihuni oleh Gusti Adipati (lakonan Alex Komang) dan yang sana pula ialah bilik di mana pengasuh puteri, Bayan (lakonan Christine Hakim) membunuh diri" - Penjelasan tentang set Kerajaan Majapahit oleh Penolong Pengarah 1, Hairul Askor
HAI 24 Mei 2003

Pengedar filem


"Puteri Gunung Ledang membuatkan saya menangis ketika pertama kali menontonnya. Kisah cintanya begitu indah dan pembuatannya begitu hebat. Selama ini saya sudah melihat banyak filem dari Asia seperti Jepun, India dan Indonesia tetapi saya tidak menyangka Malaysia mampu menghasilkan filem sehebat ini" - Pemilik syarikat pengedar filem antarabangsa Rossellini & Associates, Gil Rossellini
Berita Harian 29 Mac 2004

"Hasil yang ditonjolkan dalam filem ini sungguh menakjubkan. Pihak kami berani mengadakan perjanjian ini kerana percaya ia mempunyai nilai tersendiri. Adalah sesuatu yang merugikan jika ia tidak dipertontonkan kepada dunia" - Pemilik syarikat pengedar filem antarabangsa Rossellini & Associates, Gil Rossellini
Berita Harian 1 April 2004

Lain-lain


"Kepada peminat-peminat yang tertunggu-tunggu filem Puteri Gunung Ledang, jangan sekali-kali skeptikal sebelum menonton filem ini. Anggaplah filem Puteri Gunung Ledang tidak lahir daripada lakon layar oleh Mamat Khalid saja tetapi pengamatan yang sangat dalam daripada pengarah Saw Teong Hin" - Hubungan pengarah dan sastera, Apresiasi Filem, Siri 13 oleh Ku Seman Ku Hussain
Utusan Malaysia 4 Mei 2003

"Saya cemburu kerana Tiara mampu menerbitkan sebuah filem hebat seperti Puteri Gunung Ledang" - Ziela Jalil
Utusan Malaysia 3 Jun 2003

"I nak tahu apa motif you menjemput beberapa wartawan hiburan terpilih untuk menghadiri sidang akhbar filem PGL dengan BMW limo, Perdana dan MPV?" - Wartawan URTV, Kak Lin
"Why? Why not?" - Pelakon & penerbit, Tiara Jacquelina
URTV 15 Julai 2003



www.filemkita.com 1999-2006 khys