filemkita.com/promosi

BUKU - SKRIP FILEM MAHADI J. MURAT
Sebuah buku tulisan Dr. Mahadi J Murat berjudul SAYANG SALMAH ANTOLOGI SKRIP FILEM terbitan Universiti Malaya yang mengandungi empat buah skrip filem setebal 280 muka surat telah dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan pada 10 Jun 2004 di FINAS. Buku ini dijual dengan harga RM38.00 boleh didapati Penerbit Universiti Malaya. Dr. Mahadi juga sedang dalam peringkat penyuntingan buku berjudul CONTEMPORARY MALAYSIAN FILM DIRECTORS yang akan diterbitkan oleh FINAS. Buku ini mengandungi pemikiran, sudut pandangan dan ulasan sepuluh orang Sutradara Malaysia dan perbincangan mengenai 30 buah filem Melayu sepanjang dua abad.

Daripada Nik Hasnah Ismail

Senarai promosi www.filemkita.com