|
Temubual
Oleh Kak Lin
(lin@utusan.com.my)
Bersama TIARA JACQUELINA
Apa matlamat utama you
terbitkan filem Puteri Gunung Ledang (PGL)?
Matlamatnya untuk hasilkan sebuah filem yang boleh dikatakan berkualiti.
Kenapa you pilih PGL, apakah
you mengharapkan dengan menghasilkan sebuah filem epik akan menaikkan nama you
dalam bidang penerbitan dan lakonan?
Matlamat saya cuma satu... nak terbitkan filem dan kebetulan skrip hasil karya
Mamat Khalid ni dah lama saya simpan. Masa tu intention saya bukan untuk jadikan
ia filem... tapi telemovie atau special holiday punya telemovie. Tapi... ya lah,
satu hari saya buka semula skrip ini dan saya rasa skrip ini boleh difilemkan.
Berapa lama you simpan skrip
ini?
Dua tahun.
Apa istimewanya PGL sehingga
you sanggup menerbitkannya. Padahal filem ini pernah diterbitkan pada tahun
60-an.
Cerita PGL itu sendiri mungkin ada 20 version... siapa Puteri Gunung Ledang tu
dan di mana dia berasal serta kenapa dia boleh ada kat gunung itu. Saya rasa
kalau orang jadikan PGL 20 tahun dari sekarang pun dia akan different... tak
akan sama.
Bagi you apa istimewanya?
Istimewanya... aaa (diam). Istimewanya of course dalam... susah I nak kata apa.
Mungkin salah satu daripadanya bagi I kerana PGL hampir semua orang sudah
mengenalinya tetapi tidak secara detail.
Bila keluar statement you
akan terbitkan sebuah filem epik PGL dengan budget yang tinggi RM6 juta, ramai
yang mengharapkan ia akan menjadi satu khazanah yang berharga. Kalau gagal tentu
mengecewakan. So apa komen you?
Jauh di sudut hati saya kalau saya tak buat filem ini mungkin jarang orang nak
keluarkan duit sendiri untuk invest dalam filem kerana passion saya filem dan
interest saya filem... itu yang buat hati saya tergerak buat PGL.
Siapa penasihat ataupun
costume designer untuk PGL?
Pak Bambang... Bambang... (ketawa). Pak Bambang!
PGL mula shooting pada
Januari dan dijangka tamat pada akhir Mei lalu, tetapi kini penggambarannya
berlanjutan, tidakkah ia akan menjejaskan budget RM6 juta?
No I can't say that... I hope not (ketawa sambil mengetuk meja). That's why we
stop shooting sementara set untuk beberapa scene siap, kalau kita terus mungkin
budgetnya akan terjejas.
Betul ke you terbitkan PGL
kerana you nak pegang watak utama, Raden Ajeng Retno Dumilah. Apakah you rasa
watak itu memang sesuai untuk you?
Saya rasa untuk berlakon dan menggelar diri pelakon, orang itu mesti pandai
berlakon, bukan soal muda ke, tua ke, cantik ke, tak cantik ke. Pertama, dia
mesti pandai berlakon, itulah kriteria seseorang bila dipilih untuk berlakon
dalam sesebuah filem. Memang saya nak berlakon bukan soal leading atau tidak.
Memang saya pelakon. Dah kerja saya berlakon, kalau saya tak berlakon dalam
filem ni saya berlakon di pentas.
Siapa yang memilih
pelakon-pelakon untuk filem ini, you atau pengarah?
Sama-sama.
Kenapa you pilih M. Nasir
sebagai Hang Tuah sebab khabarnya konon M. Nasir tak tahu bersilat malah pegang
keris pun sumbang. Kerana itu khabarnya you sanggup jemput instructor dari Hong
Kong, Adam Chan untuk menjayakan adegan silat M. Nasir dengan Alex Komang. Atas
sentuhan instructor tu khabarnya adegan silat dah nampak macam adegan kungfu.
Betul ke?
You tengok filem ni nanti. Saya bukan jurusilat untuk bagi komen. Saya rasa biar
orang tengok dulu silat Melayu ke atau kungfu. Kalau cerita pun tak guna kan? So
tengok sendiri. Mengenai M. Nasir tu pun... kena judge sendirilah sebab saya
sendiri pun tak pernah tengok dia berlakon sebagus ini. Okeylah kalau bukan dia,
siapa yang layak bawa watak itu?
Eman Manan.
I mean dah memang jadi rezeki M. Nasir dan saya rasa memang sajak M. Nasir bawa
watak Hang Tuah.
Apakah M. Nasir diberi
latihan silat sebelum shooting filem ni?
Ada... all of us, training dua tiga bulan, bersilat dengan bimbingan jurulatih,
Ariffin Yeop dari London.
I rasa you mesti baca kolum
Siti Jarum dalam Mingguan Malaysia yang tulis tentang pengurusan PGL hanya
membayar kepada pekerja-pekerja luar negeri bila kerja lebih masa tetapi krew
tempatan dianaktirikan. Kenapa ada diskriminasi dari segi pembayaran terhadap
krew-krew tempatan dan Hong Kong?
Tak ada... I tak baca (Siti Jarum, Mingguan Malaysia). Krew Hong Kong lagilah
pula, I bayar package. Tapi local ni minta itu ini semua. I rasa krew tempatan
tak pernah merasa duit yang begitu banyak seperti PGL. Saya rasa sejauh ni dia
orang kata berterima kasih sangatlah. Tak tahulah siapa yang boleh bercakap
fasal diskriminasi tu... mungkin ada sorang dua ke yang masih tak puas hati (sambil
ketawa). Pada hal duit yang dia orang terima tu dah cukup lumayan. Tapi...
manusia kan kalau dah bagi RM100,000 pun tak cukup, bagi RM200,000 tidak akan
cukup... nak buat macam mana?
Kalau ikut kontrak, dia
orang sepatutnya habis shooting end of May, adakah you bayar extra money untuk
hari-hari kerja selepas Mei?
Of course. Dalam cerita ini semua duit... dalam industri ini semua duit. Now
this duit... you suruh I kerja lebih daripada time I kerja pun mintak
overtime... macam-macam (sambil ketawa). Yang tak pernah minta dari production
lain... kali ni semua minta.
Betul ke I dengar bukan krew
sahaja minta extra payment sebab dah lebih daripada kontrak, tapi M. Nasir juga
kononnya dikatakan minta bayaran ekstra setiap sehari yang lambat?
So far belum ada lagilah.
Siapa set designer you dan
apakah dia masih dengan PGL lagi?
Nida... Hasnizal Ithnin, dia dah tak sama dengan kami sebab kontrak dah habis.
Sementara ni everybody dah off.
Siapa yang akan siapkan set
untuk beberapa scene lagi yang akan tinggal antaranya Istana Melaka?
Ada art director... sebab designer punya kerja dah habis dah. So yang ganti
ialah Ali... Ali... dari Sarawak tapi... I pun tak sure nama dia tapi dialah art
director, so itu kerja dialah.
Kenapa tak teruskan Nida dan
kalau Nida kontrak dah habis kenapa Ali kontraknya masih ada?
Ali ni masuk... aaa... maybe dia punya kontrak dengan kita masih panjang lagi
kut.
Bagaimana perasaan you bila
timbul cerita krew tempatan you bayar ciput tapi krew luar you bayar tinggi?
Memang manusia selalu tak puas hati.
Filem-filem period atau epik
tidak begitu disukai oleh peminat filem tempatan, so sebenarnya siapa target
penonton you... orang Malaysia atau luar negara?
For local first... always orang kita dulu, saya percaya filem ini kita buat
untuk orang kita. Kalau filem ini dihargai oleh orang luar... baguslah. Of
course I buat filem yang boleh menjadi duta untuk negara kita dan kita boleh
bermegah kita boleh berdiri setanding dengan orang luar.
Apa yang kita tahu khalayak
penonton hari ini ialah remaja yang sukakan cerita cinta membuai emosi dan filem
you berbentuk epik mungkin sukar menarik minat mereka. Apakah you sudah bersedia
jika filem ini gagal menarik minat remaja menontonnya?
Saya rasa remaja pun akan menonton filem ini kerana ia memang filem cinta.
Selain itu, apa yang menggalakkan penonton untuk menonton filem ialah kualitinya.
Okeylah you kata filem ini
filem cinta tapi... dari tajuknya Puteri Gunung Ledang ia seolah-olah
membayangkan filem lama.
Dia orang kena tengok sendiri untuk menilaikannya... sebab thinking dalam filem
ini tetap relevan kepada masyarakat sekarang dan akan datang. I think ia bukan
filem sejarah macam dokumentari sampai orang fikir nak pergi tengok pun rasa
tenat. Ia tetap filem komersial yang berlatarbelakangkan sejarah... ada cinta,
ada aksyen, ada drama.
Apa tema utama filem ini?
Tema utamanya ialah cinta... I tak boleh bagi storyline yang penuh tapi...
temanya tetap cinta.
You pilih Saw Teong Hin jadi
pengarah filem epik yang menyentuh mengenai adat budaya Melayu. Padahal
pengalaman dia cuma membuat beberapa komersial dan video klip. Apa kriteria yang
ada pada Saw Teong Hin yang membuat you memilih dia?
Cina ke India ke... yang penting kita nak pecahkan barrier ni untuk kita berjaya
dalam industri filem agar tidak ada lagi barrier ini. Kita tahu semua Malaysian.
Walaupun dia bukan Melayu, dia pun belajar sejarah dan belajar di sekolah
menengah kebangsaan macam kita semua. Masyarakat kita berbilang kaum. Kita tak
perlu mempertikaikan kenapa orang Cina, India atau Serani mengarah filem. Mereka
tetap Malaysian dan berhak kerja dalam Malaysia asal saja dia layak.
I nak tahu apa istimewanya
dia sampai you sanggup pilih dia jadi pengarah untuk sebuah filem epik Melayu?
Maybe because dia kawan lama saya dan saya kenal dia serta tahu cara dia bekerja
dan saya tahu dia seorang yang detail dan saya tahu dia jenis orang yang akan
betul-betul dedicate untuk satu-satu projek yang susah kita nak dapat. Susah
sangat-sangat kita nak cari orang yang boleh concentrate yang boleh hidup mati
untuk projek ini sebab kita di Malaysia tak pernah ada projek sebesar ini.
So maknanya
pengarah-pengarah lain tidak memiliki kriteria seperti dia?
Oh... ramai... tapi naturally kita akan pilih orang yang dekat dengan kita dan
kita percaya. Andai kata kalau saya nak pergi berperang sudah tentu saya pilih
general atau orang yang setia dan berjuang hidup mati bersama saya. Naturally
kita akan pilih orang yang dekat dengan kita dan kita kenal.
Siapa pengarah-pengarah yang
you pernah bekerja (berlakon) dengan mereka?
Hmmm... Shuhaimi Baba, Aziz M. Osman, U-Wei, Meor Hashim Manap.
Apakah dia orang ni tak
layak dan tak berdedikasi pada kerja mereka (mengarah) hingga tidak dapat
menanam kepercayaan di hati you?
No... of course I can't say I don't trust them. Tapi I ada planning something
dengan U-Wei maybe next year atau another year. Saya juga pernah bercakap dengan
Meor untuk buat projek bersama, ada rezeki adalah nanti... bila tiba masanya
insya-Allah.
Betul ke I dapat tahu you
hanya bayar pada M. Nasir paling mahal iaitu RM100,000 dan Christine Hakim
puluhan ribu hanya untuk beberapa scene, tapi pelakon lain you bayar ciput?
Hmmm... I don't think so, nanti Nasir kena kejar income-tax. I tak tahu you
dapat statement dari mana tapi... itu rahsia.
Apa perlunya Raden Adjeng
bertapa dalam gua, apa yang I tahu perempuan tidak bertapa dalam gua?
I tak tahu. You kena tanya penulis skripnya, Mamat Khalid. Tapi wanita Jawa,
Raden Adjeng ni dia bukan wanita Jawa zaman tu tapi dia sudah ke depan.
Sumber: URTV 15 Julai 2003

|